20/10/14

AL FATIHAH BUAT KELUARGA KU

AL- Fatihah buat keluarga kami yang telah meninggalkan kami . Semoga rohnya ditempatkan orang yang solleh . Begitu cepat masa yang berlalu kau ambil nyawa mereka yang lebih tua dari kami dan kau tinggalkan kami sebagai pentadbir dunia sedangkan kami ini masih memerlukan pautan . Jika ini takdir mu maha esa inysallah kami keluarga mu didunia akan terus perjuangan mu . Berehatla insan - insan disayangi disana ,akan kami sampaikan doa buat mu . 



1.Allahyarham Haji Saamah bin Haji Abdul Manaf
2.Allahyarham Haji Yaman bin Mat Sohor 
3.Allahyarhamah Nor
4.Allahyarham Haji Ahamad bin Lambak
5.Allahyarhamah Hajah Patiah bt Mat Sohor 
6.Allahyarham Haji Abdul Manaf bin Mat Yaman
Read more

12/10/14

MENDEKATI ILMU PENGACARAAN

Bukan senag nak jadi pengacara kalau x ada keberanian . Bagi aku yang pertama perlu ada pada seseorang pengacara majlis adalah keyakinan . Keyakinan bukan hanya ada pada pengacaraan sahaja bahkan kita tahu keyakinan itu perlu wujud dalam diri kita dalam apa segi bentuk pun . Jika kita yakin sudah tentu apa yang kita buat akan menjadi kenyataan . Kedua sebagai pengacaraan perlu ada ilmu pengacaraan . T

idak cukup dengan hanya suara yang sedap tetapi kurang pengetahuan dalam bidang ini . Kerana bagi aku lah banyak teknik dan gaya persembahan pengacaraan perlu dielajari oleh seseorang sebgai contoh teknik mengawal suara terutama bagi wanita yang terlalu nyaring .Tidak cukup dengan ilmu gaya persembahan bah kan seorang pengacara perlu mempunyai ilmu dalam bidang pengetahuan Am . Gaya persembahan sebagai seorang pengacara lagi menarik jika adanya pengetahuan am yang meluas .




Selama sehari mempelajari ilmu pengacaraan di UPSI bersama warga UKLK banyak pengetahuan baru yang kami kutip untuk dijadikan benih jika bergelar sebagai guru . Insyallah .Saudara Mior Abdul Malek memang seorang ikon pengacraan yang sungguh berbakat dan bakat yang ada tidak dipersiakan .
Read more

6/10/14

SALAM AIDILADHA

Salam aidil Adha buat semua yang membaca artikel ini . Masih belum ketinggalan untuk mengucapkannya walaupun hari ketiga .

Alhamdulilah Allah beri kesempatan untuk kita merayakanya lagi untuk kita sama - sama menghayati sirah pengorbanan Nabi Ibrahim yang taat Perintah Allah s.w.t untuk meyembelih anaknya . Kisah ini membuktikan bahawa ketaatan Nabi Ibrahim dan Ismail dalam menjalankan perintah Allah sehingga sanggup korban demi agama . 

Besarnya pengertian Korban jika kita sama menghayati maksud dan menteladani sirah Nabi Ibrahim .Begitu juga hidup kita yang perlu ada pengorbanan dalam kehidupan untuk mendapatkan sesuatu .Sesungguhnya ada kejayaan disebalik pengorbanan kita itu nanti . Insyallah .
Read more

3/10/14

ADIK KAMI MMK LK

"Tak kenal maka tak cinta " . Bangga dapat kenal dengan orang hebat . Namun apakan daya setiap pertemuan kan ada perpisahanya . Kini bilangan keluarga MMK Luar Kampus kami berkurang dek dua adik kami diploma cuti semester dan seterusnya lanjut ke Praktikel pula . Tak banyak lagi memori kami sudah cukup mengenal hati budi . Dua insan yang mempunyai persamaan antaranya hati budi, petah bercakap  , mempunyai idea , tak pemalu , cekap , mudah didekati , matang dan banyak lagi ( kalau tulis bangga plak ) .Budak BI biasa la "yes no , yes no ." 

Tak lama kenal dan banyak lagi perlu kenal . Hubungan bukan setakat sini sahaja , Insya-Allah lain kali bertemu lagilah kita . Bumi Allah terlempas luas supaya kita kenal dunia-Nya . Pepatah melayu ada berkata "Jadilah benih yang bila campak ke laut menjadi pulau dan dicampak kedarat menjadi gunung " . Jadilah insan yang boleh berbakti kepada semua .




Read more