21/01/13

i-MAS-C-U Sistem Semakan Syarat Kelayakan Program IPTA

http://imascu.upu.mohe.gov.my/anjung.cfm


Kepada adik yang baru habis stpm dan spm silalah intai - intai ke SISTEM SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN PROGRAM ke UNIVERSITI bagi  DIPLOMA dan  IJAZAH .

Sistem ini memudahkan pelajar untuk memilih kos dan universiti yang sesuai dengan keputusan anda semua .

Selepas result STPM dan SPM keluar , cepat sepat la adik adik semua buat semakan dan pilih kos dan selesaikan borang upu anda . ia sangat mudah dan menjamin anda masuk ke Universiti .

SELAMAT MENCOBA



Read more

7/01/13

Yuna - Terukir Di Bintang



Juara Lagu Anugerah Juara Lagu kali ke 27 .


Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…

Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu




Read more

6/01/13

ANUGERAH JUARA LAGU 27


TAHNIAH kepada pemenag anugerah juara lagu

Juara  - Yuna Terukir dibintang


Naib Juara - Idola Azlan n The TypeWriter, ciptaan Audi Mok)

Tempat Ketiga – Ku Akui (ciptaan Ajai, nyanyian Hafiz)

 Vokal Terbaik – Ku Akui (Hafiz)

 Persembahan Terbaik – Teman Pengganti (Black & RJ)
Read more

BANDAR TANJUNG MALIM

Tanjung berasal dari bentuk tanjung di ulu Sungai Bernam. Malim pula berasal dari kata "muallim" yang bermaksud orang yang sangat berilmu. Bandar Tanjong Malim ini bermula daripada sebuah tanjung (kawasan air / tanah yang wujud daripada hakisan sungai) yang sangat luas. Kawasan ini diterokai oleh seorang ulama' yang bernama Tuan Haji Mustafa bin Raja Kemala. 

Sempena dengan kedudukan tanjung yang sangat luas ini, Tuan List (wakil kerajaan Negeri Selat) dan Raja Itam telah menamakan bandar ini dengan nama Tanjong, manakala perkataan Malim (mu'alim) adalah berkaitan dengan penduduk di kawasan Tanjong itu yang sangat rajin beribadat pada ketika itu.

Tanjong Malim adalah merupakan sebuah pekan yang terletak di selatan negeri Perak Darul Ridzuan. Dalam peta, Ulu Bernam dan Tanjung Malim hampir pada titik koordinat yang sama. Tanjung Malim terletak di laluan utama yang menghubungkan Ipoh dan kuala Lumpur sekiranya tidak menggunakan lebuh raya.Tempat yang berhampiran dengan Tanjung Malim ialah Ulu Bernam, Kalumpang, Ketoyong, Behrang, Behrang Ulu dan Slim River.Pekan ini bersempadan dengan negeri Selangor Darul Ehsan dan bersempadan topografi dengan negeri Pahang Darul Makmur. 

Dengan berlatar belakangkan Banjaran Titiwangsa dan kedudukan pekannya di pinggir Sungai Bernam menjadikan pekan Tanjong Malim sebuah pekan pintu masuk ke negeri Perak yang menarik untuk dilawati.
Disilah tempat saya dan rakan - rakan belajar .



Di pintu masuk ke Bandar Tanjung Malim


Deretan kedai 



Inilah bandar tanjung malim di Perak dimana disinilah terletaknya Universiti Pendidikan Sultan Idris . Bandar yang penuh dengan sejarah dan bangunannya dibina kira - kira sebelum tahun 1919 lagi .
Read more

5/01/13

KAHWIN

Keindahan pasti terukuir setiap pengantin baru . Setelah lama hidup bujang , tiba pula ke alam perkahwinan. Hari - hari akan datang sentiasa ditemani oleh isteri tercinta . Sebelumnya makan seorang kini berdua . Bila makan bayar rm 10 , tapi kini rm 20. Itu belum ada anak . Hari pertama kahwin pegang tangan , lima tahun berkahwin isteri dibelakang. Begitulah gelagat pasangan berkahwin . Ini hanya pandangan saya dari mata kasar . 

Perkahwinan merupakan suatu tanggungjawab besar keatas individu untuk menghadapi hari - hari yang akan datang dengan pasangan pilihan .Ketika kita sakit ada yang mengubati , ketika sedih ada yang menemani . Bukan senang untuk menjaga tanggungjawab perkahwinan .

Tanggungjawab paling besar tertanggung oleh suami . Suami bertanggungjawab mendidik anak yang bakal dilahirkan supaya menjadi anak yang soleh ddan solehah . Bukan senang nak memikul tanggungjawab sebagai seorang suami dan seorang ayah . Kita sebagai seorang lelaki perlu menyiapkan diri sepenuhnya dengan ilmu dan agama .
Read more

3/01/13

SELEBRITI KAHWIN 2012


APEK DAN LEUNIEY


AWAL ASHAARI DAN SCHA 


FAZURINA DAN HAIKAL
20 DICEMBER 2012


FARID KAMIL DAN DIANA 


ANNE DAN SUMALI REDUAN
11 NOVEMBER 2012


IRMA HASMIE DAN REDZA SHAH
29 JUN 2012


ELLA DAN AZHAR
7 JULAI 2012


BETTY BENAFE DAN BURCE DARGHOUS


NURUL WAHAB DAN ERIC DEPP
6 JUN 2012



HAIRIE OTHMAN DAN DALIA DIANA 
16 NOVEMBER 2012


Read more

1/01/13

MALIAU BASIN

Keindahan lembangan maliau basin yang terletak di sungai Maliau dan sungai Kibantangan di negeri bawah bayu iaitu Sabah .Sungai Maliau merupakan anak sungai Kinabatangan, sungai kedua terpanjang di Malaysia, selepas Sungai Rajang.

Berikut merupakan keindahan air terjun di Maliau Basin Sabah .







Read more

PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPT SESI AKADEMIK 2013/2014

Tahniah kepada adik - adik , abang - abang dan kakak - kakak yang telah selesai menduduki peperiksaan SPM , STPM , DIPLOMA dan sebagainya . Kemudian persiapan anda ke IPTA / IPTS perlu dijalankan supaya nama anda tersenarai dalam IPTA/IPTS .

Kepada pelajar yang merasakan dirinya tidak layak untuk masuk ke IPTA , jangan risau dan bimbang kerana hari ini peluang belajar sangat luas  disana . Pelbagai pihak telah menyediakan pelbagai peluang belajar untuk kita semua  .

Hari ini pihak swasta telah menyediakan pelbagai bidang pelajaran untuk anda semua . Antaranya KLMU , SEGI , MSU , LIM KOK WING , dan sebagainya  yang menyediakan pelbagai bidang antaranya Kewangan , Masakan , Perubatan dan sebagainya .

Tidak terlepas pandang oleh pihak kerajaan yang menyediakan pelbagai institut yang tidak memerlukan bayaran yang tinggi , malah alaun setiap bulan akan diberi . Antaranya IKIM , IKBN , IKIP dan banyak lagi . Bidang yang disediakan juga antara bidang yang mendapat permintaan perkerjaan yang tinggi . Sebagai contoh bidang auto dan elektrik yang juga membuahkan pendapatan yang tinggi suatu hari nanti .

Selain itu anda juga berpeluang memohon SPA http://www.spa.gov.my/Portal/ . SPA telah menyediakan peluang kerjaya dalam perkhimat awam . Disini anda dilatih selama beberapa tahun kemudia peluang perkejaan anda telah disediakan antaranya Nurse dan Bomba .

Anda semua perlu tahu langkah - langkah permohonan untuk ke IPTA dan anda juga perlu peka tarikh - tarikh penting setiap peringkat pemohonan . Laman web utama upu  http://upu.mohe.gov.my/ ini anda perlu sentiasa membuka bagi mendapatkan info - info terbaru .

Tempat paling terbaik buat adik - adik ,  saya syorkan masuk tingkatan 6 . Bukan apa kalu masuk tingkatan 6 ni kalu masuk pon bukan banyak sangat kena bayar yuran dan masa pun singkat dan boleh dapat biasiswa .
Pengalaman ini dikongsi bersama supaya kita tidak berasa kita lemah kita tidak boleh belajar .

INFO TERKINI .

30 NOVEMBER 2012 : PEKELILING - PROSEDUR PENGURUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR KE IPTA, TEVT (POLITEKNIK) & ILKA SESI AKADEMIK 2013/2014
>> LEPASAN SPM/SETARAF
>> LEPASAN STPM/STAM
>> LEPASAN MATRIKULASI / ASASI
>> LEPASAN DIPLOMA/SETARAF
>> KEMASUKAN KE SIJIL & DIPLOMA KE TEVT(POLITEKNIK) DAN ILK LEPASAN SPM & SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA


7 JANUARI 2013 HINGGA 15 APRIL 2013 :
Permohonan Kemasukan Ke IPTA/Politeknik/ILKA bagi lepasan SPM, Asasi, Matrikulasi, STPM, STAM, Diploma atau SETARAF dengannya dan jualan No. Unik ID di BSN bagi Sesi Akademik 2013/2014 akan dibuka.
Kemasukan adalah pada :
lepasan SPM/Setaraf - Jun 2013
lepasan STPM/Setaraf - September 2013

so, sekarang saya syorkan kepada semua agar beli dlu pin upu kat BSN dan aply buat kali pertama , tunggu keputusan STPM , SPM keluar baru la kamu semua apply buat kali kedua.


Read more

HAPPY NEW YEAR 2013


Allhamdulliah pejam celik - pejak celik hari ini sudah menjelang tahun baru 2013 . Tugasan kita pada tahun 2012 sudah selesai dengan memenuhi azam an matlamat walaupun belum tertunai . Tahun ini kita bina azam baru supaya apa yang kita kehendaki tahun lepas yang belum kita kecapi akan tertunai tahun ini .

Kita seharusnya menoleh seberapa jauh masa di belakang supaya ia menjadi ikhtibar untuk masa akan datang . Sesungguhnya sejarah atau masa lalu merupakan aset penting bagi manusia bagi membina jati diri dan sahsiah peribadi yang mulia disisi agama  dan bangsa .

Kadang - kadang kita khilaf melakukan kesilapan tetapi ia tidak bererti kita berhenti di sini . Kita perlu bangkit semula memperbetulkan apa yang kurang dan mempertingkatkan apa yang lemah . Tahun baru ini kita bangkit dengan azam dan matlamt supaya kita berjaya di dunia ini .
Read more