31/07/14

RAMADAN TERAKHIR

Penghujung ramadan kali ini (1935 H ) merupakan kehilangan besar buat keluarga kami iaitu keluarga Allahyarham Abdul Manaf dan Allahyarhamah Patihah bt Mat Sohor apabila pemergian bapa saudara aku ke rahmatullah di penghungjung Ramadan kali ini .

Pemergian yang tak disangka tat kala mata aku masih jelas jasadnya yang selalu duduk di bangku rumahnya . Berat sungguh hati ini apabila melihat saat- saat terakhir hembusan nafas . Begitu banyak kenangan bersama arwah melalui cerita - cerita beliau yang selalu berkumandang di telinga ini .Semoga pemergiannya di rahmati oleh mu Ya Allah dan tempatkan beliau di tempat orang - orang yang soleh .

Begitu juga permergian Nenek saudara ku di hari 1 Syawal yang mulia iaitu Allayarhamah NorJemah Bt Mat Sohor yang meninggal pada petang tersebut . Dua orang sekaligus meninggalkan kami pada bulan yang mulia ini . Pada sebelah malam pula pemergian seorang lagi ahli keluarga kami di kampung Salang iaitu Ibu tiri kepada bapa saudara ku Allyarhamah Mailamah . 

Begitulah hukum dunia yang pergi akan pergi dan yang tinggal menanti saat pergi . Sesiapa pun tidak munkin akan mengubah hukum dunia ini selagi sangkala belum di tiup. 


Read more

21/07/14

SELAMAT TINGGAL MH17

Masih ternyiang - nyiang kisah MH370 yang di laporkan hilang di lautan Hindi baru - baru ini tiba pula kisah kapal terbang Mas MH17 pula terhempas di sempadan Ukrine dan Russia . Banyak persoalan dan tanda tanya setiap masayarakat kita .

Perasaan sedih sudap pasti kepada setiap warga Malaysia termasuk aku yang merasakan kehilangan walaupun magsa nahas tidak ku kenali tetapi naluri sebagai manusia itu tinggi . Nak jadi kan cerita bak kata orang - orang tua . 

Sebagai Umat Islam kita anggap ini sebagai musibah dari Alla s.w.t kepada umat nya yang menrindukan akan setiap doa umat nya . 

Ramai yang leka dengan dunia . Kebelakangan ini kita dapat lihat pelbagai bentu musibah yang tidak pernah Allah jatuhkan kepada negara kita dan sekarang sudah tiba . Tahun lepas sahaja kita menghadapi bajir besar , Jerbu yang teruk , Kemarau yang teruk , Diserang oleh penganas menyebabkan ramai terkorban , nashas Bas di gentting , nahas MH370 dan sekarang nahas MH17 yang jelas menampakan mangsa yang mati dan mengerikan . Mungkin ini sebgai ujian ALLAH kepada masyarakat kita supaya kita sentiasa mengingati - Nya .

Dalam fikiran aku persolan pertama bermain dalam minda aku bagaimana keadaan mangsa menghapai saat kematian yang mengerikan itu . Tak dapat bayangkan bagaimana perasaan ketika itu . Hanya ALLAH sahaja yang mengerti . Kepada yang muslim semoga Allah meletakkan mereka di tempat orang - orang yang solleh .

Pelbagai spekulasi yang mengatakan ia sebagai satu perkara yang dirancang itu biarlah orang - orang yang berkuasa sahaja .Yang mampu kita laksanakan adalah berdoa semoaga negara kita dilindungi .

Beberapa hari yang lalu isu Gaza hangat diperkatakan dengan kejadian Gaza diserang oleh israel dianggap satu pencabulan genjatan senjata yang dipersetujui oleh mereka . Negara - negara Islam utamanyang semuanya tutup mulut dan telingga apabila melihat Gaza diserang dengan tiada maruah . Apatah lagi negara - negara besar .Dunia hampir kepada penghujungya . Dan kita yang menyaksikan saat dunia dipenuhi dengan fitnah dan bencana ini angkara tamaknya manusia itu .



Read more

19/07/14

SENARAI MENTERI BESAR DAN KETUA MENTERI MALAYSIA 2014

MENTERI BESAR JOHOR 

DATO SERI MOHAMED KHALED NORDIN


MENTERI BESAR KEDAH

DATO SERI  MUKHRIZ BIN MAHATHIR


MENTERI BESAR KELANTAN

YAB DATO AHMAD YAKOB

KETUA MENTERI MELAKA 

YAB DATO SERI IDRIS HARON


MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN

YAB DATO' SERI UTAMA HAJI MOHAMAD BIN HAJI HASSAN  


MENTERI BESAR PAHANG 

YAB DATO SRI DIRAJA  ADNAN YAKOB


MENTERI BESAR PERAK 

YAB DATO SERI DRAJA DR ZAMRY BIN ABDUL KADIR


MENTERI BESAR PERLIS

YAB DATO SERI AZLAN MAN 


KETUA MENTERI PULAU PINANG

YAB TUAN LIM GUAN ENG 


KETUA MENTERI SABAH 

YAB DATO' SERI PAGLIMA MUSA BIN AMAN


KETUA MENTERI SARAWAK 

YAB DATO SERI ADNEN SATEM 


MENTERI BESAR SELANGOR 

YAB TAN SRI DATO SERI KHALID IBRAHIM 



MENTERI BESAR TERANGGANU

DATUK AHMAD RAZIF ABDUL RAHMAN 

Read more

15/07/14

9/07/14

AL FATIHAH BUAT BINDUANITA NEGARA

Biduannita Negara Dato Sharifah Aini telah meninggal dunia awal pagi Sabtu di Pusat Perubatan Pakar Damansara. 

Allahyarhamah meghebuskan nafasnya terakhir kira - kira jam 1.26 pagi 5 july 2014 . Pemergiannya mereupakan kehilangan besar buat rakyat Malaysia yang akan merindui sura beliau .

Semoga pemergian beliau dirahmati oleh Allah . 


Read more