6/12/11

Langkah

Setiap langkah kita hari bermaksud satu permulaan baru bagi kita . Langkah yang kita lalui ini bukan mudah kalau kita buat sambil lewa . Kadang - kadang kita pikir langkah kita tiada makna . Apa ada dengan langkah ?

To be continue latter

Read more

19/11/11

3/11/11

Aku Belajar

Ayat kat atas ni amat besar maknanya jika kita hayati . Dan ayat diatas ini juga sama apa yang aku rasakan . Yang paling aku suka ayat yang terakhir itu . "Di saat orang yang aku sayangi menyayangi orang lain " Mungkin orang yang menulis ni sama perasaan dia dengan aku .
Read more

2/11/11

LIRIK LAGU SMK TANJUNG GEMOK




Sekarang sekolah tanjung gemok sudah ade lagu baru tuk sekolah nya.Best la jgk melodi lagu sekolah nie tau...

Sekolah ku menara ilmu,
gedung kecermelangan,
warga ceria bersatu padu,
Teguh berwawasan,

ilmu di utama,
sahsiah terperlihara,
bersatu padu
menjujung tinggi,
harapan negara,
sekolah ku gemilag,

lepas tu da x ingat lirik dia...
nanti la aku sambung lagu nih...h3
Read more

25/10/11

"Aku terima Nikahnya"


Setiap muslim yang berkahwin pasti akan diijabkabul dengan mengucapkan lafaz "aku terima nikahnya si dia binti Ayahnya dengan mas kahwin sebanyak rm ... " Dengan lafaz ini pasangan berkenaan SAH bergelar suami isteri . Suami merupakan orang yang paling besar dalam keluarga bertanggungjawab besar terhadap isteri dan anak - anak .

Adakah anda mengerti makna disebalik lafaz yang diucapkan ? Lafaz yang diucapkan bermaksud Aku tanggung dosa - dosa si dia dari ibi bapanya , Apa sahaja dosa dia buat daripada tidak menutup aurat sehingga tidak menunaikan solat , aku tanggung dan bukan ibu bapanya tanggung , aku juga tanggung bakal anak - anak aku . Kalau aku gagal melaksanakan maka aku fasiq atau dayuz dan aku rela masuk neraka dan aku rela malaikat zabaniyah melibas aku sehingga hancur .

Bukan senang nak jaga anak dara orang . Jika kita tidak mempunyai ilmu yang secukupnya sebab itulah sesetengah keluarga porak peranda . Anak - anak perlu dididik dengan cara yang betul mengikut syariat yang telah ditetapkan . Begitu juga dengan isteri perlu dididik mengikut tuntutan agama . Supaya kehidupan kita sama - sama dirahmati oleh Allah .

Sungguh besar makna daripada lafaz itu . Jadi aku mengesyorkan untuk aku da diri aku supaya berpegang teguh dengan makna yang diperktakan . Lafaz itu bukan sekadar semata - mata , tetapi ia perlu dihayati untuk kita renung - renung kan lah.
Read more

24/10/11

Poster "Sayangilah Bangsa dan Tanah Air"

Cantik x poster ini . Poster ini aku downdload dekat Facebook member aku . Dan yang menariknaya poster ini dia binik sendiri . Nama pelukis ini Ialah Adhwa . Poster ini bertajuk "Sayangilah bangsa dan tanah air kita " .Dalam poster ini dia ada terapkan unsur - unsur budaya yang terdapat di Malaysia dari segi tarian , musik , alatan permainan .

Sesungguhnya budaya kita hari ini merupakan budaya warisan masyarakat melayu . Bertapa sayangnya masyarakat kita terhadap budaya walaupun Tanah melayu dijajah ketika zaman Sultan mahmud hingga 1957 , budaya ini masih dikekalkan . Cuba kita fikir mengapa mereka mempertahankan budaya ?

Budaya melambangkan ciri - ciri sesuatu bangsa . Ada x bangsa yang x ada budaya? Ada! Orang utan adalah . Sesungguhnya manusia yang berbudaya ialah manusia yang bertamadun yang mempunyai akal da fikiran untuk mencipta sesuatu . Orang yang tidak bertamadun ialah manusia yang hidup ketika zaman jahiliah . Iaitu mausia yang tidak mempunyai peradaban .

Disini aku ingin cakap tentang budaya dan tanah air tetapi da melarat la plak .
Tahniah buat Adhwa kerana telah mencipta satu poster yang penuh dengan makna . Boleh la lepas ni msuk dalam geleri perdana . Semoga usaha 2 dua berjaya . Good Luck . Inilah pelukis muda yang menyambung artis Malysia .


Read more

10 Pekara yang Kita tidak Tahu


Tahukah anda sebenarnya banyak benda yang yahudi laknat ni sembunyikan pada pengetahuan umum. Jom saya nak dedahkan 10 daripadanya!

1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!.Mereka sengaja mencipta supaya masyarakat islam hancur . Cuba kita lihat hari ini berapa ramai rakyat yahudi @ kristian yang menghisap rokok?


2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian. Kita menggunakan vaksin yang mereka cipta yang akan memudaratka kita , walaupun kesan nya lama lagi .

3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.

4) McDonald di israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!

5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.

6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi?

8 ) Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi

9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.

10) Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun!

Read more

23/10/11

"Gubuk Usang"

"Keindahan sumber inspirasi , Ketenangan adalah jiwa " Disini saya nak katakan bahawa keindahan itu akan memberi inpirasi buat semua manusia . Keindahan ciptaan Allah adalah ciptaan yang terbaik dalam dunia . Sebagai contoh Model manusia . Dari zaman nabi Adam hinga zaman kini . Model manusia tetap sama . Pernah kah anda melihat manusia yang model terbaru . Kalau anda lihat pasti anda terkejut .

"Ketenangan adalah jiwa" mengambarkan jiwa ini dapat diselamai dengan ketenangan . Ketenangan bisa membuat jiwa manusia tenag dan dapat member inspirasi .

Gubuk ini nampak seperti batuk dilepas tepi tangga . Tetapi inilah suatu ciptaan yang amat berharga bila kita susah . Bagi kita apala sangat gubuk ini . Jika kita yang berada didalam nya pasti kita akan gembira kerana kita punya rumah .

Gambar ini aku ambil di sebuah kampung yang terletak di Tanjung Gemok Rompin Pahang, iaitu kampung Kurnia . Tempatnya yang agak jauh dari pekan , tetapi suasananya indah kerana di hijaukan dengan sawah padi yang terbentang luas .



Read more

22/10/11

10 Menara tertinggi di Dunia

Lihatlah dunia hari ini berpusu - pusu merekacipta bangunan yang unik dan tertinggi . Ketinggiannya mencecah 828 meter . Kepakaran para arkitek Dunia tersenyum melihat hasil kerjanya tersegam indah di mata dunia .


10.KINGKEY 100
Ketinggian : 442 meter
Siap Bina : 2011



9.WILL TOWER , CHICAGO AMERIKA SYARIKAT

Ketinggian : 442 meter
Siap bina :1974




8.Nanjing Greenland Financial Center

Ketinggian : 450 meter
Siap Bina : 2010


7.MENARA PETRONAS 2
6.MENARA PETRONAS 1

Ketinggian :452 meter
Siap Bina : 1998

5.INTERNATIONAL COMMERECE CENTER , HONG KONG CHINA

Ketinggian:484 meter
Siap Bina :2010


4.SHANGHAI WORLD FINANCIAL CENTER , CHAINA


Ketinggian : 492 meter
Siap Bina : 2008


3.MENARA TAIPEI , TAIWAN


Ketinggian : 509 meter
Siap Bina :2004


2.MENARA ABRAJ , MAKKAH ARAB SAUDI




Ketinggian : 601 meter
Siap Bina : 2011


1.BURJ KHALIFA,DUBAI UAE

Ketinggian : 824 meter
Siap Bina : 2011

Read more

21/10/11

"Mana Mak ? "

MANA MAK ..... " Before baca, sila sediakan Tisu"

Mana Mak?'

Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.


Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Read more

8/08/11

puasa di asrama...

Assalamulaikum..
Sudah pose yg ke 8 baru aku nak wish selamat berpuasa kepada semua orang yang bace aku punya artikel nie la.. kalau ade la yang bace.. erm,,pose at asrama x same la pose at umah... kalau pose kat asrama rasa sekejap saje.. law pose kat rumah asyik tengok makanan memag la tak tahan rase nya.. Tp allhamdulillah aku pose kat asrama x rase pose kat umah.. aku rase sekejap je sehari-hari yang aku lalui..tapi ini lah kali terakhir aku berpuasa di asrama.. tahun depan belum tentu.. yag seronok nya bila puasa di asrama bila beberbuka sama-sama.. Dapat tengok awek..hah... x xde la.. kita dapat berbuka sama-sama la... sahur pon bsame2..bila lagi agaknya dapat berbuka pose same2 macm nie.. hari pose first tu memg rase lapar sngat2.. tapi dah masuk pose ka2 tu rase bertenaga sedikit.. sebab aku amal kan minum susu waktu sahur.. susu ni dapat memberi kita tenaga sepanjang hari.. jadi apa kata kita minum susu.. tapi ade bosan nya bila bberbuka pose di asrama sebab kena beratur amik makanan tu yang buat aku x suka.. lepas tu.,. makanan yang die bagi sedikit pulak.. so x banyak la aku makan kalau berbuka puasa kali ni,,, erm,, dapat la aku diet sikit..sikit je la...
Read more

5/08/11

Bila dah jumpe camera....

Assalamulaikum. dah lame x tulis at dalam blog aku nie.. sebenarnya mcam 2 aku nak cakap.. tapi x ade mase la.. Nie aku sempat amik gambar dua orang awek blew da jmpe camera .. cam dak asli jmpe camera..haha... name yang sebelah kanan ni,.., Nor Sahadar dan sebelah kiri nih,, Siti jamilah.. dua2 dak nie.. dak kelas aku kat smktG.. 2011... yang mane comel? nak no fone? ko ak...hahah 0111111111111...





Read more

29/07/11

Bulan julai... bulan kritikal...













aaaarrrgghh,,,,

tension pon ade..
bosan pon ade...
lagi dekat nak exam...
ni,,,
macam 2 masalah datang....
time ni la aku malas nak stdy...
x taw nak buat ape..
dah la pening pasal subjek sejarah lagi nie...
4 buku kena bace..
dalam 4 buku ade 3 tema kena blaja..
dalam stu tema ade 5 bab..
5 bab ade lebih 5 hingga 8 topik...
pening la kepala...
ekonomi lagi...
semakin hari aku boleh la menguasai subjek ini...
walaupon aku jauh ttingal dr member aku...
so... usaha je la yang kena...
bm plak... bm 1 ok da,.,, just law jawab soaln tu belit sgt...
bm 2... aku nie mls la nak tulis karangan n nak bace artikel..
so tu pon kena ubah...
n pA... plak... pa1 susah sikit.. sebab banyak bab lagi yang aku kena kaji..
lagi2 bab dasar luar n dasar dalam negara tu... banyak benda nak kena hafal..
bab kementerian pon kena banyak yang paham... soalan die satu je yang kuar..
gawat2.. tu la orang da suruh belajar dari dulu lagi...
ahhahahaha
silap aku la nie
tapi x pe. ./// mase masih ade....
Read more

6/06/11

CUTI - CUTI

Cuti - cuti ... waktu cuti ini sangat seronok bagi aku kerana tak payah fikir tentang belajar . Aku dapat merehatkan minda aku dari berfikir pasal sekolah . Kadang - kadang pikir pasal sekolah ini bosan jugak. Tetapi kalau terlalu lama sangat bercuti buat aku rindu akan sekolah exp my hostel , frend , my teacher dan semuanya.

Naik cuti ini asrama aku dapat tender dewan makan yang baru . Aku harap kontrak yang ini sama baik seperti kontrak yang dulu . Kerana kakak dewan makan yang dulu tu seronok r.. Sebab aku boleh mintak apa - apa jew... Dan dengan dia la aku boleh mintak tolong beli kan makanan kalau aku lapar.HuH..agaknya siapalah kontrak baru tu..

Naik cuti ini jugak aku akan dapat keputusan peperiksaan aku yang dulu tu.. Iaitu peperiksaan pertengahan tahun yang dijalankan seminggu sebelum masuk cuti sekolah. So aku harap aku dapat keputusan yang terbaik la... Aku mintak sangat keputusan ini berbaloi dengan usaha aku.. Aku takut sangat dengan keputusan sejarah da ekonomi aku . Kerana subjek tu antara subjek yang susah la bagi aku .
Read more

3/06/11

Bandingkan konsep kejadian dan peranan manusia mengikut pandangan Islam dengan pandangan Barat.




Pendahuluan
Kejadian manusia menurut Islam bersandarkan keterangan dalam Al-Quran sebagai kitab wahyu Allah diturunkan kepada nabi Muhammad dan isi kandungannya tidak berubah. Kejadian manusia dari sudut pandangan Barat bersandarkan teori Charles Darwin iaitu manusia berasal daripada monyet. Diperkenalkan pada abad ke-4 s.m dan disokong oleh tokoh falsafah seperti Aristotle, Anazimander, dan Empeidocles.
Isi
  1. Pandangan
Istilah manusia dari sudut Islam /bahasa bermaksud al-Ins, al-Insan, al-nas dan al-Basyar yang merujuk manusia itu diamanahkan Allah sebagai khalifah di muka bumi. -5 elemen kejadian manusia untuk menggerakkan tubuh iaitu jasad, roh, akal, nafsu dan hati.


Manakala pandangan Barat menyebut manusia sebagai homospiens (bahasa Latin) yang bermaksud mamalia peringkat tertinggi.

dianggap mamalia peringkat tertinggi

diklasifikasikan sebagai haiwan pwringkat tertinggi.

dipercayai wujud 5oo ribu tahun dahulu

manusia awal dijumpai di Neanderthal, Jerman.



  1. Asal-usul kejadian


manusia menurut pandangan Islam- Adam berasal daripada tanah(al-tin,al-turab, al-salsal). Manusia biasa selain hawa dan nabi Isa, dijadikan daripada tujuh peringkat iaitu air mani,segumpal darah, seketul daging, pembentukan tulang, tulang dibalut daging, lembaga yang lengkap, ditiupkan roh.


Pandangan Barat-

Teori evolusi yang dibawa oleh Charles Darwin (1802-1889) seorang Atheis(anti tuhan) yang mengatakan kejadian manusai daripada monyet. mula-mula tinggal di atas pokok turun tanah berjalan menggunakan kaki dan tangan. mula berdiri tegak berjalan menggunakan kedua-dua kaki.




  1. Peranan Manusia


Pandangan Islam

Matlamat kejadaian manusia- untuk beriman dan bertakwa kepada Allah.

Menjadi khalifah di muka bumi.

Mengabdikan diri kepada Allah.

Menuntut keredhaan Allah sebagai “khaliq” supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat.

Mengwujudkan perpaduan antara satu sama lain.


Pandangan Barat

Tiada penjelasan atau undang-undang atau peraturan yang jelas.

Berlandaskan akal manusia semata-mata tanpa merujuk kepada hokum yang jelas.

Boleh dipertikaikan khasnya dari sudut unsur roh yang tidak dapat dijawab oleh masyarakat Barat.


Fungsi Manusia


Pandangan Islam :

beriman/patuh kepada suruhan tuhan dan meninggalkan larangan.

memakmurkan muka bumi.

mengagihkan kekayaan sama rata.

memelihara bumi daripada kerosakan akibat rakus, tamak.


Pandangan Barat

masyarakat Barat mengutamakan unsur materialistik iaitu keuntungan kebendaan semata-mata.

Mengutamakan”survival” sendiri yang mengenepikan aspek moral untuk mencapai kekayaan/kepuasan duniawi.


Tujuan Kelahiran Manusia


Pandangan Islam

Peranan /tanggungjawab manusia – “amal makruf” dan “nahi mungkar”

Menggunakan akal berlandaskan panduan al-Quran dan mengekang nafsu daripada kesesatan.

Menjalikan ukhuwah Islamiyyah/ persaudaraan sejagat, konsep persamaan taraf tanpa mengenal warna kulit atau darjat/ kedudukan seseorang.

Ketinggian darjat seseorang diukur melalui ketakwaan dan keimanan kepada Allah.Berdasarkan surah Adz-Dzaariyat ayat 56 “ Aku tidak ciptakan jin dan manusia melainkan supaya menyembah Aku .


Pandangan Barat

Persaingan berlandaskan kekuasaan , penindasan golongan lemah dan bawahan.

undang-undang berlandaskan akal semata-mata.

mengwujudkan konsep ras, perbezaan warna kulit, status quo masyarakat/ dasar apartheid sehingga mewujudkan pertelingkatan/peperangan dan penjajahan yang berterusan.

mencipta konsep-konsep kapitalisme, sosialisme untuk mencapai kepuasan masyarakat Barat.


Kesimpulan

Konsep manusia sebagaimana yang disebut dalam al_Quran sangat berbeza dengan fahaman dan pegangan secular dari Barat.




Read more

Bandingkan antara ajaran Nabi Muhammad S.A.W di Mekah dengan ajaran Nabi di Madinah




Pendahuluan


Dakwah nabi di Mekah selama selama 13 tahun


Peringkat dakwah-sulit dan terang-terangan


Dakwah di Madinah selama 10 tahun


Aqabah merintis hijrah ke Madinah pada 622M


Ajaran nabi berdasarkan 93 surah yang diturunkan di Mekah dan 21 surah yang diturunkan di Madinah.



ISI




Ajaran di Mekah menekankan aspek Aqidah(pegangan) iaitu mempercayai Allah itu esa(satu). Aspek tauhid dan rukun iman.



Ajaran di Madinah diteruskan dengan aspek Aqidah dan diajar tentang rukun Islam yang lengkap seperti berpuasa, zakat, memunaikan Haji dan sebagainya.



Aspek Syariah diajar di Mekah dengan memperkenalkan undang-undang asas Islam/tatacara hidup di dunia. spek syariah diperluas di Madinah merangkumi aspek kehidupan dalam bidang sosial,politik, ekonomi, jenayah,muamalat dan kekeluargaan.



Aspek akhlak diberi keutamaan di Mekah disebabkan masyarakat Mekah hidup dalam keadaan jahil/rosak akhlak dan mengamalkan semangat assabiyah.



Aspek akhlak di Madinah menyentuh soal perpaduan ummah di kalangan penduduk Madinah berbilang kaum dan ukhuwah Islamiyah.



Aspek ibadat menjadi ajaran utama di Mekah iaitu hanya ibadat solat lima waktu sehari semalam. Ibadat sembahyang dikekalkan amalannya di Mekah secara lebih tersusun dengan adanya institusi masjid. Selain ibadat sembahyang, nabi mengajar ibadat lain seperti berpuasa, mengeluarkan zakat dan menunaikan haji.



Ajaran mengenai hari kiamat diajar di Mekah membangkitkan kesedaran orang-orang Jahiliah tentang dosa dan pahala.Nabi meneruskan ajaran mengenai hari Kiamat dan hari akhirat berdasarkan ayat Al-Quran yang diturunkan kepada nabi.



Di Madinah, nabi mengasaskan ekonomi Islam berkaitan sumber yang dihalal / haramkan. Harta perlu diuruskan mengikut Sistem Ekonomi Islam. Kewajipan zakat diperkenalkan.




Kesimpulan


Apa-apa sahaja yang berkaitan.


Read more

TEMA 1 (MANUSIA DAN MASYARAKAT) 1. Pelbagai agama dan kepercayaan telah wujud di Semenanjung Tanah Arab sebelum kerasulan Nabi Muhammad S.A.W.

TEMA 1 (MANUSIA DAN MASYARAKAT)

1. Pelbagai agama dan kepercayaan telah wujud di Semenanjung Tanah Arab sebelum kerasulan Nabi Muhammad S.A.W. Jelaskan penyataan ini.

Pendahuluan

a. definisi jahiliah

b. tempoh 300M-610M

c. Ciri-ciri Jahiliah

d. Kedudukan Semenanjung Tanah Arab

Isi ;

1. Agama Hanif-diturunkan kepada nabi Ibrahim.Ajarannya terkandung dalam suhuf. Asas utama berkaitan agama Islam-agama ini masih mengekalkan ciri-ciri ketauhi dannya dan masih suci.Pengamalnya nabi Muhammad s.a.w.

2. Agama Yahudi-dibawa oleh nabi Musa khasnya bagi masyarakat Yahudi yang menetap di sekitar Yathribseperti bani Nadhir, bani Qairuzah dan Bani yang diwarisi Bani Israel. Ajaran Taurat diseleweng kan pendeta.

3. Agama Nasrani- dibawa nabi Isa berdasarkan ktab Injil. Kemudiannya telah diselewengkan.Antara penganutnya Waraqah bin Naufal.

4. Agama ciptaan-Agama Wathani/berhala-Mekah merupakan ibu kota agama. Jemaah haji akan melakukan tawaf di sekeliling Kaabah yang dipenuhi kira-kira 360 buah patung. Patung yang dipandang mulia seperti al-Manat dan Uzza.

5. Agama majusi/api/Zoroaster –agama menyembah api berasal daripada kuasa besar Parsi. Percaya api berperanan sebagai penerang dan pemusnah kepada segala Makhluk. Tuhan api mempunyai sikap baik dan sikap buruk.

6. Sembah Cakerawala

7. Sembah malaikat/jin/dewa

8. Kepercayaan karut/tahyul

× lelaki pakai cincin tembaga

× iii. bunuh anak perempuan

× tilik nasib

× iv. arah burung terbang

Kesimpulan

Apa-apa sahaja yang berkaitan

Read more