11/04/12

Buah Naga



Buah Naga (Dragon Fruit ) Mebless la...buah ini . Mula - mula macam rasa x sedap tapi lama - lama jadi gian la plak .

Buah ini seakan - akan seekor naga . Sebab itu namanya Buah Naga / Dragon Fruit . Pokok nya adalah dalam kategori kaktus kerana tiada daun , dan pokok nya ada duri . Pokok ini hidup di iklim serdahana . Pokok ini hidup secara menegak .

Pokok buah naga ini ditanam secara komersial di Australia dan Vietnam . Tetapi sejak diperkenalkan di Malaysia buah ini mendapat sambutan diseluruh Malaysia . Buah ini berasal dari Amerika Selatan .

Buah naga terbahagi kepada dua jenis iaitu warna putih dan warna merah . Buah Naga yang warna merah lebih manis berbanding warna putih . Berat buah yang matang adalah sehingga mencecah 400 gram .

Buah Naga terdapat beberapa khasiatnya . Buah ini mempunyai zat besi yang boleh menambahkan darah .Selain itu ia juga mengandungi vitamin B1 , B2 ,B3 dan C . Ia juga dapat mengurangkan kolesterol , melincinkan kulit , menambahkan berat badan dan sebagainya .

Kini Buah Naga mudah didapati dimana - mana pasaran di Malaysia .





Read more

Yang Di Pertuan Agong Ke - 14







Menjunjung Kasih Yang di-Pertuan Agong ke -14

Tahniah hamba ucapkan keatas permahsyuran Baginda Tuanku Abdul Halim Ibni Al Marhum Sultan Badlisah Sultan Kedah sebagai Yang Dipertuan Agong buat kali Ke-2 dan Sultanah kedah Sultanah Hajah Haminah Hamidun.

Pada hari ini banginda di tabalkan sebagai Dipertuan Agong bagi mengantikan tugas Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni al Marhum Sultan Mahmud di Istana Negara di jalan Duta .

Sultan Abdul Halim merupakan satu - satunya Sultan yang ditabalkan sebagai YDPA sebanyak dua kali . Kali pertama iaitu pada tahun 1970 hingga 1975.

Perdana Menteri ketika itu Tun abdul Razak dan sekarang anaknda beliau Dato Seri Najib .

Tuanku Abdul Halim seorang Raja yang mesra rakyat . Baginda meminat bidang sukan seperti Goft dan Tenis . Baginda juga meminati memelihara haiwan . Sebagai contoh Baginda memelihara burung - burung di istana .

Permaisuri Agong merupakan isteri kedua baginda setelah isteri pertama baginda mangkat .

Yang Dipertuan Agong merupakan ketua negara yang telah ditetapkan dalam perlembagaan dibawah perkara 32(1) . Undang - undang ini termaktub sejak tahun 1957 .Pada ketika itu YDPA pertama ialah Tuanku Abdul Rahman iaitu yang dipertuan Besar Negeri Sembilan .

Adat Istiadat berlansung dengan gilang gemilang nya serta berjalan dengan lancar . Turut kehadiran Sultan Pahang , Sultan Ahmad Shah dan Sultanah Hajah Kalsom , Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan Isteri Tuanku Bainun , Sultan Johor Sultan Ibrahim , sultanah zarith sofia , Adinda sultan Terengganu , Raja Perlis Tuanku Syed Sirajudin dan Permaisuri Tuanku Fauziah , Sultan Selangor Sultan Salahudin Idrishah.

Turut hadir Timbalan Yang Dipertuan Agong Sultan Kelantan Sultan Muhamad 5 , Pangeran Muda Brunei , Yang Dipertua Negeri Sarawak , Sabah , Melaka dan Pulau Pinang .Turut kelihatan Perdana Menteri Dan isteri , Timbalanya , Menteri 2 , Para Pembangkang , Kerabat - kerabat diraja dan orang ramai .


Upacara dimulakan dengan kemasukan para dif - dif jemputan dan para pembesar . Diikuti ketibaan Sultan - Sultan dan yang di pertua Negri ke balai Maharaja . Penyusulan ketibaan Yang dipertuan Agong dan Isteri ke singgah sana .

Upcara turut disertai oleh bunyi alat kebesaran diraja iaitu Bunyi Nobat . Nobat melambangkan kedaulatan diraja kerana alat tersebut hanya akan dimain kan dalam upacara Diraja sahaja .

Upacara di mulakan dengan mempersembahkan keris kerajaan . Peisyhtiran dilakukan oleh Perdana Menteri . Uapcara seterusnya ialah ikrar dan ucapan diraja oleh YDPA .

Akhir sekali adalah Upacara Bacaan Doa bagi memohon restu ilahi supaya diberkati oleh - Nya .

Raja atau sultan seringkali dikaitkan dengan konsep daulat pada zaman dahulu . Daulat telah melekat pada batang tubuh raja atau sultan setelah ditabalkan .Konsep daulat juga sering dikaitkan dengan tulah . Kuasa sesorang raja adalah tidak terbatas .
Read more

9/04/12

Orang tanya Pasal Duit




Suatu hari mat salleh tanye aku . "kenapa bank negara malaysia keluarkan duit same warna aje."

Hahahah....aku terdiam . Aku cakap aku tak tahu dan aku tersenyum . Bukan ape aku kadang - kadang Mat salleh tertukar antara duit Rm 1 dengan Rm 50 . Dah banyak kali mat Salleh salah bagi duit . Dia ingat duit RM1 rupanya RM50 . Untung tokei . Maklum la mereka orang luar masih x fasih dengan warna - warna duit ini .




Duit Malaysia sama ialah RM 1 dengan Rm 50 .He3...sama warna biru . Saiz pon hampir sama .


Read more
Mawlaya Salli Wassalim da-Iman Abadan Ala Habi Bika Khairil Khalqi Kullimi O my Lord send peace and blessings upon your Beloved (PBUH) The best of all creations.Sallallahu aleyhi vesellem Sallallahu aleyhi vesellem Sallallahu alayhi wasallam Sallallaahu alayhi wasallam. Da-aa illallahi fal-mustamsikuna bihi Mustamsykuna bihablin ghairi munfasam. He called (people) towards Allah, so those who cling to him. Clinging to a rope which will never snap.
Read more

Keputusan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 ABPBH

Farah Fauzana Anugerah Penyampai Tv & Radio Popular

Siti Nurhaliza Anugerah Seri Perak


Fasha Sanda Pelakon Tv Popular



Johan Raja lawak : Artis Komedi Popular


Fizz Fairuz : Pelakon Tv Popular


Ahad Puas malam tadi aku dok mengadap tengok Anugerah Bintang Popular 2011 .
Anugerah ini telah bertahan selama 25 tahun dalam mengiktiraf bintang – bintang
Malaysia . Banyak artis sudah mendapat pengiktirafan daripada Berita Harian
yang di siarkan menerusi TV3 . Dengan menampilkan pengacara popular iaitu
Sharifah Shaira , Raja Azura , Didie Alias dan Zizan Razak .

Anugerah Bintang Popular Berita Harian malam tadi dimulakan bagi kategori artis berkumpulan /dua popular. Anugerah ini sentiasa bertukar pemiliknya . Tahun ini anugerah ini di menangioleh kumpulan 3 suara iaitu Ning Baizura , Shila amzah dan Jaclyn
viktor . Mereka popular menerusi lagu 3 suara.

Anugerah bagi penyampai radiolelaki popular di sandang oleh
Faizal Ismail iaitu penyampai radio Hot Fm . Bagi kategori perempuan pulatidak lain dan tidak bukan FarahFauzana la.(fafau) . Keputusan ini sama sahaja seperti tahun lepas .
Bila agaknya ada perubahanya ?

Artisbaru popular bagi lelaki disandang oleh Johan . Johan atau Botak dalam filem Juvana ini semakin hangat dipasaran taw . Macam Shila Tasya jugak yang memenangi anugerah artis baru popular malam tadi .Semoga perjuangan mereka tidak berakhir disini .


Anugerahpenyampai Tv popular sudah beralih arah la pula,setelah sekian lama Aznil hj Nawawimemegang anugerah ini bertukartangan pula kepada Zizan Razak atau lebih mesra dengan panggilan zizan rajalawak , memang tak sangka anugerah ini dirangkul oleh orang lain . Bagi kategoriwanita pula , anugerah penyampaitv wanita popul
ar tidak lain tidak bukan ialah Farah Fauzana la. Keseluruhannya, fafautelah mendapat 2 anugerah pada malam tersebut.

Anugerah pelakon Tv popular pula disandang oleh artis perempuan yanghangat dengan kontroversi dan sedanghangat cerita cintanya dengan Jejai. Artis yang dimaksudkan ialah Fasha Sanda . Macambiskut .Kejap ada kejap hilang . Bagi kategori pelakon lelaki Tv popular pula disandang oleh Fizz Fairuz . Terkejutber0k Fizz bila diumumkan sebagai pelakon Tv popular . Ini sungguh tidakdisangka, kerana artis yang sedang hangat iaitu Aaron Aziz turut tercalon.


Anugerah Artis lelaki Komedi popular di sandang oleh Johan . Tahun lepas Zizan tahun ini rezeki johan pula . Rasa – rasa mata undian mereka tak jauh sebab sama-sama popular la katakan. Bangga isteri johan iaitu olyn wati. Bagi wanita pulaialah Didie Alias . Malam tadi dua orang pengacara menang. Dua lagi belum, mungkin belum ada rezeki mereka kot .

AnugerahPelakon Filem popularpula dimenangi oleh hero dan herion Filem Ombak Rindu . Iaitu sapa lagi Maya Karim dan Aron Aziz la. Memangwatak yang mereka bawa dalam Filem itu menyengat hati peminat . Memag syok la tengok ombak rindu .


Pada malam tadi Anugerah Baru diperkenalkan iaitu Anugerah Bintang perak . Anugerah ini diberikankepada bekas pemenang Anugerah Bintang Popular sejak tahun 1990 – an lagi .
Anugerah ini disandang oleh Dato Siti Nurhaliza . Beliau telah memenangi Anugerah Bintang Popularsebanyak 7 kali . Pecah rekot la. Siapala agaknya yang dapat tandingi beliau agaknya .sejak umur 18 tahun da menangsalah satu anugerah dalam bintang harian ni.





AnugerahBintang Paling Popular pada Tahun 2011 di sandang oleh Aron Aziz . Tahniah kepada beliau dan juga tahniah kepada semua
yang menang .

Persembahanpada malam tadi tidak kurang hebat nya dengan pembukaan oleh Stacy , Dato Siti
. Banyak la artis yang buat persembahan . Semua jenis lagu ada . Pop , Rock ,
balada dan Dandut pon ada . Ada Tam , M Nasir , Ziana Zain ft Azlan Typewriter,
Mas Idayu , Black , Ramlah Ram ,Adira , Hafiz ,One nation amcee dan ramai lagi .

Malam tadi juga ade persembahan ala teater menerusi filem Ombak Rindu . Yang turut dilakonkan oleh Aron aziz , Maya Karim dan lisa surihani . Mendambarkan .


Moral:Nak jadi artis kena berdisplin (Dato Dj Dave )
jadi artis bukan sahaja nak polular malah nak menonjolkan bakat kepada
peminat ( Fazura ) .
Read more

5/04/12

Keputusan STPM Kawan ku

Allamdulilah keputusan STPM baru - baru ini sudah pon keluar . Setelah sekian lama menunggu akhirnya muncul juga . Tahniah kepada sahabat saya Anuar kerana merperoleh keputusan cemerlang dan ia merupakan pelajar terbaik STPM 2011 bagi sekolah ku iaitu Sekolah Kebangsaan Tanjung Gemok . Dia merperoleh 3.74 (3a 2b) . 

Tidak hairanlah keputusan yang tinggi ini kerana usahanya yang tidak pernah jemu membuah kan hasil . Berkat doa dan usaha dia telah memperoleh keputusan yang baik . Orang yang berjaya adalah orang yang rajin berusaha .

Tetapi dalam keseronokan memperoleh keputusan yang cemerlang ada juga kawan - kawan aku yang seding kerana keputusan yang kurang memberangsangkan . Mungkin bukan rezeki kali ini .

Keputusan aku sudah di jagka . Aku rasa sangat puas kerana usaha aku selamai ini membentuk keputusan aku . Kecewa pon ade sebab pointer tidak mencecah 3 . tetapi aku tetap bersyukur dengan ketentuan sebegini . Aku mohon supaya keputusan aku boleh menlayakkan aku mengikuti program ke universiti . Ramai orang tanya aku "mohon mane" aku cakap mohon je mane2.. Aku pon x tahu kos ape yang sesuai dengan keputusan aku . Harap 2 dapat la.. keputusan untuk U bulan 6 ini . mintak2 la ade rezeki . Kalu tidak kena ulang semula la...hehehe...

Tahniah juga kepada rakan sekelas aku iaitu Fong Hai Feng yang menduduki tempat ke dua dengan pointer 3.57 . Dia juga dinobatkan antara pelajar terbaik Asli bagi negeri pahang .

Tidak lupa juga hasil usaha sahabat baik aku Danial Deen yang memperolehi 2.9 . Tak sangka pon ada . Tahniah . Begitu juga kepada jamilah dan Ramiah yang mendapati keputusan terbaik iaitu 3.08 .

Kepada rakan - rakan aku yang lain jangan putus asa kerana rezeki ada dimana -mana .ia atas usaha kita sahaja sejauh mana mampu .

Tahniah juga kepada rakan kelas sebelah aku . Iaitu kepada Shilawati , Masyitah , Asiah , Ana , Farhana , Firdaus , Fadzilah , Rosnita kerana mencapai keputusan terbaik . Tidak lupa juga kepada semua yang lain aku ucapkan Tahniah.

Moral: Usaha penentu kejayaan .
Read more