11/07/12

Nasi Lemak

Assalamualaikum

Enteri kali ini aku nak ceritakan tentang suatu makanan kegemaran rakyat Malaysia . Beberapa hari lepas ada "Mat salleh " dia masih tak tahu tentang apa itu nasi lemak atau "coconut rice " .


Kalau datang Malaysia cakap je nasi lemak pasti ada dimana - mana sahaja . Tak kira di laut atau di darat pasti anda menjumpainya . Nasi lemak biasanya dihidangkan di waktu pagi sebagai menu utama sarapan bagi rakyat Malaysia selain roti canai .

Cara membuat Nasi Lemak tidaklah amat complicated sangat kerana bahan - bahan yang di perlukan adalah  mudah dicari . Nasi yang dimasak dengan santan dihidangkan bersama sambal ikan bilis bersama ikan bilis goreng da kacang goreng amat mudah di hidangkan . Sesetengah individu cara masakan dan hidangan adalah berbeza kerana ia mengikut citarasa masing - masing menyebabkan rasa yang berlainan .

Mulai hari ini jadikan yang mudah sebagai kemudahan anda . Dan jangan jadikan yang susah sebagai penghalang anda .

Pantun Orang melayu dulu - dulu

Nasi Lemak buah Bidara ,
Sayang selasih hamba lurutkan ,
Buang Emak buang Saudara ,
Karana kasih hamba turut kan .
Load disqus comments

0 Alasan Murid