12/04/15

BEREHATLAH SANG MURABBI TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Tanggal 12 Febuari pada jam 9.40 malam perginya seorang hamba Allah yang dikashi rakyat iaitu ulama disayangi ramai TG Nik Aziz Nik Mat. Sayu mendengar berita orang yang dijadikan idola telah meninggalkan kami buat selamanya. Walau tidak berkesempatan tidak berjumpa dengan beliau namun menurut ceramah,kata-kata dan nasihat seolah-olah aku dekat denganya. Seorang hamba yang ingin melihat Islam di malaysia ditadbir cara islam sepenuhnya. Seorang yang lantang bersuara dalam isu berkaitan dengan akidah islam ini menjadi ikon ramai.

Hilangnya seorang murabbi ini seolah hilangnya pokok ilmu. Di mana manusia akan hilang tempat rujukkan walaupun manusia mempunyai buku setebal tapak tangan tidak cukup untuk dibandingkan dengan ilmu seluas lautan yang dimiliki oleh ulama. 

Setiap kali mendengar kata-kata yang keluar dari mulut TGNA ini tidak sedikit pon beliautidak masukan bab akidah. Kerana islam berpaksikan akidah bukan nama semata - mata. Jika akidah itu menjiwai hati manusia akan secara automatik akan megabdikan diri kepada Allah s.w.t. Ini bermakna manusia akan mengikut segala suruhuan dan tinggal segala larangan.

Islam bukan sahaja agama kepada pembentukan rohaniah, malah islam ini mendidik kita menjadi manusia yang berjaya di dunia dan akhirat. Islam lengkap semua pakej termasuk Ekonomi,Undang2,Adab,Kewangan dan sebagainya. 


Load disqus comments

0 Alasan Murid