31/03/13

30/03/13

BURGER ABG BURN KAMI DATANG

Akhirnya sampai juga akhirnya ke Gerai Burger Bakar Abang Burn di cawanganya di Shah Alam Syeksen 7 . Walau sebelum ini hanya tengok kat fB .Akhirnya termenterai nak merasa Burger ini . Memang sedap dan memang padat dengan isi .Dah alang alang sampai di Shah Alam terus la snap kat ICt .








Jutaan terima kasih kepada kawan kawan yang sudi luangkan masa bersama kami .huu




Ameen and Nurul Akhilah 



Qaiyum , Faris , Aku and Ameen 







Read more

29/03/13

27/03/13

PUISI LAHAD DATU


Keperluan berpuisi untuk meluahkan apa yang tersimpan dihati bukan hanya bermain dengan hayalan tetapi membukukan isi hati melalui puisi .Ku karangkan puisi buat lahad datu satu pengorbanan .



LAHAD DATU

Bila badai melempar ombak ,
bahtera pula karam bersidai di teluk ,
awak awak tersimpang siur ,
mengharap kasih di tapak tangan ,
sekalipun luka didada tak siapa yang peduli ,

Adat  orang yang berjuang ,
bunga yang mekar terkulai akhirnya ,
dahan kering tempat kau berpaut ,
jatuh tersungkur tak siapa yang sambut ,  
sedangkan sepohon pokok kau sanggup  perjuangkan ,
orang lain hanya  tonton di panggung  ,

Kau telah atur langkah ,
namun tuhan juga aturkan langkah untukmu ,
kau hilang tiada penganti ,
namun nama mu harum di sudut hati ,
lahad datu kau jangan bimbang  ,
kalau tiada orang perduli ,
kaki ku ini sanggup ku bawa ,
namun tangan ku kosong ,
ku bekalkan doa buat pejuangku
sebagai nadi kudrat mu .

AMIRUL FARHAN
KHAR UPSI Tanjung Malim


Read more

26/03/13

TEATER ASMARA SONGSANG KINI DI PENTAS UPSI

Teater asmara songsang kini dilakonkan di Pentas Dewan Besar UPSI Tanjung Malim pada 25 march 2013 . Kira - kira 1000 penonton pada malam itu yang turut di hadiri oleh Naib Canselor UPSI . Teater yang membawa kisah hidup masyarakat kita pada hari ini yang terjebak dengan LGBT yang sedang menular . Pihak produksi cuba membawa kita melihat masalah dikalangan remaja kita supaya kita sedar akan perbuatan sebegini akan merosakkan generasi akan datang . Semoga para penonton membawa serba sedikit pengajaran yang di tayangkan .








Read more

25/03/13

HARI INI 3 ULAMA" MENINGGAL SERENTAK

Sayu mendengar berita pada hari ini 25 . march 2013 tokoh agama telah kembali ke rahmatullah . Walaupun tidak pernah berjumpa namun pemergiannya merupakan pemergian terbesar buat umat islam kerana gugurnya sebijik permata dalam dunia islam . Berehatlah kamu disana dengan aman semoga ilmu akan membatu kami di hari akan datang . Al Fatihah



1. ALLAHYARHAM USTAZ DR MUHAMMAD UTHMAN EL MUHAMMDY

Dilahirkan pada 9 Feb 1943 di Kelantan, Dr Muhammad Uthman ialah tokoh yang tidak asing khususnya dalam dunia intelektual Islam dan telah menghasilkan ratusan penulisan berkaitan ketamadunan Islam amnya . Allahyarham mempunyai masalah jantung dan menghembuskan nafas terakhir di rumah beliau di ISTAC



2.  Allahyarham Sheikh Muhammad Abdullah
Beliau merupakan ketua dewan ulama PAS Kedah  .







3.Tuan Guru Haji Ali Kedah
Mengajar Tasawuf (kitab Hikam ) di Masjid-masjid di Alor Setar. Akhlaknya indah. Murabbi selalu cerita mengenainya.





Read more

21/03/13

BANGUNAN UMT TERBAKAR



Hari ini kisah tergempar bangunan UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU terbakar . Bilik naib canselor turut terbakar dalam kejadian kira - kira jam  12 tengahri tadi .Selain itu bilik pengawai khas naib canselor turyt terbakar .

Sumber gambar : Rakan Facebook
Read more

17/03/13

KOLEKSI PUISI KU

Ini adalah antar koleksi puisi yang diminta aku reka dalam subek penulisan puisi untuk diterbitkan .
Puisi yang ini banyak cacat cela dan perlu di baiki . INILAH PUISI REBUNG
Aku diminta menyiapkan 15 puisi yang bertemakan terima kasih . 3 minggu pikir nak buat ini. Tapi ini je yang mampu . Apakan daya

Semua nya terima kasih
terima kasih tuhan
terima kasih ibu
terima kasih ayah
terima kasih guru
terima kasih sahabat


BUKU RAHSIA IBU

Ibu…..
Rautan wajah tuamu  jelas terpancar
Menyimpan sebuku rahsia
Buku rahsiammu yang tertulis
Adalah keperitanmu  yang tak siapa tahu

Sembilan bulan engkau  Menanggung derita
Dipejam Nampak kelam
Di celik Nampak perit
Namun engkau masih menyimpan  buku rahsiamu

Ibu…..
Terima kasih atas jasamu


TARUHAN AYAH

Ayah……
Engkau pertaruhkan kudratmu
Segalanya Untukku
Engku pertaruhkan masamu
Segalanya Untuk ku
Engkau pertaruhkan nyawamu
Segalanya Untukku

Ayah……
Hari ini aku menikmati taruhan kudratmu
Hari ini aku menikmati taruhan masamu
Hari ini aku menikmati taruhan nyawamu
Namun
Sempatkah engkau menikmati 
Balasan budi mu?
Hanya terima kasih sebagai hadiah buatmu


SAHABAT KAU DAN AKU

Sahabat…..
Engkau dan aku
Dua merpati berbeza rupa
Namun engkau adalah  anugerah terindah

Bila sayapku patah kau baluti aku
Dengan kemesraan
Bila aku terbang jauh kau menarikku
Dengan kasih sayang
Bila aku malas terbang
Engkau ajarkan aku
Dengan bersungguh sungguh

Dalam dunia tuhan ciptakan
Engkau banyak
Namun engkau umpama
Sebutir pasir dalam seluas lautan
Terima Kasih sahabat

SAHABAT

Sahabat…..
Terima kasih bagimu bagai aliran sungai
Yang akan berlalu pantas  meninggalkan hulu
Tetapi terima kasih ku umpama tasik yang tenang
Sahabat….
Di kala aku tenggelam di lautan
Kau menarikku
Dikala hati ini tiada penghalang
kau penghalang aku
Sahabat..
Terima kasih amat mudah
Kerana tiada apa yang berharga
Setanding dengan  dirimu sahabat

GURU

Guru…
Walaupun pertamuan kita
hanya sepintas masa
Namun kota ingatan ku
segar namamu
walau diri ini jauh darimu
namun doaku sebagai  jambatan

engkau penyuluh obor semangatku
penyuluh jalan kejayaanku
akan ku guna obor ini sebagai
pegangan dalam hidupku

Perit jerit kau mendidik aku
Sehingga aku bias berdiri sendiri
Engkaulah inspirasi ku
Terima kasih guru ku


TERIMA KASIH TUHAN

Ku hirup udaramu
Ku makan makannamu
Ku hidup berbumbungkan langitmu
Ku berdiri berlantaikan tanahmu
Ku menikmati airmu
Ku bersyukur seadanya atas kurnianmu

Engkaulah maha pencipta seluruh alam
Sekepal daging menjadi manusia
Engkau jadikan manusia itu sempurna
Engkaulah maha mengasihi
 Terima kasih tuhan


IBU
Air tangamu membesar akan aku
Ikhlas hatimu kau
Taburkan dalam masakan mu
Kau sematkan agama dalam dinding hatiku
Kau perkukuhkan konkrit imanku dengan ajaranmu
Kau pahatkan ilmu di dada ku

Murninya engkau
Umpama sejernih air
Membelaiku dengan kasih sayang
Mendidikku dengan  ketabahan
Itulah engaku ibu permaisuri hati ku


KERTAS KOSONG
Sahabat….
Apabila hati ini menutup tirai
Kau nyalakan cahaya
Apabila  hati ini layu
Engkau sirami air
Apabila  hati ini sakit
Kau merawatinya

Sahabat…..
Kau lah satu satunya
Engkau telah meloretkan kehidupanku
Dalam sehelai kertas kosong
Menjadi sebuah lukisan
Terindah dalam hidupku
Yang menjadi hiasan diri ku

AYAH SUDAH TUA

Ayah sudah tua…
Pulang dan kudrat ayah masih muda
Kerana anak anak ayah masih dibawah mentari
Ayah lupa ayah sudah tua

Pagi pagiayah sudah tiada
Kami bangun maahari hari sudah berdiri
Kami cari ayah
Kami ayah lupa mencari rezeki

Kami sudah Berjaya
pagi pagi kami sudah tiada kerana
anak anak kami juga

waktu cuti kami ke kampong
kami lupa ayah sudah tiada


MASAKAN IBU

Leteran ibu menyengat di tellinga ku
Cubitan ibu menusuk ke jiwaku
Namun apabila kau pergi
Jasadmu mu terkapar
Ibu….
Tidak boleh berbicara apa apa
Tiada masakan sesedep masak mu ibu
Ku amat merindu masakanmu
Ku amat merindui belaian mu
Ibu…
Tanganmu bias mengoncang dunia
Hati tulus selembut kabus
Engkaulah idola hidupku
Engkaulah ratu hati ku


TERIMA KASIH

Terima kasih..
Kata  yang mudah untuk dilafazkan
Tetapi adakah ia seikhlas hati?
Tenang melafazkan tetapi sakit didalam
Berlegar-legar difikiranku
Keluhan berpanjangan membuatkan diriku layu
Terasa diriku hancur menjadi cebisan kaca yang tak bermakna
Tatkala merasakan apa yang dilakukan
Hanyalah sekadar di pinggiran

Terima kasih..
Mampukah ia menyembuh rasa hati
Dikala hati pilu merenung kegelapan malam
Kebahagiaan apakah ini
Ucapan hanya dilontarkan tanpa keikhlasan
Adakah ini ciptaan yang direka
Aku buntu mencari jawapan
Jawapan yang mampu membuatkan ku terharu

Terima kasih..
Kini telah ku ketahui jawapannya
Bukan sekadar lafaz yang dicari semata
Tetapi ketulusan daripada jiwa yang dilahirkan
Kini aku mengerti..
Melafazkan tidaklah penting jika kita tahu cara menghargainya..

GURU

Ku aturkan terima kasih
Untuk jasamu tak ternilai
Walau tak berharga
Namun ia ikhlas dari lubuk hatiku

Jasamu
kau ajarku tanpa rasa bosan
Kau layan kerenah ku tanpa rasa marah
Kau layanku tanpa rasa jemu
Kau berpegang pada tanggungjawabmu

Tidak pernah rasa jemu dan bosa
Engkau mendidik anak bangsa mu
Walau pelbagai halangan kau teguh bediri
Engkau adalah wira hidup ku
Terima kasih guruku
Read more

KEPUTUSAN STPM 2013

Keputusan STPM 2011/2012 akan dikeluarkan esok pada hari isnin 18 mac 2013 .

Good luck dan semoga mendapat keputusan yang terbaik kepada adik - adik yang mengambil STPM pada tahun 2012 yang lalu yang akan mengambil keputusan nya esok  . Serentak dengan adik - adik uper6 2013 yang akan mendapat keputusan semester 1 mereka . Semoga keputusan ini akan memberi sinar baru dalam hidup adik - adik semua .  


Dan jangan lupa membuat semakan kelayakan memasuki universiti supaya adik adik dapat memilih kos yang sesuai dengan keputusan adik adik . Kepada yang tidak mendapat keputusan yang cemerlang , jangan putus asa kerana rezeki kita ada dimana mana sahaja .

Semakan boleh dibuat secara :
Online 
http://webmpm.mpm.edu.my/stpm/

dan

SMS

Taip STPM jarak RESULT jarak NO. KAD PENGENALAN dan hantar ke 15888.

Read more

11/03/13

SELAMAT PENGANTIN BAHARU KEPADA SEPUPU KU


Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya pasangan sepupu ku selamat diijab kabulkan dengan hanya satu lafaz pada 9 march 2013 di Felda Keratong 5 . Semoga kehadiran sepupu baru akan menambah ceria keluarga kami .Harapan semoga dapat melahirkan anak anak yang soleh dan solehah dan semoga kekal hingga ke akhir hayat .
Read more

DINNER AT KELUMPANG STEAMBOAT AND GRILL

Cari punya cari tempat dinner dengan  kawan satu kelas Multimedia , dapatlah satu tempat istimewa di 
 KELUMPANG SETAMBOAT AND GRILL di hulu Selangor .Ingatkan dah x ada lagi tempat makan menarik di tanjung malim ni . Walaupun tempat ini bukan di tanjung malim tetapi jaraknya tidaklah jauh , bezanya hanya negeri lain lain .
















Tempat ini sangat istimewa kerana bayaran yang berpatutan dengan hidangan yang disediakan . Bayaran hanya RM 20 setiap orang anda boleh menikmati pelbagai juadah hidangan yang menarik . Antaranya Steamboat , Nasi goreng , Mee goreng , Kuih muih , Buah buahan , Ais cream , Aneka Air , Snack dan banyak lagi . Ambil seberapa banyak yang anda mahu dengan hanya bayaran RM 20 sahaja . Memang tak rugilah .
Allhamdulliah program dengan rakan rakan kelas berjalan dengan lancar . So terima kasih sangat sangat kepada rakan rakan yang sudi menghadiri majlis makan malam bersama sama .wah
Insyallah pelangai program akan menyusul selepas ini.haha..
Read more

5/03/13

HASIL BERPHOTOSHOP



Inilah hasil yang x seberapa setelah berdaya upaya mempelajari ilmu photoshop dari blogger . Walaupun x mengikut sama yang diajar tapi ok la. Kepada yang baru nak mempelajari dan minat mempelajarinya . Janganlah malas dan perlu berusaha memahami cara - cara yang ditunjukan dengan betul . Usaha ini perlulah dilakukan dengan berterusan supaya ilmunya kekal dalam ingatan . tq
Read more

SELAMAT PENGANTIN BAHARU

Dengan ucapan tahniah dan Selamat Pengantin Baharu kepada bakal pengantin dan bakal sepupu saya iaitu Muzafar dengan cikgu Azihan . Semoga perjalan semasa perkahwinan berjalan dengan lancar . Insya Allah aku akan datang dengan terpaksa korban kelas Penulisan Puisi , Lab Programing dan Olahraga .





Read more

PELANCONG LUAR NEGARA

Apabila aku search kat google .Ada satu blog / page yang menyatakan persaan menarik dan tertarik dengan layanan ayah aku semasa mereka makan ke Restauran kami . Aku juga teruja ada juga orang masih mengenang tentang kebaikan ayah aku di internet . Aku harap pelancong itu dapat datang semula .
Pelancong itu puji tentang layanan dan makanan serta harga yang berpatutan .
Terima Kasih .Thank You .



this is my father 

Gambar restoran lama

Read more

3/03/13

IHSAN NOORZALI

Ihsan Noorzali atau nama sebenarnya Gazali bin Din adalah pensyarah saya dalam krusus Pengayaan Diri PENULISAN PUISI UNTUK PENERBITAN di UPSI dan merupakan Fello Kolej Harun Aminurrashid . Amatlah bersyukur dapat bergurukan seorang insan yang mempunyai bakat dan kebolehan yang tersediri .

Aku  begitu  kagum dan dapat mengenali dengan beliau yang merupakan penulis puisi terkenal . Karya beliau hampir 200 amat mengagumkan . Aku sangat suka mendengar cerita - cerita dan pengalaman beliau sepanjang menjadi penulis . Puisinya banyak tersiar dalam Mingguan Malaysia , DPB , Berita Harian , Pustaka dan sebagainya ,

Penulis yang sangat ceria dan sentiasa senyum membuat semua orang sangat senang dengan beliau .
Harapan semoga beliau dapat meneruskan perjuangan walaupun diatas sekeping kertas tetapi ia merasukki setiap pembaca .

Antara karya beliau yang mendapat perhatian ialah Ceritera dari rumah kegelapan yang berjaya mendapat anugerah yang di sampaikan oleh Tun Mahathir di Langkawi pada 4 julai 2004 . Puisi ini adalah luhan hati Ihsan Noorzali yang mengisahkan PPSMI .


Read more

KU MERINDUI WAJAH BONDA



Hari ini sudah hampir 3 minggu aku meninggalkan kampung halaman , ini bermakna 3 minggu sudah aku tidak lihat wajah ibu ku dikampung dan begitu juga sudah 3 minggu tidak berjumpa dengan keluarga , saudara dan masyarakat kampung .

Namun kuharapkan kesihatan dan kebahagian kepada keluarga ku disana . Semoga perjalanan hidup mereka bahagia .Insya Allah . Amin .

Read more

1/03/13

BAS KITARAN UPSI BARU






Allhamdulliah , pelajar UPSI akan menikmati perkhimatan bas baru oleh syarikat KIFFAH TRAVEL AND TOUR yang mula berkuat kuasa pada minggu ini . Harapan dengan adanya bas kitaran yang baru akan menaikkan mutu perkhimatan UPSI . Bas yang warna warni akan menaikkan seri pemandangan UPSI dan memberi kedamaian . Insya Allah .
Read more