23/06/14

AL FATIHAH BUAT ALLAHYARHAM USTAZ ABU BAKAR CHIK

Takziah buat seluruh keluarga Allahyarham dan pemimpin PAS yang kehilangan satu permata dalam perjuangan PAS di bumi Malaysia ini . Kehilangan beliau merupakan kehilangan besar buat Keluarga PAS terutamanya yang telah lama berjuang bersama beliau . Walaupun masih muda untuk aku mengenali tokoh ini namun hasil pembacaan artikel penulis lain telah mengambarkan beliau seorang tokoh yang disegani dan mempunyai tauhid tinggi kepada Allah s.w.t .

 Berimej yang simple itulah ahli PAS yang tidak mementingkan kemewahan sebaiknya akhirat yang dicari .Sehingga hari ini sudah ramai tokoh - tokoh pas yang telah meninggal dunia , meninggalkan sejarah perjuangan untuk anak muda hari ini menyambung perjuangan PAS di Malaysia . Yang sedihnya tokoh Pas ini umpama permata yang besinar disebalik awan yang gelap .Seharusnya jasa mereka menjadi teladan dan contoh . Inilah islam yang mementingkan nama dan darjat sebaliknya kereda Allah wajib di cari . Kepada anak muda yang sehaluan dengan perjuangan PAS ini perlu menjadikan Tokoh tokoh kita sebagai idola dan contoh . Sekian 

Load disqus comments

0 Alasan Murid