1/04/11

KESULTANAN PAHANG





Sejarah Kesultanan Kesultanan Negeri Pahang adalah daripada keturunan Raja-Raja dan Bendahara Melaka yang merupakan keturunan daripada Sang Nila Utama dengan puteri Demang Lebar Daun dari Palembang iaitu Raden Ratna Cendera Puri. Pengasas Kesultanan Negeri Pahang dikatakan telah wujud semenjak zaman Melaka apabila Sultan Muhammad Shah[1] iaitu putera kepada Sultan Mansur Shah dengan Puteri Onang Sari yang dilantik menjadi sultan yang pertama bagi Negeri Pahang. Sebelum itu, Pahang berada dibawah pemerintahan Kerajaan Siam. Perebutan Kuasa Pada tahun 1614, berlaku peristiwa di mana perebutan kuasa antara Sultan Abdul Ghafur dengan anggota keluarganya dan berakhir dengan satu pembunuhan di mana Sultan Abdul Ghafur dan Raja Muda Abdullah terbunuh. Bagi mengekalkan pemerintahan Negeri Pahang, Sultan Ahmad telah dilantik sebagai Sultan di Pahang. Serangan Acheh Pada tahun 1617, Acheh di bawah kepimpinan Sultan Iskandar Muda telah menyerang Pahang dan membawa Sultan Ahmad dan keluarganya ke Acheh. [sunting] Dibawah Pemerintahan Johor Seterusnya,pemerintahan Negeri Pahang telah diletakkan di bawah Kesultanan Johor yang berpusat di Johor. Di bawah kesultanan tersebut, pemerintahan Negeri Pahang diletakkan di bawah pemerintahan seorang Bendahara. Keadaan ini berterusan sehinggalah kepada pemerintahan Sultan Mahmud Shah II (Marhum mangkat dijulang). Apabila Sultan Mahmud Shah II mangkat dibunuh oleh Megat Seri Rama (Laksamana Bentan) pemerintahan telah berpindah kepada Bendahara pada masa itu iaitu Bendahara Paduka Raja, Tun Abdul Jalil anak Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid (Marhum Padang Saujana). Tun Abdul Jalil (Marhum mangkat di Kuala Pahang) menaiki takhta kerajaan dengan gelaran Sultan Abdul Jalil IV. Seorang putera Baginda bernama Tun Abbas dijadikan Bendahara yang memerintah di Pahang. Dari zuriat Tun Abbas inilah lahirnya pemerintahan negeri Pahang daripada kalangan Bendahara sehingga pemerintahan Bendahara Siwa Raja,Wan Ahmad. [sunting] Pemerintahan Sendiri Dengan termetrinya Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, telah mengakibatkan pemisahan pemerintahan diantara Riau dengan Johor dan Pahang. Setelah kuasa Raja di Riau dirampas oleh Belanda, maka pemerintah Pahang dan Johor telah mengisytiharkan pemerintahan sendiri dengan memakai gelaran Sultan. Kesultanan Pahang yang ada pada hari ini telah bermula apabila Bendahara Wan Ahmad mula memakai gelaran Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah pada tahun 1882 dan dari zuriat Baginda, kekalnya Raja Pemerintah Negeri Pahang hingga ke hari ini. Senarai Sultan Pahang Sultan 1470-1475: Sultan Muhammad Shah I[2] 1475-1475:Sultan Abdul Jamil Shah 1475-1497:Sultan Ahmad Shah I[2] 1497-1519:Sultan Mansur Shah II 1519-1530:Sultan Mahmud Shah ibni Almarhum Sultan Muhammad Shah[3] 1530-1542:Sultan Muzaffar Shah ibni Almarhum Sultan Mahmud Shah 1540-1555:Sultan Zainal Abidin Shah ibni Almarhum Sultan Mahmud Shah 1555-1560:Sultan Mansur Shah II 1560-1590:Sultan Abdul Jamal Shah & Sultan Abdul Kadir Alauddin Shah 1590-1592:Sultan Ahmad Shah II 1592-1614:Sultan Abdul Ghafur Muhiuddin Shah 1614-1615:Sultan Alauddin Riayat Shah 1615-1623:Raja Bujang[4] 1641-1676:Raja Bajau [5] 1676-1685:Raja Ibrahim[5] Raja Bendahara 1688-1697:Tun Habib Abdul Majid bin Tun Mat Ali[6] 1697-1699:Tun Abdul Jalil bin Tun Habib Abdul Majid[6] 1699-1708:Tun Mas Anom bin Tun Habib Abdul Majid[6] 1708-1716:Tun Abdullah bin Tun Habib Abdul Majid[6] 1718-1721:Tun Abdul Djamal bin Tun Habib Abdul Majid[6] 1722-1724:Tun Abbas bin Sultan Abdul Jalil IV[6] 1724-1734:Tun Husain bin Sultan Abdul Jalil IV[6] 1734-1748:Tun Mutahir bin Sultan Abdul Jalil IV[6] 1748-1777:Tun Hasan bin Tun Abbas[6] 1777-1802:Tun Abdul Majid bin Tun Hasan[6] 1802-1803:Tun Muhammad 1803-1806:Tun Koris 1806-1847:Tun Ali 1847-1863:Tun Mutahir bin Tun Ali 1863-1882:Tun Ahmad Sultan 1882-1914:Sultan Ahmad Muazzam Shah[7] 1914-1917:Sultan Mahmud Shah[7] 1917-1932:Sultan Abdullah[7] 1932-1974:Sultan Abu Bakar[7] 1974-kini:Sultan Ahmad Shah[7]
Load disqus comments

0 Alasan Murid