3/02/15

BANJIR

Banjir kali (dISIMBER 2014)  ini merupakan antara banjir yang terbesar berlaku di Malaysia. Walaupun bukan kesemua tempat yang terkena tetapi yang sedikit itu cukup menyedarkan kita . Masihkan kita leka dengan ujian-Nya? Sesuatu musibah itu adalah petanda dari Allah s.w.t supaya kita sentiasa mengesakan kebesaranya. Kadang- kadang kita leka dengan dunia yang membawa kita hanyut jauh ditengah lautan, sekali Allah beri itu tanda Allah mengasihi kita. Tetapi masih ada hanyut dan terus hanyut.

Alangkan sayu melihat mangsa banjir yang berlaku di Kelantan,Terengganu dan Pahang baru-baru ini. Walaupun hanya melihat dari kaca skrin , hati ini sudah membanyangkan kesedihan dan keresahan magsa magsa yang kehilangan harta benda dan kerosakan. Mungkin diri ini belum merasai apa yang dirasai oleh mereka bertapa susahnya mereka di beri ujian. Apakah mungkin ujian yang sama atau lebih akan menimpa kami yang belum diberi ujian ini?

Ku harap dikau mangsa-mangsa banjir kali ini tabahkan hati dan relakan apa yang berlaku. InsyaAllah akan ada hikmah disebaliknya. Janganlah dikau bimbang dan risau akan ujian Allah kerana Allah merindui doa mu.
Load disqus comments

0 Alasan Murid