NEWS

Post Top Ad

Blossom Themes

17/06/13

TAMAT SEM2 17/06/2013

Hari ini merupakan hari terakhir bagi aku untuk menghadapi semester 2 ini di Universiti Pendidikan Sultan Idris ini -17/06/2013 . Sehari demi sehari kawan - kawan aku meninggalkan aku dan tinggal kami yang belum balik lagi  . Insyallah esok aku akan pulang ke kampung yang tercinta dengan bekalkan senyuman  .Lupakan Kolej dan pelajaran sebentar untuk cuti  .

Allhamdulilah  segala pahit manis sem2 dua ini dapat aku tempuhi dengan jayanye . Pelbagai cabaran yang aku tempuhi yang banyak memberi pengajaran kepada aku dan hanya aku sahaja yang tahu .

sambungan......


Aku juga ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada semua kawan - kawan aku yang banyak membantu aku dalam semua hal sepanjang musim sem2 aku . Kenangan indah masa sem2 ini aku dapat meneroka ke Pulau Pinang , Kedah , Pusing - pusing satu KL walaupun tak tahu jalan . Sem ni juga dapat makan bersama - sama kawan sekelas ke Steam Boot di Kelumpang dan makan Burger Bakar Abang Burn walau tak semua yang datang dan banyak lagi pengalaman yang aku dapat . Terima kasih semua kalau tak ada korang aku duduk sorang - sorang dalam bilik .

Semalam kawan aku Hasbul Qaiyum telah pergi balik kampung tinggalkan kami . Pagi tadi didahului oleh safwan , azri dan seterusnya Syamil . Sedih menyelubungi bilik aku sebab semakin kosong . Pelbagai suka duka dikongsi bersama akan dijadikan kenagan .

Esok tiba giliran aku , edwin dan paktam meninggalkan kolej untuk 3 bulan akan datang . Tetapi ini adalah kali terakhir akan berjumpa dengan Edwin kerana dia akan menyambung pelajaranya ke MA . Semoga penghijrahanya akan mebawa makna dalam kehidupnya .Kita akan berjumpa walaubagimanapun kerana kita tetap sahabat . Akan ku simpan cerita kita dalam sebuah buku kehidupan kita yang penuh dengan warna warni

Begitulah kehidupan yang tidak terpisah dengan perpisahan . Kehidupan ini juga tidak akan berdiri sendiri jika tiada orang disamping kita .


Gambar kurang jelas . Azri , Qlaudia , Safwan , Qaiyum , Me and Edwin


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Post Top Ad

Blossom Themes