Popular Posts

nuffnang

Share It

3/06/11

Bandingkan antara ajaran Nabi Muhammad S.A.W di Mekah dengan ajaran Nabi di Madinah




Pendahuluan


Dakwah nabi di Mekah selama selama 13 tahun


Peringkat dakwah-sulit dan terang-terangan


Dakwah di Madinah selama 10 tahun


Aqabah merintis hijrah ke Madinah pada 622M


Ajaran nabi berdasarkan 93 surah yang diturunkan di Mekah dan 21 surah yang diturunkan di Madinah.



ISI




Ajaran di Mekah menekankan aspek Aqidah(pegangan) iaitu mempercayai Allah itu esa(satu). Aspek tauhid dan rukun iman.



Ajaran di Madinah diteruskan dengan aspek Aqidah dan diajar tentang rukun Islam yang lengkap seperti berpuasa, zakat, memunaikan Haji dan sebagainya.



Aspek Syariah diajar di Mekah dengan memperkenalkan undang-undang asas Islam/tatacara hidup di dunia. spek syariah diperluas di Madinah merangkumi aspek kehidupan dalam bidang sosial,politik, ekonomi, jenayah,muamalat dan kekeluargaan.



Aspek akhlak diberi keutamaan di Mekah disebabkan masyarakat Mekah hidup dalam keadaan jahil/rosak akhlak dan mengamalkan semangat assabiyah.



Aspek akhlak di Madinah menyentuh soal perpaduan ummah di kalangan penduduk Madinah berbilang kaum dan ukhuwah Islamiyah.



Aspek ibadat menjadi ajaran utama di Mekah iaitu hanya ibadat solat lima waktu sehari semalam. Ibadat sembahyang dikekalkan amalannya di Mekah secara lebih tersusun dengan adanya institusi masjid. Selain ibadat sembahyang, nabi mengajar ibadat lain seperti berpuasa, mengeluarkan zakat dan menunaikan haji.



Ajaran mengenai hari kiamat diajar di Mekah membangkitkan kesedaran orang-orang Jahiliah tentang dosa dan pahala.Nabi meneruskan ajaran mengenai hari Kiamat dan hari akhirat berdasarkan ayat Al-Quran yang diturunkan kepada nabi.



Di Madinah, nabi mengasaskan ekonomi Islam berkaitan sumber yang dihalal / haramkan. Harta perlu diuruskan mengikut Sistem Ekonomi Islam. Kewajipan zakat diperkenalkan.




Kesimpulan


Apa-apa sahaja yang berkaitan.