30/12/15

AL-FATIHAH BUAT ALLAHYARHAMAH MOMO LATIF


AL-FATIHAH..
Allahyarhamah merupakan antara pelakon klasik yang masih tinggal ketika abad ini. Namun panggilan ilahi menjemputnya kembali kepada Maha Penciptanya pada usia 94 tahun.

Kanak - kanak yang menontoh filem Pendekar Bujang Lapok pasti mengingati lakonan beliau sebagai isteri kepada Pendekar Mustar iaitu Mak Ani. Antara skrip dalam lakonannya yang masih kita ingat ialah "Ibu bikin kan Kopi" , "ini bukan cobaan ini betul" dan sebagainya .

Nama sebenarnya ialah Momo Makarim yang dilahirkan pada 1923 dan meninggal pada 10 Disember 2015 di rumah anak beliau Kamaliah Lattif pada jam 5.05 petang di  Singapura.

Beliau merupakan penyayi dan pelakon yang terkenal pada era 30an hingga 70an ketika bergiat berlakon di Studio Jalan Ampas bersama-sama Allahyarham Pramlee dan ramai lagi . Antara lakonan filem beliau ialah Pendekar Bujang Lapok, Mussang berjanggut dan Topeng shaitan. Antara lagu yang popular oleh beliau ialah Gemala Hati, Merpati dua sejoli dan banyak lagi.

Kini hilang lagi satu permata klasik kita yang mungkin tidak sama seperti sekarang. Bukan sekadar bakat malah jiwa sebagai anak seni tidak dibandingkan dengan wang ringgit semata-mata. Al-Fatihah buat Allahyarhamah Momo Latif semoga rohnya ditempatkan di tempat orang yang solleh.



Read more

5/12/15

KEMANGKATAN TUNKU JALIL DIRINDUI RAKYAT

Tanggal 5 Disember 2015 , pemergiaan anakda Sultan Johor Sulatan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar yang disayangi keluarga baginda dan seluruh rakyat , khususnya rakyat Johor. Rakyat Johor mungkin lebih mengenali Tunku yang seorang peramah dan mesra. Sebagai rakyat Pahang aku juga berbangga mempunyai kerabat diraja yang prihatin kepada rakyatnya.

Al-Marhum Tunku Laksama Abdul Jalil merupakan anak ke 4 daripada 6 orang adik beradik. Ayahda bangina merupakan anak kepada Al-Marhum Sultan Iskandar dan YAM Enche Besar Hajah Kalsom Abdullah. Bondanya pula ialah Raja Zarith Sofia ibni Al-Marhum Sultan Idris Iskandar dengan Raja Mazwin ibni Raja Arif Shah yang merupakan kerabat di raja Perak.

Al-Marhum Tunku Laksmana mengidap kanser tahap 4. Namun kegigihan beliau menceriakan suasana. Semoga Al-Marhum ditempatkan di kalangan orang-orang yang solleh..Amin


Read more

2/12/15

AL FATIHAH BUAT PRIMADONA MARIANI

Masih menusuk di telinga kita kabaran tentang kematian Allahyarham Pak Yus , kini giliran seniwati melayu klasik yang juga kakak kepada biduanita Puan Sri Saloma iaitu seniwati Mariani dijemput ilahi ketika berusia 82 tahun.

Seniwati Mariani atau Mariam Ismail telah meninggal dunia  pada pukul 7.32 petang ( 1 disember 2015 ). Mariani Ismail yang meninggal dunia akibat kanser usus. Jenazah beliau selamat di semadikan di tanah perkuburan Tanah Perkuburan Jalan Ampang sebelum waktu Zohor.

Beliau merupakan antara artis melayu klasik yang masih tinggal. Allahyaram yang terkenal dengan watak Manisah dalam filem Labu-Labi arahan Allahyarham Tan Sri P Ramlee masih segar dalam ingatan. Namun ketika usianya senja , Allahyarhamah aktif belakon dalam filem mahupun drama TV sehingga pengghujung hayatnya. 




Read more

30/11/15

KEMANGKATAN KERABAT DIRAJA KEDAH DARUL AMAN

Kerabat diraja Kedah merupakan kerabat diraja tertua di Malaysia. Sultan Kedah yang kini sedang menaiki taktha Yang Di Pertuan Agong buat kali ke 2. Baginda merupakan Sultan paling tua diantara 9 buah negeri.
 
KEMANGKATAN TUNKU MUDA KEDAH
Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah, Tunku Abdul Malik Alhaj Ibni Almarhum Sultan Badlishah mangkat pada jam 1 pagi pada 29 November 2015 setelah gering. Baginda mangkat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star.
Tunku Abdul Malik diputerakan pada tanggal 24 sept 1929 kepada Almarhum Sultan Badlishah dan Almarhummah Tunku Sofia bt Tunku Besar Mahmud di Istana Anak Bukit.



Baginda menerima pendidikan awal di Sek. Keb Titi Gajah dan Sultan Abdul Hamid College. Baginda kemudianya meneruskan pelajaran di Wodham College, England.

Pada tanggal 16 July 1956, Baginda bertemu jodoh dengan Almarhummah Tunku Hajjah Raudzah binti Almarhum Sultan Hishammudin Alam Shah, puteri Diraja Selangor.
23 July 1981, Tunku Abdul Malik, Tunku Bendahara Kedah telah dilantik dan dimashurkan sebagai waris pertama takhta Kerajaan Kedah dengan gelaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah. Serentak dengan itu, Tunku Raudzah digelarkan sebagai Raja Puan Muda Kedah.

Tunku Abdul Malik dikenali dengan perwatakan yang peramah. Baginda seringkali meluangkan masa menungang kuda dan menelaah buku.
Kemangkatan Baginda adalah satu kehilangan besar buat Kerabat Diraja Kedah serta rakyat. Kami memanjatkan doa semoga roh Almarhum ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
Amin.

Sumber:Kesultanan Kedah

KEMANGKATAN RAJA PUAN KEDAH

Isteri baginda Almarhummah Tunku Hajjah Raudzah binti Almarhum Sultan Hishammudin Alam Shah yang baru sahaja mangkat pada 21 september 2015 yang lalu  pada 10.15 pagi di Hospital Sultanah Bahiyah akibat gering.



Beliau merupakan kerabat diraja Selangor dan beliau adalah nenekda kepada Sultan Selangor kini iaitu Sulatan Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni Almarhum Tuanku Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj .Semoga Rohnya Almarhumah DYTM Raja Puan Muda Kedah Darul Aman Tunku Hajah Raudzah Binti Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh.

KEMANGKATAN KEKANDAN YDP AGONG
Pada 4 November 2015 pada tahun yang sama juga YDP AGONG kehilangan kekanda tercinta iaitu Tunku Hamidah Almarhum Sultan Badlishah ketika beliau berusia 90 tahun.Almarhumah mangkat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah pada 04 November 2015 jam 11:50 pagi kerana sakit tua.



Jenazah dibawa ke Istana Anak Bukit dan dimakamkan di Makam Diraja Langgar, Alor Setar, Kedah. Semuga Rohnya Yang Teramat Mulia Dato' Seri Tunku Hamidah Binti Almarhum Sultan Badlishah ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh.  Amin

KEMAGKATAN PENGERUSI JEMAAH PEMANGKU SULTAN KEDAH 

 
Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah, 75, yang telah mangkat pada tengah malam pada 24 mei 2014 selamat dimakamkan di Makam Diraja Langgar.



Baginda merupakan anak sulung pasangan Tunku Badlishah Ibni Sultan Abdul Hamid Halim Shah bersama isteri ketiga Tengku Asma Binti Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah .
unku Hamidah almarhum Sultan Badlishah, 90, kekanda kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah mangkat di Alor Setar - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kekanda-kepada-yang-di-pertuan-agong-mangkat#sthash.0MnopinW.dpuf
Tunku Hamidah almarhum Sultan Badlishah, 90, kekanda kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah mangkat di Alor Setar, - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kekanda-kepada-yang-di-pertuan-agong-mangkat#sthash.0MnopinW.dpufKKKKK
unku Hamidah almarhum Sultan Badlishah, 90, kekanda kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah mangkat di Alor Setar - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kekanda-kepada-yang-di-pertuan-agong-mangkat#sthash.0MnopinW.dpufYang Teramat Mulia Tunku Dato' Seri Datin Paduka Hajah Hamidah Binti Almarhum Sultan Badlishah
Tunku Hamidah almarhum Sultan Badlishah, 90, kekanda kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah mangkat di Alor Setar, - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kekanda-kepada-yang-di-pertuan-agong-mangkat#sthash.0MnopinW.dpuf
























Read more

TAKZIAH PEMERGIAN TERAKHIR ALLAYARHAM PAK YUS JAMBU


Pemergian yang tak disangka oleh manusia biasa seperti kita ini . Walaupun nampak sihat pada zahirnya, namun apakan daya perancangan ALLAH lebih baik. Sungguh tak menyangka pemergian Yus Jambu yang mengejutkan warga Malaysia apabila beliau telah meninggal dunia pada pagi 30 Disember 2015. Beliau baru beberapa jam melangsungkan persembahan dan dalam perjalanan pulang Allah menjemput beliau untuk berehat buat selama lamanya. 
Semoga pemergian beliau ditempatkan di tempat orang yang solleh. Amin
Read more

22/11/15

FOOD MADE IN VIETNAM

Teringat kenangan semasa berada di VIETNAM pada tahun ini ( 2015 ) . Apa yang saya cuba ceritakan tentang makanan halal yang terdapat di sana. Kalau pergi VIETNAM di Ho chi min City anda jangan risau sebab bab makanan halal mudah di dapati disana. Kebanyakan restoran makanan halal disana diusahakan oleh orang Malaysia dan ada juga orang VIETNAM muslim. Disekitar bandar Ho Chi Min City juga terdapat banyak masjid.

Kalau cakap pasal makanan  di VIETNAM kita asyik pikir halal dan haram . Kalau kita takut pergi sendiri lebih baik ambil pakej. Mudah sikit untuk jalan-jalan dan untuk dapat makanan halal .Kat sini juga memag sakan memborong barang-barang.

Masakan kat sini ala - ala Malaysia dan Thai tapi made in VIETNAM. Tak rugi datang sini.

Kalau nak tengok apa makanan yang kami makan kat sana boleh scroll ke bawah>>


Read more

13/10/15

KAU RAKAN PENEMAN HIDUP KU HANYA SAAT INI

Di dalam seribu langkah aku dalam kehidupan aku ini, walaupun bak kata pepatah "setahun jagung" namun sudah banyak liku - liku hidup samaada suka atau pun duka . 
Di sini aku ingin berkongsi tentang kehidupan bersama Teman, Rakan, atau mungkin sahabat yang sentiasa silih berganti dalam kehidupan ini.

Aku lebih suka istilahkan sebagai rakan. Hari ini rakan itu hadir dalam hidupku dan ku sapakan dengan penuh gemilang. Bukan mahu mengungkit setiap kali tangan dihulur memberi bantuan , tetapi rasa terkilan darah yang mengalir di dalam tubuhku ini tidak dihargai.


Read more

23/08/15

GURU PRAKTIKAL

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca yang terlintas untuk membaca segala kisah perjalanan kehidupan diri ini. Sudah sekian lama tidak ku ukir kisah perjalanan diri ku ini. Post kali terakhir adalah kisah MANTAN MMK . 

Setelah taman semester 6 di UPSI, aku terpaksa meneruskan perjuangan di SMK Pandan Kuantan sebagai guru praktikulum selama 4 bulan. Agak lama dan sebenarnya masa berlalu dengan cepat. Hari ini sudah msuk minggu ke-09 aku berada di Sekolah ini dengan gelaran sebagai GURU. Berat amanah itu, nampak mudah tapi sebagi seorang guru harus mempunyai jiwa. 

Semakin lama disini semakin banyak ilmu yang aku pelajari, bah kan bukat setakat ilmu sebagai guru tetapi ilmu yang memabawa jalan ke dunia dan ilmu membawa jalan ke akhirat juga wajib dicari.
Read more

3/06/15

MANTAN MMK LK

Malam watikah perlantikan Majlis Mahasiswa Kediaman Luar Kampus berarti tamatlah sudah diri ini bergelar MMK LK 2014/2015 Upsi. Tahniah buat perlantikan baru dan tahniah sahabat ku Ghazali dilantik sebagai Yang Dipertua MMK LK 2015/2016. Semoga bahtera yang berlayar samapi bersama - sama ke akhirnya.

Ingin ku coretkan kenangan bersama MMK LK memang banyak dan semuanya terpahat pada ingatan sahaja. Kadang- kadang ingatan tidak sekuat akar yang berpaut. Namun pengalaman yang dirasai akan kekal sebagai kenangan.

Begelar sebagai MMK LK bukan hanya buat program sahaja, tetapi pelajari ilmu yang baru selain ilmu yang dipelajari di dalam kelas sahaja.

Terima kasih buat Pengetua UKLK yang juga mantan Pengetua iaitu EN KHAIRUL AZAM dan felo- felo yang sudi terima saya sebagai sebahagia ahli keluarga MMK LK. Semoga ukhwah yang kita bina akan kekal buat selamanya. Insyallah suatu hari nanti akan dipertemukan Allah untuk kita.

Buat sahabat, kakak, adik dan abang dalam MMK seribu ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa atau ter mengumpat. Jadikanlah ia jenaka dalam hidup kita sepanjang memegang jawatan Exco dan Mt MMK LK. Halalkan segala makan minum kalian buat hamba ini dan halalkan ilmu yang diberikan dan jangan lupa suatu hari nanti kita akan dipertemukan dan mungkin kita akan saling memerlukan.



Read more

5/05/15

PRK ROMPIN MILIK DATO HASSAN ARIFFIN

Kemenangan telah dijangka oleh ku yang akan berpihak kepada Barisan Nasional untuk PRK Rompin kali ini. Menurut PRU13 yang lalu jumlah Majoriti sebanyak 15,114 memungkin kan PAS berjaya untuk PRK Rompin.

Walaupun PAS tidak berjaya mendahului jumlah undi yang dimiliki oleh calon BN namun ia telah mengurangkan jumlah undi BN dari 30 ribu kepad 23 ribu.Ini bermakna jumlah majoriti berkurang kepad 8 ribu lebih juga.

Tahniah kepada Dato Hasan Ariffin kerana berjaya dalam PRK rompin kali ini dan semoga dapat berjasa kepada rakyat dan bnagsa.

Selepas ini kita beri tumpuan kepada PRK Permatang Pauh yang penuh cerita dan kontoversi.

Sekian
Read more

2/05/15

TAKZIAH BAUT KELUARGA NAHAS DI LEBUHRAYA DUKE

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Orang yang buat tahi kita yang pijak. Sikap yang menyusahkan orang seperti ini seharusnya diberi balasan yang setimpal dengan perbuatannya.

Alangkah berat mata melihat penderitaan si anak kecil yang perlu di beri kasih sayang oleh ibu bapa hilang dengan sekelip mata. Ini merupakan dugaan besar bagi si anak kecil itu yang kuat dan tabah menghadapi dunia yang penuh cabaran ini.

Semoga hati si anak itu kuat menghadapi hari - harinya di dunia ini.


Al Fatihah


Sekian. 
Read more

PENGETUA UKLK

Selamat berehat dengan istilah ini bermakna berhenti seketika, kepada Pengetua yang dihormati dan disayangi ramai iaitu EN KHAIRUL AZAM BIN BAHARI atau nama gelamornye EN Kay. 

Setelah menaiki tahta sebagai Pengetua UKLK (Unit Kediaman Luar Kampus) selama 3 sidang iaitu 2013-2015.

Terlalu banyak mungkin belum cukup, idea dan jasa yang dikongsikan bersama-sama kami anak-anak Majlis Mahasiswa Kediaman Luar Kampus yang menjadi pengerak kepada gerakan Mahasiswa Luar Kampus.



lihat sebelah...
Read more

PRK PARLIMEN ROMPIN

Sebelum memulakan bicara, sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Tan Sri Dato Seri Jamaludin Jaris yang terkorban dalam nahas helikopter.

Kini PRK di Parlimen Rompin semakin rancak di perkatakan disamping PRK di Permatang Pauh mengekori PRK Rompi selepas ini. Tarikh pengundian pada 5 mei yang menentukan siapa pengganti Allahyarham Jamaludin Jarjis.

Satu lawan satu wakil BN ialah Dato Hassan Ariffin yang merupakan bekas Adun Tioman dan juga bekas Menteri Besar Pahang dan lawanya Ustaz Nazri dari parti PAS merupakan seorang guru Tahfiz di Keratong.

Parlimen Rompin mempunyai keluasan yang sangat luas dari Keratong sempadan Bahau, Muadzam sempadan Pekan hingga ke bukit Serok dan menghala ke selatan sempadan endau termasuk Pulau Tioman, iaitu Pulau tunggal bagi negeri Pahang.

Sehingga kini pengundi yang berdaftar dengan SPR adalah seramai 53.596 orang. PRU 13 berpihak kepada Allahyarham Dato JJ dengan majoriti sebanyak 15,114 undi melawan pencabarnya Nurzuridah dari PAS. Terdapat 3 buan DUN iaitu DUN Tioman, DUN Bukit Ibam dan DUN Muadzam.

PRK buat pertama kali dalam sejarah Rompin ini diharap tidak mencemarkan kedaulatan sistem pilihan Raya.Rakyat seharusnya menghormati pemergian Allahyarham Dato JJ yang baru sahaja meninggalkan kita.

Sekian.


Read more

14/04/15

VIETNAM HOLIDAY

Pengalaman pertama buat aku menjejakkan kaki ke negara orang. Terima kasih warga UKLK yang berjaya mengadakan program ini dan memberi peluang aku kesana. Kalau nak cakap pasal seronok memang panjang ceritanya , kalau nak catat pasal pengalaman bermuka surat aku tulis. Tapi aku sediakan catatan buat diri ini sebagai ingatan.

Vietnam yang difikirkan tidak sama seperti realiti. Banyak perkara tak sama dengan negara kita Malaysia. Sampai je air port di ho chi min city kami dibawa pusing-pusing sambil menunggu bilik untuk chek in. Bandar Ho Chi Min yang dikenali sebagai bandar Motosikal kerana disini ramai orang menggunakan motosikal sebagai pengankutan awam mereka. Bilangan motosikal mengalahkan bilangan kereta dan apatahlagi kalau dengan bas, jauh berbeza. Katanya laluan disini sempit dan bilangan pendudukan hampir 6 juta orang. Kepadatan inilah menyebabkan mereka menggunakan motosikal sebagai pengangkutan  mereka.

Continue....

Read more

12/04/15

BEREHATLAH SANG MURABBI TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Tanggal 12 Febuari pada jam 9.40 malam perginya seorang hamba Allah yang dikashi rakyat iaitu ulama disayangi ramai TG Nik Aziz Nik Mat. Sayu mendengar berita orang yang dijadikan idola telah meninggalkan kami buat selamanya. Walau tidak berkesempatan tidak berjumpa dengan beliau namun menurut ceramah,kata-kata dan nasihat seolah-olah aku dekat denganya. Seorang hamba yang ingin melihat Islam di malaysia ditadbir cara islam sepenuhnya. Seorang yang lantang bersuara dalam isu berkaitan dengan akidah islam ini menjadi ikon ramai.

Hilangnya seorang murabbi ini seolah hilangnya pokok ilmu. Di mana manusia akan hilang tempat rujukkan walaupun manusia mempunyai buku setebal tapak tangan tidak cukup untuk dibandingkan dengan ilmu seluas lautan yang dimiliki oleh ulama. 

Setiap kali mendengar kata-kata yang keluar dari mulut TGNA ini tidak sedikit pon beliautidak masukan bab akidah. Kerana islam berpaksikan akidah bukan nama semata - mata. Jika akidah itu menjiwai hati manusia akan secara automatik akan megabdikan diri kepada Allah s.w.t. Ini bermakna manusia akan mengikut segala suruhuan dan tinggal segala larangan.

Islam bukan sahaja agama kepada pembentukan rohaniah, malah islam ini mendidik kita menjadi manusia yang berjaya di dunia dan akhirat. Islam lengkap semua pakej termasuk Ekonomi,Undang2,Adab,Kewangan dan sebagainya. 


Read more

3/02/15

BANJIR

Banjir kali (dISIMBER 2014)  ini merupakan antara banjir yang terbesar berlaku di Malaysia. Walaupun bukan kesemua tempat yang terkena tetapi yang sedikit itu cukup menyedarkan kita . Masihkan kita leka dengan ujian-Nya? Sesuatu musibah itu adalah petanda dari Allah s.w.t supaya kita sentiasa mengesakan kebesaranya. Kadang- kadang kita leka dengan dunia yang membawa kita hanyut jauh ditengah lautan, sekali Allah beri itu tanda Allah mengasihi kita. Tetapi masih ada hanyut dan terus hanyut.

Alangkan sayu melihat mangsa banjir yang berlaku di Kelantan,Terengganu dan Pahang baru-baru ini. Walaupun hanya melihat dari kaca skrin , hati ini sudah membanyangkan kesedihan dan keresahan magsa magsa yang kehilangan harta benda dan kerosakan. Mungkin diri ini belum merasai apa yang dirasai oleh mereka bertapa susahnya mereka di beri ujian. Apakah mungkin ujian yang sama atau lebih akan menimpa kami yang belum diberi ujian ini?

Ku harap dikau mangsa-mangsa banjir kali ini tabahkan hati dan relakan apa yang berlaku. InsyaAllah akan ada hikmah disebaliknya. Janganlah dikau bimbang dan risau akan ujian Allah kerana Allah merindui doa mu.
Read more