31/05/13

LAST DAY WITH MADAM ZARIAH

Allhamdulliah perjalanan selama 14 minggu sudah hampir menutup tirai . Hari ini merupakan hari terakhir sesi pembelajaran untuk sem 2 . Penat lelah menghabiskan masa dengan memenuhi jadual walaupun penat dan malas namun dapat jua aku dan kawan - kawan yang lain mengakhirinya . Tinggal lagi 2 minggu untuk exam sebelum masuk alam  cuti selama 2 bulan setengah .

Segala pengajaran sem 2 akan aku ambil ikhtibar untuk menghadapi sem - sem akan datang . Aku sangat berterima kasih kepada para pensyarah dan rakan - rakan yang banyak membantu sepanjang sem ini

Hari ini 31 mei 2013 adalah hari terakhir bagi sem 2 dan kelas terakhir ialah kelas EL 1 .Bersesuaian dengan kelas terakhir tq buat madam zariah yang sudi mengadakan jamuan buat yang terakhir kali . Terima kasih juga kepada member yang sudi berkongsi makanan .



Read more

28/05/13

SENARAI MENTERI BESAR DAN KETUA MENTERI 2013

Selepas pilihanraya ke 13 berlangsung telah perubahan besar ke atas senarai Menteri Besar dan beberapa Ketua Menteri  . Antara negeri yang menerima ketua kerajaan yang baru ialah Kedah , Kelantan , Perlis , Melaka dan Johor . Manakala negeri - negeri lain masih mengkalkan Menteri Besar dan Ketua Menteri yang sama .

Kedah telah menerima kerajaan baru setelah kejatuhan kerjaan Pas di negeri tersebut . Penggal yang lepas bekas Menteri besar Kedah  mereka Dato sri Azizan yang kini bergelar Tan sri . Walubagimanpun Ustaz Azizan menang di tempat ditandinginya iaitu di Sungai Limau .Menteri besar Kedah yang Baru iaitu Dato Mukhriz Mahathir telah memenagi kawasan yang ditaninginya iaitu DUN Ayer Hitam .

Kisah di Kelantan lain pula ceritanya , Menteri Besar mereka yang baru iaitu Datuk Ahmad Yakob menggantikan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz sebagai menteri besar . TGNA telah melepaskan jawatan Menteri Besar selama 22 tahun beliau memerintah . Namun kerajaan Pas masih memegang negeri tersebut untuk 5 tahun akan datang lagi .

Kisah di Melaka dan Johor baru juga sama ceritanya apabila bekas Menteri Besar dan Ketua Menteri mereka telah beralih arah kawasan menggundi daripada DUN ke Parlimen .Secara tidak lansung kedua - dua tokoh tersebut tidak tersenarai dalam Ketua Menteri dan Menteri besar .

Di Perlis pula bekas Menteri Besar penggal yang lepas tidak bertanding dimana - mana pilihanraya umum ke 13 menyebabkan nama beliau tidak tersenarai dalam jawatan Menteri Besar .

\


\NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

YAB DATO' SRI UTAMA  HAJI MOHAMAD BIN HAJI HASAN
2004 - kini 

Read more

KEDAI SATAY DAN MEE REBUS TANJUNG MALIM

Tanjung Malim ada keistimewaanya .Kalau selain 'Pau Yik Mun' tumpuan utama di Tanjung Malim ni. Bagi aku kalau singgah di sini jangan lupa jengok ke kedai Satay dan Mee rebus .Kedai ni pon aku tak tahu nama sebenar just tulis di kedai Satay dan Mee Rebus Tanjung Malim . Kedai ini aku nampak sekali imbas je masa naik motor , tapi dalam hati dah terdetik nak singgah sebeb tengok tempat bakar je .he3

Kedainya berhadapan dengan Kampus Lama UPSI dan bersebelahan dengan Old Town . Satay die memang sedap walaupun hanya ada dua jenis sahaja iaitu ayam dan daging . Satay dengan kuahnya memg serasi . Dua kali datang pon mesti nak lagi . Ini pendapat aku . Dan satu lagi die penye mee rebus sampai menjilat jari . Memag susah nak dapat mee rebus kuahnya yang pekai likat tu . Kalau ada masa dan peluang jemput lah datang .

Kedai ni memag baru bukak , tapi tak tahu la kalau - kalau  ada cawangan yang lain . Yang stylenye kedai ni ada dua menu je .

Daging vs ayam 

Tempat bakar satay

Kedai yang simple .
Read more

13/05/13

KAWAN - KAWAN SIA


Hidup tanpa kawan umpa orang gila yang berjalan di siang hari . Hidup dengan adanya kawan umpa kita senyum sampai ke pagi . Jika hidup berkawan harus tanamankan sikap toleransi dan muafakah baru la hidup kita sentiasa bahagia disampaing kawan .

Setelah menghuni kolej pelbagai suka duka antara kawan di lakar dalam nota setiap kita . Janganlah padam segala nota itu kerana itulah satu satunya kenangan yang kita ada jika di sini .

HASBUL QAIYUM


SAFWAN , EDWIN DELOVA , AZRI
Read more

10/05/13

7/05/13

MENTERI BESAR PERLIS BARU


Adalah Di Mashyurkan Kepada Seluruh Rakyat Negeri Perlis Indera Kayangan, Bahawasanya

 Menurut Perlembagaan Negeri, Artikel 39 (2) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri 

Perlis, Maka Dengan Ini, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin 

Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Telah Memperkenankan Perlantikan Yang 

Amat Berhormat Azlan Man Sebagai Menteri Besar Perlis Ke-11

Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Dan Menyimpan Rahsia Serta 

Pengurniaan Surat Cara Perlantikan Di Zahirkan Di Istana Arau Sebentar Tadi.
Read more

6/05/13

SIAPAKAH MENTERI BESAR JOHOR DAN KETUA MENTERI BESAR MELAKA YANG BARU

Peralihan kerusi dari DUN ke Parlimen telah menjatuhkan kedua - dua tokoh besar BN iaitu Datuk Abdul Ghani Othman MB Johor dan Dato Seri Ali Rustam Ketua Menteri Besar Melaka .


Dato Seri Ali Rustam 
1999 - 2013


Datuk Abdul Ghani Othman
3 mei 1995 - 2013


Mb Johor yang tewas ditangan penasihat DAP di Gelang Patang yang merupakan saingan paling sengit dan Ketua Menteri Melaka yang bertanding di Parlimen Bukit katil yang dikalahkan oleh Shamsul Iskandar dengan majoriti 5447 undi manakala MB johor dengan Majoriti 14 762 undi .



Namun siapakah Menteri besar dan Ketua Menteri baru akan terjawab dalam masa terdekat .
Read more

KEDAH JUGA MENTERI BESAR BARU

Selepas kejatuhan kerajaan Pas Kedah ke tangan BN , Mukhriz sah bergelar Menteri Besar Kedah yang baru menggantikan Ustaz Azizan pada penggal yang lalu . Upacara disempurnakan oleh pemangku Sultan Kedah Tunku Anuar .

Siapa tidak kenal anak Tun Mahathir Mohammad yang merupakan Ahli Dewan Undagan Negeri DUN Ayer Hitam yang mengangkat sumpah di istana Anak Bukit petang semalam .

BN yang memperolehi 21 kerusi DUN daripada 36 kerusi berjaya membentuk kerajaan baru pada pagi semalam .Mukhriz merupakan Mb ke 10 di negeri itu .

Namun bekas MB Dato seri Ustaz Azizan masih mempertahankan kerusinya di DUN sungai limau .

Semoga pemerintahan Kedah bertambah Sejahtera .




Datuk Mukhriz ketika upacara watikah perlantikan . 

Read more

MENTERI BESAR BARU KELANTAN

Kelantan menerima MB baru selepas TG NIK ABDUL AZIZ.


Perjalanan selama lebih 20 banyak memberi pengalaman kepada TGNA yang membolehkan 
PAS hari ini diterima masyarakat . Namun apa yang ditinggalkan ilmu sebagai bekalan 
untuk generasi kita berjuang .Walau pelbagai fitnah dan tomahan diterima namun
beliau tabah dengan halangan .Biar apa orang bicara 
namun aku tetap sokong Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat . 

1990 - 2013




MENTERI Besar, Datuk Ahmad Yakob mengangkat sumpah taat setia di hadapan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke V pada Majlis Mengangkat Sumpah Pelantikan Menteri Besar dan Timbalan serta Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan di Istana Negeri Kubang Kerian, Kota Bharu, hari ini.




Datuk Ahma Yakob merupakan timbalan Menteri Besar sebelum ini .Semoga pemerintahan kelantan akan diberkhati oleh Allah swt .
Read more

KEPUTUSAN PRU 13


PRU 13 kali ini belum berpihak kepada Pakatan Rakyat namun dari segi lain pakatan rakyat dapat meningkatkan bilangan kerusi DUN dan PARLIMEN walaupun kerajaan Kedah jatuh ketangan BN semula . Pakatan masih dapat memgang Kelantan , Pulau Pinang dan Selangor .
Kedudukan kerusi PR dan BN 

Pakatan hampir memperolehi Terengganu dengan tipis 2 DUN dimana BN memperolehi 17 DUN manakalan PR 15 . Kedudukan kerusi parlimen yang sama 4 - 4 .

Kedudukan di kelantan mengalami peningkatan dikalangan BN kerana berjaya merampas 3 lagi Parlimen dari PAS .Namun Kelantan kekal dengan pemerintahan PAS .

BN berjaya merampas Kedah dengan beza kerusi Parlimen 2 .

Kuala Terengganu dimiliki oleh Pas yang ditandingi oleh Raja Khamarul Bahrin .Manakala di Shah Alam dimenangi oleh Khalid Samad yang menewaskan Zulkifli Nordin . 

Manakala Pakatan berjaya memperolehi kerusi Parlimen dari beberapa buah negeri BN iaitu Parlimen Temerloh oleh Ketua Pemuda Pas Ustaz Nasaruddin Tantawi . Manakala penasihat  DAP berjaya menawan Gelang Patah yang merupakan kerusi paling panas kerana saingannya adalah Bekas MB Johor Datuk Abd Ghani Othman .

Kerusi panas yang diduduki oleh YB Nurul Izah berjaya mempertahankan daripada di rampas oleh Menteri Wilayah Datuk Raja Non Chik dengan undian sebanyak 31,008 dengan majoriti 1874 ribu . Selain itu kawasan yang merupakan maruh BN di Putrajaya berjaya dikekalkan oleh Tengku Adnan Mansor melawan pencabarnya Husam Musa .







Read more

4/05/13

PAKEJ PERCUTIAN KE PULAU TIOMAN

PAKEJ YANG KAMI SEDIA KAN MENGIKUT KAPASITI BILANGAN PELANCONG .

UNTUK

 2 ORANG    RM 280 SEORANG
 3 ORANG     RM 230 SEORANG
 4 ORANG     RM 220 SEORANG
 5 ORANG     RM 200 SEORANG

*PAKEJ HANYA MAKAN DAN PENGINAPAN
*PAKEJ SATU BILIK 5 ORANG MINIMA
*MAKSIMUM 30 ORANG SATU PAKEJ
*AKTIVITI PERLU TAMBAH CAS LAIN
*TIKET BOLEH TEMPAT SENDIRI  077994811 MERSING
                                                              094131362 TANJUNG GEMOK

SEBARANG MAKLUMAN HUBUNGI 0137595649

fabook page

https://www.facebook.com/pages/South-Pacific-chalet/524663350925212?skip_nax_wizard=true
Read more