8/10/13

MENGUNJUNGI KILANG JUS MARKISA DAN BELIMBING BULUH

Kawasan yang terletak di Daerah Tapah Perak terdapat seorang pak cik yang bernama Haji Mansor dan keluarga yang mengusahakan jus buatan sendiri . Jus yang asalnya secara kecil - kecilan sehingga kini menjadi kormesial . Buah markisa dan belimbing buluh menjadi buah utama dalam mempromosikan Jus tempatan itu . Selain itu buah rambutan dan jem markisa juga turut di kormesial .


Atara anugerah yang diperoleh


Inilah rupanya buah markisa setelah tua .

Allhamdulliah saya berkesempatan melawat beliau untuk menemani kawan - kawan  mengadakan reaserch di situ . Kegigihan Haji Mansor memperolehi keuntungan yang berlipat ganda dan pelbagai anugerah yang diperolehi beliau dari kerajaan Negeri Perak mahupun kerajaan Pesekutuan .

Namun tidak dinafikan untuk berjaya sehingga tahap ini beliau banyak melalui pelbagai cabaran namun disebabkan minat beliau teruskan jua .Bukan mudah untuk capai tahap ini kerana memerlukan kekuatan yang cekal . Usahanya selamanya ini dibantu oleh isteri sendiri yang merupakan seorang jururawat sebelum ini .



Jus Buah Belimbing Buluh dan Jus Buah Markisa 

 Modal yang diperolehi dari hasil jualan sebelum ini di jadikan modal semula untuk lebih berkembang selain sedikit batuan dari kerajaan  . Tidak terlintas di fikiran aku bagaimana buah masrkisa boleh dijadikan jus begitu juga buah belimbing buluh yang biasanya dijadikan bahan masakan boleh dijadikan jus .Tahniah dengan kepakaran Haji Mansor kami dapat merasai jus tersebut . Selain itu jus rambutan turut di jadikan jualan nya .

Ketika kawan - kawan saya membuat liputan kami diberi merasakan setiap prouk yang dihasilkan . Hasil yang menakjubkan kerana tidak pernah kami rasa keunikan buah markisa dan belimbing apabila dijadikan jus . Namun banyak lagi usaha yang akan dijalankan oleh haji masnsor selepas ini bagi mengembangkan lagi perniagaan beliau . Beliau hanya berkerja dengan bantuan tenaga ahli keluarga sahaja . Pasarannya ketika ini hanya di dalam Malaysia dan beliau belum berani untuk pasaran ke luar negara kerana Buah Markisa dan Belimbing ini merupakan buah yang bermusim dan sukar dijadikan pasaran besar besaran jika tidak mempunyai kilang dan tenaga yang besar .

Peralatan yang digunakan menggunakan mesin yang berteknologi tinggi dan proses pembuatannya sangat mudah dan peralatan sentiasa di selenggarakan dengan baik dan keadaan kilang yang bersih . Produk ini juga mendapat pensijilan Halal dari JAKIM dan mendapat peniktiraf di dalam negeri dan Persekutuan .


Buah Markisa ketika muda .



Poster tentang kebaikan jus tersebut .


Sekalung Tahniah buat Haji MANSOR  diatas pertolongan dan tunjuk 
ajar beliau tentang selok belok pernigaan ini .
Semoga perniagaan Hj Mansor sekeluarga mendapat Barakah .


Read more

4/10/13

MEMASAK

Sudah semester 3 sekarang aku . Pejam celik 3 sem suda . 3 semsester pon telah banyak bagi pengalaman kepada aku . Macam - macam aku rasa pahit dan manis . Sekarang semester 3 aku duduk kat rumah sewa . Apa orang kata ' nak rasa pengalaman ' . Dari tingkatan 4 sampai la tingkatan 6 atas asyik mengadap peraturan asrama aja. Kali bebas la sikit ,

Yang seronoknya kalau duduk luar kalu kita masak sendiri . Sekarang dah masuk minggu ke 4 . Dah banyak masakan kami satu rumah reka . Untuk isi perut yang kosong , kiranya lebih jimat kerana kos dapat dikurangkan dengan masak sendiri .Kami pula satu rumah membahagikan tugasan memasak dengan sama rata supaya semua dapat merasa masakan air tangan kawan - kawan yang pelbagai negeri ada .

itu lah pengalaman saya untuk sem kali ini  .
Read more

SULTAN SELANGOR


SULTAN SHARAFUDIN IDRIS AL - HAJ IBNI AL - MARHUM TUANKU SALAHUDDIN 
21 November 2001 hingga kini 
Sultan ke - 11


AL- MARHUM TUANKU SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH IBNI 
AL MARHUM TUANKU HISAMUDIN ALAM SHAH

1960 - 2001
SULTAN KE -10



AL - MARHUM SULTAN HISAMUDIN ALAM SHAH IBNI AL - MARHUM 
SULTAN ALAEDDIN SULAIMAN SHAH 

1945-1960
 SULTAN KE - 9  PERTABALAN KEDUA 



AL - MARHUM SULTAN MUSA GHITUDDIN RIAYAT SHAH IBNI AL - MARHUM 
SULTAN ALAEDDIN 

1942 - 1945
SULTAN KE-8 



AL - MARHUM SULTAN HISAMUDIN ALAM SHAH IBNI AL - MARHUM 
SULTAN ALAEDDIN SULAIMAN SHAH 

1945-1940
 SULTAN KE - 7  PERTABALAN PERTAMA 


AL - MARHUM SULTAN ALAEDDIN SULAIMAN SHAH IBNI 
AL - MARHUM RAJA MUSA

1898 -1936
SULTAN KE- 6


AL - MARHUM SULTAN ABDUL SAMAD IBNI  
AL- MARHUM RAJA ABDULLAH

1857 -1898
SULTAN KE-5










Read more

2/10/13

PERCUTIAN KE PULAU PANGKOR

Alhamdulialah tercapai juga hasrat mahu bercuti ke Pulau Pangkor pada tahun ini bersama rakan - rakan . Percutian hanya 2 hari 1 malam banyak meberi pengalaman baru bagi aku dan rakan - rakan . Banyak pengalaman yang aku jumpa dan tak mugkin sama dengan Tioman . Siapa belajar sejarah pasti tahu peristiwa pejanjian Pangkor yang menyebabkan istitusi pemerintahan beraja di Perak jatuh kepada sistem Riseden .

Jeti Pulau Pangkor 



Tiket ferry yang sangat - sangat murah dengan RM 10 pergi dan balik dan perjalanan yang sangat - sangat dekat hanya mengambil masa 30 minit sahaja .

Kalau datang ke pangkor yang pasti akan anda terkejut dengan teksi + van warna Pink yang menjadi istimewa yang terdapat di pulau pangkor . Selain itu keadaan Pulau yang tidak agak terpencil dan kemudahan yang pelbagai juga terdapat pekan kecil yang berbeza susananya dengan tanah besar .
Aku amat kagum dengan kemudahan yang terdapat sebagai contoh teksi dan jalan raya . Kerana bagi aku ini adalah kemudahan asas yang penting bagi sesebuah kawasan pelancongan yang berskala besar seperti Pulau Pangkor ini .


Van Pink


Kata penduduk tempatan Pualau ini di majoriti oleh orang cina berbanding Melayu dan india . Semasa aku pergi sana bilangan orang Melayu juga ramai .Kiranya ia terdapat perkampungan orang melayu dan cina . Apa yang istimewa adalah suasana pekan yang x mungkin sama dengan tanah besar dan masyarakat yang hiup aman dan harmoni .

Kami memilih kawasan penginapan kami di Teluk Nipah . Teluk Nipah ini merupakan kawasan pelancong di Pulau Pangkor paling popular dan terbaik kerana pemandangan dan suasana nyaman serta pantai yang cantik . Pelbagai aktiviti sukan air yang boleh dinikmati antaranya menyelam , pusing - pusing naik bot , jekski , banana boat . dan sebagainya . Kiranya rugila kalo anda tidak menginap disini . Di kawasan ini terdapat banyak kawasan penginapan dan store 2 jualan barangan cenderahati dan pengangkutan mudah didapati .


Teluk Nipah 

Kami menginap di Palma Beach Resort , kawasan yang bersih dan bilik yang terbaik dengan kemudahan .Harga yang berpatutan aku dan kawan aku boleh dapat tawar harga sehingga RM 110 untuk 4 orang .Kalo nak murah kena pandai tawar menawar .

Aktiviti kami yang pertama bila samapai di penginapan kami ialah pergi pulau ke pulau untuk berenag dan snokerling . Harga RM 15 seorang . Pemandu pelancong bawa kami ke satu pulau berhampiran dan kami pon ber senorkelinglah. Agak dah puas mandi di pulau kami dibawa pusing - pusing sekitar laut disitu .

Tak puas berenag kami sambung kembali berenang dekat sekitar teluk nipah tu aje .Balik aje rumah lepas mandi semua tidur kepenatan . Sehingga la pukul 4 kami keluar dan menggunakan perkhimatan Teksi untuk pusing - pusing satu pulau . Aktiviti yang x juga membosankan . Boleh cuci mata daripada tidur .



Kuil 


Jeti 


Kami dibawa pergi ke kawasan perkampungan orang melayu kemudian ke jeti , Kuil , kilang satey ikan dan last kawasan sejarah . Puas dan berbaloi dengan harga RM 80 satu van boleh pusing satu pulau . Tahniah kepada penduduk Pulau Pangkor kerana menyediakan perkhimatan yang terbaik bagi aku la.

Sebelah malamnya pula kami makan besar dengan hidangan makanan laut dengan harga yang berpatutan . Menunya kerang bakar , ikan masak 3 rasa , udang masak manis , kailan dan ikan pari bakar . Seafood style . Dua hari sahaja sudah cukup untuk menikmati percutian walau agak tergesa kiranya semua dapat rasa . Tak perlu tunggu musin cuti sabtu ahad sudah cukup dan tak perlu paking barang berbagai asal ada baju cukup la.
Gambar sekitar Teluk Nipah


Gambar makan malam

Ucapan terima kasih kepada kawan - kawan ku yang sudi menabur duit buat sama - sama bercuti ke Pulau PANGKOR .

Read more