29/06/14

BENGKEL PEMANTAPAN MMK UPSI 2014/2015

Allhamdulliah selesai sudah kem pemantapan selama 3 hari 2 malam di kem Yayasan Selangor . Banyak pengalaman yang aku baru tempuhi dan suka dan duka yang menjadi kekuatan pada diri aku . Bila hari first datang rasa nak marah , bosan semua ada . Tapi bila penghujungnya baru aku kenal erti kem yang diwujudkan . Ia bukan sahaja mencabar kekuatan fizikal dan mental tetapi mengajar kita bagaimana berkerja dengan orang diluar nanti yang pelbagai karenah .

Merendam diri waktu malam pun sudah , mendaki bukit yang curam pun sudah , berguling atas padang pun sudah dan tak tidur pun sudah . Pengalaman yang pahit namun jika dikaji ia sebenarnya menguji ketahanan diri supaya menjadi peminpin yang teguh . Bukan itu sahaja semangat perpaduan dan berkerjasama juga patut ada dalam diri ini .

Pertemuan dengan kawan - kawan baru banyak mengisi pengalam aku kerana dapat kenal dengan lebih ramai lagi pelajar UPSI . Sebelum pergi kem , kami hanya pandang dan senyum sahaja , adakala pandang pon tak . Tapi bila dah kenal semua hati budi barulah aku tahu mereka semua sporting . Kalulah jumpa diluar nanti jangan lupa bertegur .

Terima kasih kepada semua panganjur dan yang terlibat dengan menjayakan program ini . Semoaga ukuwah yang baru dibina akan kekal untuk selamanya . Salam perkenalan buat semua MMK Kolej Za'ba , Kolej Aminunbaki , Kolej Aminunrasih , Kolej Ungku Omar dan terutama sekali adik beradik baru aku Kolej Kediaman Luar Kampus .

Tugasan sebagai MMK sudah bermula , jadi apalagi kerahlah diri untuk berbakti pada kolej dan universiti . MMK bukan pekerja tetapi ia melatih pelajar bagaimana untuk berkerja .



Aktiviti first kene ambil brg amanah


Aktiviti buat rakit

Sebelum pergi 

Read more

24/06/14

PERINTAHAN BARU KERAJAAN PERAK DARUL RIDWAN

Setelah kemagkatan AL Sultan Azlan Shah Muhibbuddin ibni al Sultan Yusuf pada 28 jun telah menabalkan Sultan Perak yang baru iaitu Raja Nazrin yang membawa gelaran Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Al Marhum Sultan Azlan Shah Muhibbuddin .

                                                                  SULTAN PERAK


Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah
Sultan, Yang Dipertuan Negara dan Raja Pemerintah Negeri Perak Darul Ridzuan dan Jajahan Takluknya


Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak 
Tuanku Zara Salim


RAJA MUDA PERAK


Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak
Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa

Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak
Raja Nor Mahani binti Almarhum Raja Shahar Shah

RAJA DIHILIR PERAK


Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak
Raja Iskandar Dzulkarnain Alhaj Ibni Almarhum Sultan Idris al-Mutawakkil Alallahi Shah II

Duli Yang Amat Mulia Raja Puan Muda Perak
Tunku Hajjah Soraya binti Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah



YANG MAHA MULIA


Raja Permaisuri Tuanku Bainun 



Read more

23/06/14

AL FATIHAH BUAT ALLAHYARHAM USTAZ ABU BAKAR CHIK

Takziah buat seluruh keluarga Allahyarham dan pemimpin PAS yang kehilangan satu permata dalam perjuangan PAS di bumi Malaysia ini . Kehilangan beliau merupakan kehilangan besar buat Keluarga PAS terutamanya yang telah lama berjuang bersama beliau . Walaupun masih muda untuk aku mengenali tokoh ini namun hasil pembacaan artikel penulis lain telah mengambarkan beliau seorang tokoh yang disegani dan mempunyai tauhid tinggi kepada Allah s.w.t .

 Berimej yang simple itulah ahli PAS yang tidak mementingkan kemewahan sebaiknya akhirat yang dicari .Sehingga hari ini sudah ramai tokoh - tokoh pas yang telah meninggal dunia , meninggalkan sejarah perjuangan untuk anak muda hari ini menyambung perjuangan PAS di Malaysia . Yang sedihnya tokoh Pas ini umpama permata yang besinar disebalik awan yang gelap .Seharusnya jasa mereka menjadi teladan dan contoh . Inilah islam yang mementingkan nama dan darjat sebaliknya kereda Allah wajib di cari . Kepada anak muda yang sehaluan dengan perjuangan PAS ini perlu menjadikan Tokoh tokoh kita sebagai idola dan contoh . Sekian 

Read more

18/06/14

KENALI KAWAN KITA

ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera dan selamat malam . Malam yang indah dan nyama terasa pula nak berkongsi kepada sesiapa sahaja yang terjumpa artikel ini . Ini sekadar perkongsian kita bersama . Aku belajar hampir 16 tahun dari Tadika samapai lah belajar di universiti dan banyak pengalaman dan kawan yang aku jumpa .

Hari ini aku nak fokus kan tajuk Kawan . Macam - macam perangai kawan yang aku jumpa selama hidup aku . Suasana tinkatan 6 dengan sangat universiti , tapi satu hal yang sama adalah perangai kawan . Aku bukan nak mengumpat malam - malam tapi sedikit terkilan dengan sikap kawan - kawan . Memang bukan mudah to be a best friend   . Namun sekurang - kurang kita usaha ke arah tersebut .

Perangai yang aku nak bincangkan hari ini adalah kawan yang menggunakan kita atas kesempatan dia . Agak - agak paham ke apa yang aku maksudkan ini . OK aku terangkan , kawan seperti ini ciri - ciri nya adalah bila kita minta tolong die ada sahaja alasan dia bagi , tapi bila die minta tolong kita aku bole jawab "ok je " . Banyak kali aku perhatikan saja perangai die , at least perkara remeh pon tolong la kan . Kadang - kadang aku minta kecil je .Tapi ada alasan juga . Inikan pula kalau aku ajak pergi beli barang lagi lah tak mahu . Aku boleh je terima perangai dia macam nie. Tapi kalau dah over run sangat sapa boleh terima . 

Bak kata pepatah "orang berbudi kita berbahasa" . Kalau kita boleh minta tolong dengan kawan apasalahnya kita tolong kawan jika diminta . Cermin diri dahalu . Jangan asyik penting kan diri dengan kerja sendiri .ok Itu sahaja luahan hati hamba dimalam buta ini . sekian tQ .
Read more

11/06/14

AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB

Amanah dan tanggungjawab merupakan suku kata yang membawa maksud yang sama . Sesuatu perkara akan menjadi amanah dan kita perlu bertanggungjawab melaksanankannya . Wajib kita laksanakan amanah dengan sebaiknya dan berdosa kita tinggalkan amanah tersebut  .Setiap manusia tidak terlepas dengan memikul amanah samada dalam keadaan terima atau tidak . Yang menjadi persoalan apakah kita mampu memikul amanah itu sebaiknya .

Sesuatu amanah jangan dianggap sebagai masalah dalam diri . Jika ini yang kita fikirkan sampai bila amanah dan tanggungjawab itu terbengkalai . Apabila amanah itu diberikan yang pertama hati mesti terbuka dan yakin kebolehan kita . Tidak semua orang mahu amanah itu dibebani dalam keadaan kita tidak boleh menerimanya . Jadi , bersedialah kita dengan amanah dan tanggungjawab .

Kemaisan amanah itu terjawab apabila kita seselai melaksanakan . Dalam seharian kita adalah amanah kita . Amanah kepada yang esa bermula pagi sehingga hendak tidur merupakan amanah yang perlu diseselaikan . Adakah hati kita akan tenang jika amanah Allah kita tinggalkan ? Jika kita mengambil mudah amanah Allah begitu rupa mana mungkin amanah manusia kita tidak tinggalkan .Akhir kata Amanah adalah Tanggungjawab kita .
Read more

8/06/14

TEMPAHAN KAD KAHWIN MODEN

Kami menyediakan pelbagai jenis kad kahwin dan banner serta banting perkahwinan secara online . Jika berminat sila layari facebook kami dimana pelbagai design dan harga murah untuk pelangan .

>>> https://www.facebook.com/Kadkawinmoden

contoh :




Read more

7/06/14

SENARAI SULTAN DAN PERWARISNYA

KEDAH DARUL AMAN 


Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah




Tunku Abdul Malik ibni Sultan Badlishah



PAHANG DARUL MAKMUR

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'Adzam Shah


Tengku Abdullah ibni al Sultan Ahmad Shah 
Tengku Mahkota Pahang


JOHOR DARUL TAKZIM 


SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR




TENGKU ISMAIL IBNI AL SULTAN IBRAHIM 
TENKU MAHKOTA JOHOR




KELANTAN DARUL NAIM


SULTAN MUHAMAD KE 5 IBNI SULTAN ISMAIL PETRA


TENGKU MUHAMMAD FAIZ PETRA IBNI AL SULTAN ISMAIL PETRA
TENGKU MAHKOTA



SELANGOR DARUL EHSAN


Duli yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj ibni Al Sultan

 Salahuddin Abdul Aziz Al Haj




Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah
Raja Muda Selangor



Read more

4/06/14

LAWATAN KE RUMAH ANAK YATIM

Inilah kali pertama aku jejak ke rumah anak yatim dan orang miskin . Tempatnya di Rumah Anak Yatim dan Orang Miskin Nur kasih Taiping Perak . Sudah sekian lama menyimpan niat berkunjung kerumah ini tetapi tiada kesempatan . Akhirnya tercapai juga hasrat ku ini . Kenakalan anak anak biasa la dimana - mana pon sama . Mula - mula sampai agak teruja dan sedih melihat mereka yang hidup tidak sama seperti anak yang lain . Namun apabila berkenalan ada juga mereka yang masih mempunyai mak dan ayah namun kemiskinan menjadi punya mereka disini . Ada juga yang tiada kedua - duanya , namun apakan daya hanya nasihat dan bimbingan buat anak - anak ini tabah . Kanak - kanak seperti ini masih belum masa mereka fikir masa depan namun hanya kasih sayang diperlukan mengubati hati yang lara . Kenakalan kadang kala membuat aku geram dengan anak - anak ini , namun difikirkan lagi sudah fitrah kanak - kanak memag nakal . Mana - mana pun sama . Saat meninggalkan anak - anak ini perasaan sedih mula mengambil alih dan terharu ketabahan anak - anak ini dalam mengharungi kehidupan disebuah asrama . Namun ketabahan Penjaga runah anak yatim ini juga harus diberi penghargaan kerana tanpa mereka mungkin anak - anak ini tiada di rumah ini . Aku harap anak - anak dirumah Anak yanti Nurkasih sentiasa berada dalam keadaan sihat dan dimurahkan rezeki . Amin .
Kenangan yang tidak mungkin dilupakan .
Read more

SESUATU YANG BARU

Melangkah hari demi hari tak sedar banyak sudah kenangan tersimpan . Pengalaman menghiasi setiap hari - hari ini semenjak menjejakkan kaki ke Universiti . Pahit banyak ku telan namun manis juga ku rasa . Adakah pahit akan datang akan ku rasa lagi yang lebih pahit atau kurangnya manis dalam perjalananku . Mana mungkin yang elok ku rasa pahit yang pasti yang busuk itu manis . Diri ku mungkin tidak sama seperti yang lain kerna kita berbeza perahu . Ku dadayung berlain rupa engkau berdayung beginirupa . Namun kita berdayung menuju tempat yang sama . Aku harapkan hari - hari akan datang dapat melindungi aku dari perkara yang aku tidak suka . Fikiran ini mudah sahaja berfikir ke arah negatif .Semoga yang negatif berupa positif . Selamat berjuang wahai diri ku ini . Biar apa orang kata . kita hanya tinggal masa . Masa mungkin memisahkan dari segala keburukan . Insyallah 
Read more

TAKZIAH KEATAS KEMAGKATAN DULI TUANKU SULTAN PERAK DAN PENGERUSI PEMAGKU SULTAN KEDAH

Salam takziah dari hamba buat Tuanku Bainun sekeluarga keatas kemangkatan DulI Tuanku Sultan Perak Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Ibni Al Marhum Sultan Yusof Izzuddin Shah . Baginda meninggal ketika usia 86 tahun pada tanggal 28 Mei 2014 . Semoga Roh Baginda di tempatkan para solihin .Amin .


Raja Muda Perak sah bergelar Sultan Perak mengantikan ayahda baginda yang membawa gelaran Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al Marhum Sultan Azlan Shah 



Potret Baginda Sultan Perak Bersama Sultan Pahang 


Read more

3/06/14

MMK UKLK

2 JUN 2014 Suria Cherating ; sesuatu yang baru bagi diri ini untuk memikul satu tanggungjawab yang baru . Dipilih memegang jawatan Exco Pdi Publisiti dan informasi dalam MMK UKLK bagi sesi 2014/2015 merupakan satu tanggungjawab dan cabaran yang tak pernah aku fikir untuk ke tahap ini . dan aku harap permulaan perjalanan aku akan berakhir dengan kejayaan . Pejalanan yang kosong aku harap dapat diisi dengan pelbagai ilmu . Insyallah .





Read more