NEWS

Post Top Ad

Blossom Themes

18/07/12

Ikan Patin

Enteri kali ini aku nak ceritakan tentang ikan Patin . Baru - baru ini aku ada makan ikan masak tempoyak . Sungguh enak sampai dua kali aku makan . Ikan Patin masak tempoyak  memag makanan kegemaran aku . Lagi - lagi kalu mak aku masak . 


Ikan Patin merupakan sejenis ikan hidupan air tawar yang boleh didapati di kawasan sungai dan lombong . Oleh itu , Ikan Patin mudah didapati di Negeri Pahang .Kerana negeri pahang mempunyai kawasan sungai yang luas .  


Kalau sebut ikan air tawar tentu khasiatnya sangat banyak keranan ikan patin  mengandungi omega 3 yang boleh mencegah daripada penyakit  . Ikan Patin terkenal dengan kelembutan isinya .Lemaknya bagus untuk kesihatan kita setaraf dengan  


Ikan ini pernah mencetuskan konterversi kerana harganya melambung sehingga RM180 sekilogram .


Ikan Patin ini di ternak mengikut beberapa kaedah iaitu kaedan Sangkar , Kolam dan sungai . Harganya pula berbeza kerana kualiti Ikan Patin sungai lebih baik berbanding Patin Sangkar dan kolam . Rasanya juga berbeza kerana ikan patin kolam dan sangkar memakan makanan yang diperoses bebanding Patin sungai yang memakan beasaskan alam semulajadi .

Ciri -ciri patin juga berbeza mengikut kaeadah ternakannya . Hal ini kerana cara pemakanan dan penjagaan berbeza . Ciri - ciri boleh ditentukan mengikut warna . Kebiasaannya Patin kolam berwarna Hitam , Patin Sangkar berwarna hitam putih dan patin Sungai berwarna cerah atau kelabu .


Jenis patin juga mempunyai beberapa spesis iaitu  Patin Buah , Patin Juara dan patin Muncung . Ikan Patin juga ditentukan harga mengikut jenis iaitu ikan Patin sangkar angaran harga RM 10 hingga Rm 14 sekilogram , manakala Ikan Patin Sungai mencecah RM 180 sekilogram mengikut spesisnya .








Ikan Patin popular dengan masakan Ikan Patin Masak Tempoyak dan Ikan Patin Masak Lemak Tempoyak . Selain itu ikan Patin juga enak dimasak secara goreng bersama kunyit . Cara memasaknya sangat la mudah dan bahan - bahanya mudah didapati di Malaysia . Antara bahan - bahan nya ialah Tempoyak , cili kampung , Bawang putih dan bawang merah , serai . 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Post Top Ad

Blossom Themes