29/06/14

BENGKEL PEMANTAPAN MMK UPSI 2014/2015

Allhamdulliah selesai sudah kem pemantapan selama 3 hari 2 malam di kem Yayasan Selangor . Banyak pengalaman yang aku baru tempuhi dan suka dan duka yang menjadi kekuatan pada diri aku . Bila hari first datang rasa nak marah , bosan semua ada . Tapi bila penghujungnya baru aku kenal erti kem yang diwujudkan . Ia bukan sahaja mencabar kekuatan fizikal dan mental tetapi mengajar kita bagaimana berkerja dengan orang diluar nanti yang pelbagai karenah .

Merendam diri waktu malam pun sudah , mendaki bukit yang curam pun sudah , berguling atas padang pun sudah dan tak tidur pun sudah . Pengalaman yang pahit namun jika dikaji ia sebenarnya menguji ketahanan diri supaya menjadi peminpin yang teguh . Bukan itu sahaja semangat perpaduan dan berkerjasama juga patut ada dalam diri ini .

Pertemuan dengan kawan - kawan baru banyak mengisi pengalam aku kerana dapat kenal dengan lebih ramai lagi pelajar UPSI . Sebelum pergi kem , kami hanya pandang dan senyum sahaja , adakala pandang pon tak . Tapi bila dah kenal semua hati budi barulah aku tahu mereka semua sporting . Kalulah jumpa diluar nanti jangan lupa bertegur .

Terima kasih kepada semua panganjur dan yang terlibat dengan menjayakan program ini . Semoaga ukuwah yang baru dibina akan kekal untuk selamanya . Salam perkenalan buat semua MMK Kolej Za'ba , Kolej Aminunbaki , Kolej Aminunrasih , Kolej Ungku Omar dan terutama sekali adik beradik baru aku Kolej Kediaman Luar Kampus .

Tugasan sebagai MMK sudah bermula , jadi apalagi kerahlah diri untuk berbakti pada kolej dan universiti . MMK bukan pekerja tetapi ia melatih pelajar bagaimana untuk berkerja .



Aktiviti first kene ambil brg amanah


Aktiviti buat rakit

Sebelum pergi 

Load disqus comments

0 Alasan Murid