NEWS

Post Top Ad

Blossom Themes

8/07/12

Bulan Ramadan Datang lagi

Hari menghitung hari . Semakin hampir kita kepada bulan yang mulia . Bulan yang dinanti - nantikan oleh orang - orang beriman . Bulan dimana pintu - pintu Neraka ditutup dan pintu syurga di buka . Pintu - pintu taubat terbuka . Bulan yang penuh dengan barakah ini aku memgharap amalan yang akan di lakukan adalah lebih baik dari tahun sebelumnya .


Janganlah kita terlepas melakukan pelbagai ibadat kerana bertapa besarnya fadilat yang akan mnembawa kita ke syurga . Sesungguhnya bulan Ramadan kali ini dapat kita sambut lagi walaupun ada di kalangan ahli keluarga kita sudah tiada untuk menyambut bersama - sama dengan kita .


Di bulan ini banyak amalan kita boleh lakukan . Antaranya ialah solat Tarawih dan membaca Al - Quran . Sungguh besar Fadilatnya jika kita melakukan amalan ini . Menahan diri daripada makan dan minum serta melakukan maksiat mengajar kita membentuk peribadi yang mulia .


Bualan Ramadan kali ini jatuh pada 21 julai 2012 bersamaan 1 ramadan 1433.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Post Top Ad

Blossom Themes