3/01/12

Melayu Abad ke 21

Assalamulaikum ..

Melayu atau islam . Yang manakah paling penting ? Sejak akhir-akhir zama ini macam – macam kerenah manusia (melayu) yang mempunyai perangai pelik .

Satu malam aku menghadirkan diri ke rumah orang yang sedang sakit . Apa yang memusykilkan aku , pesakit itu belum la untuk meninggalkan dunia ini . Tetapi orang – orang yang hadir pada malam itu macam sudah bersedia untuk melihat ia pergi . Banyakla gelagat melayu zaman sekarang . Ketika aku datang . Tiada seorang pon yang mengambil yassin dan membacakan untuk si pesakit , malah si pesakit asyik di lihat oleh pelawat pada malam itu.Kita tidak tahu bahawa pada ketika itu si pesakit yang tidak sedarkan diri masih bergelut dengan syaitan.Alangkah baiknya jika kita membacakan surah Yassin untuk disedekahkan buat si pesakit untuk mengubatinya . Sugguh malas betul masyarakat kita ini ye . Sudah hampir penghujung dunia pun masih tidak mengambil ikhtibar .

Pada malam yang sama aku asyik terpegun melihat wanita – wanita yang memakai pakaian yang menutup kepala tetapi berpakaian lengan pendek , berseluar ketat , dan tidak mengikut ajaran sebenar . Sekurang – kurangnya pakai pakaian yang sempurna seperti baju kurung .Kita hendak melihat orang sakit bukanya hendak menonton wayang .

Itu baru wanita , jika dilihat para lelaki nya pula masih berpakaian yang sempurna mengikut ajaran agama sebenar . Tetapi aku terpaku apabila melihat para lelaki yang memakai kain pelekat .Kain pelekat menjunjukan symbol seseorang yang baru lepas solat . Tiak pernah aku lihat orang pakai kain pelekat untuk berjalan – jalan .Nampaknya baru lepas solat kot . Tetapi pada fikiran aku , para lelaki itu berusaha memakai pakaian yang menampakan mereka kearah keislamaic iaitu bersesuaian dengan situasi mereka berada .Tetapi hakikatnya adalah berbeza . Tak tahulah yang sebenarnya . Harap-harap tidak begitu . Para lelaki yang memakai kain pelekat ramai yang tidak memakai songkok . Hanya segelinti sahaja . wah , hairanlah manusia hanya boleh memakai kain pelekat dan tidak berani memakai songkok .Jika kain pelekat di gandingkan dengan songkok nampaknya lebih sesuai . Tetapi mereka hanya berani memakai kain pelekat .

Sesungguhnya melawat orang yang sedak sakit amat dituntut oleh agama . Tetapi kita perlu tahu adab – adab melawat orang sakit . Jika kita tidak mengikut adab-adab yang dituntut syariat , maka hal ini akan berterusan sehingga ke generasi akan datang .

Load disqus comments

0 Alasan Murid