NEWS

Post Top Ad

Blossom Themes

8/10/13

MENGUNJUNGI KILANG JUS MARKISA DAN BELIMBING BULUH

Al kisahnya bermula aku teman kawan aku buat interview dangan pengusaha IKS berasaskan buah Markisa untuk tugasan kumpulan diaorang. So, sedikit penambahan ilmu mengenai Buah Markisa yang kali pertama aku dengar namanya dan rasanya. 

Kawasannya yang terletak di Daerah Tapah Perak. Pengusahanya bernama Haji Mansor dan keluarga yang mengusahakan jus buatan sendiri daripada buah Markisa dan Belimbing Buluh . Jus buatanya yang asalnya secara kecil - kecilan sehingga kini menjadi kormesial melalui bantuan daripada pihak kerajaan untuk melebarkan sayap perniagaan mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Buah markisa dan belimbing buluh menjadi buah utama dalam mempromosikan Jus tempatan itu . Selain itu buah rambutan dan jem markisa juga turut di kormesial. Buah Markisa dan Belimbing Buluh rasanya yang masam boleh dijadikan jus yang sangat sedap. 


Atara anugerah yang diperoleh


Inilah rupanya buah markisa setelah tua .

Allhamdulliah saya berkesempatan melawat beliau untuk menemani kawan - kawan mengadakan reaserch di situ . Kegigihan Haji Mansor memperolehi keuntungan yang berlipat ganda dan pelbagai anugerah yang diperolehi beliau dari kerajaan Negeri Perak mahupun kerajaan Pesekutuan .

Namun tidak dinafikan untuk berjaya sehingga tahap ini beliau banyak melalui pelbagai cabaran namun disebabkan minat beliau teruskan jua .Bukan mudah untuk capai tahap ini kerana memerlukan kekuatan yang cekal . Usahanya selamanya ini dibantu oleh isteri sendiri yang merupakan seorang jururawat sebelum ini .



Jus Buah Belimbing Buluh dan Jus Buah Markisa 

Modal yang diperolehi dari hasil jualan sebelum ini di jadikan modal semula untuk lebih berkembang selain sedikit batuan dari kerajaan  . Tidak terlintas di fikiran aku bagaimana buah masrkisa boleh dijadikan jus begitu juga buah belimbing buluh yang biasanya dijadikan bahan masakan boleh dijadikan jus .Tahniah dengan kepakaran Haji Mansor kami dapat merasai jus tersebut . Selain itu jus rambutan turut di jadikan jualan nya .

Ketika kawan - kawan saya membuat liputan kami diberi merasakan setiap prouk yang dihasilkan . Hasil yang menakjubkan kerana tidak pernah kami rasa keunikan buah markisa dan belimbing apabila dijadikan jus . Namun banyak lagi usaha yang akan dijalankan oleh haji masnsor selepas ini bagi mengembangkan lagi perniagaan beliau . Beliau hanya berkerja dengan bantuan tenaga ahli keluarga sahaja . Pasarannya ketika ini hanya di dalam Malaysia dan beliau belum berani untuk pasaran ke luar negara kerana Buah Markisa dan Belimbing ini merupakan buah yang bermusim dan sukar dijadikan pasaran besar besaran jika tidak mempunyai kilang dan tenaga yang besar .

Peralatan yang digunakan ialah mesin yang berteknologi tinggi dan proses pembuatannya sangat mudah dan peralatan sentiasa di selenggarakan dengan baik dan keadaan kilang yang bersih . Produk ini juga mendapat pensijilan Halal dari JAKIM dan mendapat peniktiraf di dalam negeri dan Persekutuan .


Buah Markisa ketika muda .



Poster tentang kebaikan jus tersebut .


Sekalung Tahniah buat Haji MANSOR  diatas pertolongan dan tunjuk 
ajar beliau tentang selok belok pernigaan ini .
Semoga perniagaan Hj Mansor sekeluarga mendapat Barakah .


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Post Top Ad

Blossom Themes