NEWS

Post Top Ad

Blossom Themes

1/06/13

GAMBAR AGONG DALAM DUIT

Wang merupakan alat yang digunakan dalam urusan perniagaan di seluruh dunia. Wang boleh dibahagikan kepada dua iaitu wang kertas dan wang syiling. Artikel kali ini aku nak kongsikan tentang wang kertas yang digunakan kita setiap hari. Wang kertas yang kita gunakan mempunyai banyak gambar dan simbol yang melambangkan wang tersebut. Gambar Wang kertas juga diletakkan gambar tokoh/ orang berpengaruh/ individu yang dianggap sejarah bagi sesuatu negara. Untuk negara kita gambar yang diabadikan dalam wang kertas Ringgit Malaysia ialah Yand Dipertuan Agong Malaysia yang pertama iaitu Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan iaitu Almarhum Tuanku Abdul Rahman Ibini Almarhum Tuanku Muhammad.  

Gambar Sultan dibawah adalah gambar Yang dipertua Agong kita yang pertama iaitu Al Marhum Tuanku Abdul Rahman ibni Al Marhum Tuanku Muhammad dan Raja Permaisuri Agong yang pertama iaitu Almarhum Tunku Kursiah ibni Almarhum Tunku Besar Burhanuddin.

Baginda merupakan Ayahda kepada Tuanku Munawir dan Tuanku Jaafar .Tuanku Munawir ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan selepas  kemangkatan Tuanku Abdul Rahman, namun selang beberapa tahun baginda mangkat kemudian di gantikan oleh adinda almarhum Tunku Jaafar . 

Pada tahun 2008 banginda Tuanku Jaafar mangkat kemudian menggantikan  Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan bagi negeri tersebut .


Gambar portrait baginda masih lagi digunakan di atas wang kertas Ringgit Malaysia sejak siri pertama (tahun 1967) sehingga kini.




Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad
 Yang di- Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-8



Almarhum Tuanku Munawir ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
 Yang di- Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-9


Al-Marhum Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
 Yang di- Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10
(19 Julai 1922 - 27 Disember 2008)


Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir
 Yang di- Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11
(27 Disember 2008 - kini )



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Post Top Ad

Blossom Themes