11/04/12

Yang Di Pertuan Agong Ke - 14







Menjunjung Kasih Yang di-Pertuan Agong ke -14

Tahniah hamba ucapkan keatas permahsyuran Baginda Tuanku Abdul Halim Ibni Al Marhum Sultan Badlisah Sultan Kedah sebagai Yang Dipertuan Agong buat kali Ke-2 dan Sultanah kedah Sultanah Hajah Haminah Hamidun.

Pada hari ini banginda di tabalkan sebagai Dipertuan Agong bagi mengantikan tugas Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni al Marhum Sultan Mahmud di Istana Negara di jalan Duta .

Sultan Abdul Halim merupakan satu - satunya Sultan yang ditabalkan sebagai YDPA sebanyak dua kali . Kali pertama iaitu pada tahun 1970 hingga 1975.

Perdana Menteri ketika itu Tun abdul Razak dan sekarang anaknda beliau Dato Seri Najib .

Tuanku Abdul Halim seorang Raja yang mesra rakyat . Baginda meminat bidang sukan seperti Goft dan Tenis . Baginda juga meminati memelihara haiwan . Sebagai contoh Baginda memelihara burung - burung di istana .

Permaisuri Agong merupakan isteri kedua baginda setelah isteri pertama baginda mangkat .

Yang Dipertuan Agong merupakan ketua negara yang telah ditetapkan dalam perlembagaan dibawah perkara 32(1) . Undang - undang ini termaktub sejak tahun 1957 .Pada ketika itu YDPA pertama ialah Tuanku Abdul Rahman iaitu yang dipertuan Besar Negeri Sembilan .

Adat Istiadat berlansung dengan gilang gemilang nya serta berjalan dengan lancar . Turut kehadiran Sultan Pahang , Sultan Ahmad Shah dan Sultanah Hajah Kalsom , Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan Isteri Tuanku Bainun , Sultan Johor Sultan Ibrahim , sultanah zarith sofia , Adinda sultan Terengganu , Raja Perlis Tuanku Syed Sirajudin dan Permaisuri Tuanku Fauziah , Sultan Selangor Sultan Salahudin Idrishah.

Turut hadir Timbalan Yang Dipertuan Agong Sultan Kelantan Sultan Muhamad 5 , Pangeran Muda Brunei , Yang Dipertua Negeri Sarawak , Sabah , Melaka dan Pulau Pinang .Turut kelihatan Perdana Menteri Dan isteri , Timbalanya , Menteri 2 , Para Pembangkang , Kerabat - kerabat diraja dan orang ramai .


Upacara dimulakan dengan kemasukan para dif - dif jemputan dan para pembesar . Diikuti ketibaan Sultan - Sultan dan yang di pertua Negri ke balai Maharaja . Penyusulan ketibaan Yang dipertuan Agong dan Isteri ke singgah sana .

Upcara turut disertai oleh bunyi alat kebesaran diraja iaitu Bunyi Nobat . Nobat melambangkan kedaulatan diraja kerana alat tersebut hanya akan dimain kan dalam upacara Diraja sahaja .

Upacara di mulakan dengan mempersembahkan keris kerajaan . Peisyhtiran dilakukan oleh Perdana Menteri . Uapcara seterusnya ialah ikrar dan ucapan diraja oleh YDPA .

Akhir sekali adalah Upacara Bacaan Doa bagi memohon restu ilahi supaya diberkati oleh - Nya .

Raja atau sultan seringkali dikaitkan dengan konsep daulat pada zaman dahulu . Daulat telah melekat pada batang tubuh raja atau sultan setelah ditabalkan .Konsep daulat juga sering dikaitkan dengan tulah . Kuasa sesorang raja adalah tidak terbatas .
Load disqus comments

1 Alasan Murid: