28/03/11

KONSEP MELAYU


Definisi awal istilah “Melayu”
  • Penggunaan perkataan Melayu sejak abad ke-2(100-150 Masihi)
  • Pada awalnya,istilah “Melayu”hanya dikaitkan dengan konsep kerajaan.Perkataan “Melayu” itu disebut dalam pelbagai bentuk.perhatikan jadual dibawah.
sumber
sebutan
Geographike Sintaxis
Malaeu-colon
Kitab Purba
Malaya-dvipa
Tulisan cina (644 & 645 Masihi)
Mo-lo-yeu
Catatan I-Tsing
Mo-lo-yu
Definisi “melayu” daripada segi Etimologi
-Etimologi bermaksud kajian tentang asal usul dan sejarah sesuatu perkataan serta makna perkataan tersebut
Van der tuuk
Bermaksud melayu itu “menyeberang”. Iaitu merujuk orang melayu yang menyeberang atau menukar agama dari agama hindu kepada islam.
Sumber
Perkataan melayu yang di maksudkan
maksud
Zuber Osman
Dari perkataan malaya merupakan kependekan bagi perkataan Hima alaya.Dikatakan orang melayu berasal dari pergunungan Himalaya.
Maksud alaya=Tempat
Maksud hima alaya=Tempat bersalji
Batu Bersurat Bukit gombak(sumtera barat)
Ditemukan perkataan malayapura
Bermaksud “kota melayu”
Bahsa jawa kuno
Van der tuuk
Mohd Dahlan Mansor
Mlayu
Nama melayu di ambil semperna sebatang sungai iaitu sungai melayu spt disebut dalam sejarah melayu
Bermaksud mengembara atau pergi kemana-mana.Orang melayu dikatakan berpindah dari yunan menuju ke selatan menyeberangi selat melaka dan mendarat di pulau sumatera.
Bermaksud melayu itu “menyeberang”. Iaitu merujuk orang melayu yang menyeberang atau menukar agama dari agama hindu kepada
Definisi “melayu” berdasarkan Bangsa
1.Istilah Melayu boleh dilihat dalam dua pengertian iaitu luas dan sempit.
Luas
1.Merujuk kepada bangsa Austronesia yang terdapat di kepulauan Melayu.
2.Austronesia meliputi kawasan Austronesia yang lain iaitu kawasan sebelah Timur yang merangkum di keluarga Polinesia , Melanesia , dan mikronesia.
3.Mengikut pengertian UNESCO (1972) istilah melayu digunakan untuk merujuk suku kaum melayu di semenanjung Malaysia , Thailand ,Indonesia , Filipina dan madagaskar.
4.melayu merujuk kepada bangsa Melayu yang menjadi penuntur asli bahasa melayu.mereka menduduki kawasan-kawasan seperti yang berikut:-
a.seluruh semenanjung Malaysia , pantai barat sabah dan Sarawak (bahagia pertama dan kuching).
b.Pantai timur sumatera
c.sepanjang pantai Kalimantan Barat,Kalimantan Selatan , dan Kalimantan Timur.
f.Pulau-pulau di kepulauan melayu seperti Riau, Lingga , Bangka , Natuna , Nelitung dan banda.
g.kawasan selatan Thailand terutama di pattani.
h.filiphina
i.Champa di selatan Indo-china
j.singapura
k.Kawasan perhijjrahan bangsa melayu di seluruh dunia seperti di sri langka , Madagaskar , dan Afrika selatan.
SEMPIT
1.Di Malaysia,pengertian istilah Melayu menjadi lebih sempit iaitu seperti dalam Perlembagaan Malaysia.
2.Perlembagaan Malaysia perkara 153 seseorang itu ditakrifkan sebagai bangsa melayu apabila mereka dapat menuturkan bahasa melayu,mengamalkan adat melayu dan beragama islam.
Dan jika seseorang itu murtad ia tetap taraf “melayu’
Salasilah bahasa melayu
1.Salahsilah bermaksud “asal usul”, “Susur galur” atau “keturunan”
2.Para penyelidik menggunakan rajah salasilah bahasa.Dalam rajah salasilah itu , factor Usia bahasa menjadi kriteria untuk memeringatkan bahasa-bahasa di dunia kepada filum,rumpun dan keluarga bahasa.
3.Istilah filum bermaksud kelompok bahasa paling tua iaitu berumur 5000 tahun ke atas.Rumpun pula kelompok berumur antara 2500-5000 tahun , manakala keluarga berumur kurang daripada 2500.
4.bahasa yang menampakkan penyimpangan yang agak sedikit daripada segi pembentukan kata,bunyi dan golongan kata dikenal sebagai bahasa sekeluarga.Seterusnya sesuatu keluarga bahasa dapat dibahagikan kepada subkeluarga atau subkelompok berdasarkan factor geografi dan nama bahasa tertentu.
5.Berdasarkan rajah salasilah bahasa , bahasa melayu berasal daripada rumpun Austronesia yang tergolong dalam filum Austris
Load disqus comments

0 Alasan Murid