3/03/13

IHSAN NOORZALI

Ihsan Noorzali atau nama sebenarnya Gazali bin Din adalah pensyarah saya dalam krusus Pengayaan Diri PENULISAN PUISI UNTUK PENERBITAN di UPSI dan merupakan Fello Kolej Harun Aminurrashid . Amatlah bersyukur dapat bergurukan seorang insan yang mempunyai bakat dan kebolehan yang tersediri .

Aku  begitu  kagum dan dapat mengenali dengan beliau yang merupakan penulis puisi terkenal . Karya beliau hampir 200 amat mengagumkan . Aku sangat suka mendengar cerita - cerita dan pengalaman beliau sepanjang menjadi penulis . Puisinya banyak tersiar dalam Mingguan Malaysia , DPB , Berita Harian , Pustaka dan sebagainya ,

Penulis yang sangat ceria dan sentiasa senyum membuat semua orang sangat senang dengan beliau .
Harapan semoga beliau dapat meneruskan perjuangan walaupun diatas sekeping kertas tetapi ia merasukki setiap pembaca .

Antara karya beliau yang mendapat perhatian ialah Ceritera dari rumah kegelapan yang berjaya mendapat anugerah yang di sampaikan oleh Tun Mahathir di Langkawi pada 4 julai 2004 . Puisi ini adalah luhan hati Ihsan Noorzali yang mengisahkan PPSMI .


Load disqus comments

0 Alasan Murid