31/07/14

RAMADAN TERAKHIR

Penghujung ramadan kali ini (1935 H ) merupakan kehilangan besar buat keluarga kami iaitu keluarga Allahyarham Abdul Manaf dan Allahyarhamah Patihah bt Mat Sohor apabila pemergian bapa saudara aku ke rahmatullah di penghungjung Ramadan kali ini .

Pemergian yang tak disangka tat kala mata aku masih jelas jasadnya yang selalu duduk di bangku rumahnya . Berat sungguh hati ini apabila melihat saat- saat terakhir hembusan nafas . Begitu banyak kenangan bersama arwah melalui cerita - cerita beliau yang selalu berkumandang di telinga ini .Semoga pemergiannya di rahmati oleh mu Ya Allah dan tempatkan beliau di tempat orang - orang yang soleh .

Begitu juga permergian Nenek saudara ku di hari 1 Syawal yang mulia iaitu Allayarhamah NorJemah Bt Mat Sohor yang meninggal pada petang tersebut . Dua orang sekaligus meninggalkan kami pada bulan yang mulia ini . Pada sebelah malam pula pemergian seorang lagi ahli keluarga kami di kampung Salang iaitu Ibu tiri kepada bapa saudara ku Allyarhamah Mailamah . 

Begitulah hukum dunia yang pergi akan pergi dan yang tinggal menanti saat pergi . Sesiapa pun tidak munkin akan mengubah hukum dunia ini selagi sangkala belum di tiup. 


Load disqus comments

0 Alasan Murid