9/05/14

BICARA POLITIK

Bila anak muda bicara tentang politik ia dianggap sesuatu yang lain . Banyak anak muda hari ini berseronok dengan dunia sekeliling tanpa memikirkan Tanah Air . Apatah lagi bila remaja tidak menanggap Malaysia ini buka  milik mereka dan generasi akan datang . Ada juga anak muda tidak pandang politik dari awal sudah pandai mengeritik orang .Bangkit dari kerusi terus pandang serong . Baru lihat gambar diedit sudah pandai menilai . Anak muda dengan jiwa muda jangan sesekali bertindak politik kotor . Bukan anak muda seperti ini yang berminat politik . Anak muda perlu pandang politik itu dari pelbagai kaca pandangan . Jangan mudah terpengaruh anak muda dengan politik kotor . Kerana politik itu ideologi atau lebih faham lagi politik itu pemahaman kita yang boleh membawa pengaruh .Kita ada internet , kita ada maklumat bergerak . Kita bukan orang kampung yang hanya berpaksikan maklumat di televisyen sahaja yang berat sebelah . Kita perlu pandang dimana dari pelbagai aspek , dan bukan hanya menyalahkan sesuatu pihak . Keadilan berpolitik itu utama dalam jiwa . Orang akan ditindas kerana politik . Orang akan dihina kerana politik .
Load disqus comments

0 Alasan Murid