2/05/15

PRK PARLIMEN ROMPIN

Sebelum memulakan bicara, sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Tan Sri Dato Seri Jamaludin Jaris yang terkorban dalam nahas helikopter.

Kini PRK di Parlimen Rompin semakin rancak di perkatakan disamping PRK di Permatang Pauh mengekori PRK Rompi selepas ini. Tarikh pengundian pada 5 mei yang menentukan siapa pengganti Allahyarham Jamaludin Jarjis.

Satu lawan satu wakil BN ialah Dato Hassan Ariffin yang merupakan bekas Adun Tioman dan juga bekas Menteri Besar Pahang dan lawanya Ustaz Nazri dari parti PAS merupakan seorang guru Tahfiz di Keratong.

Parlimen Rompin mempunyai keluasan yang sangat luas dari Keratong sempadan Bahau, Muadzam sempadan Pekan hingga ke bukit Serok dan menghala ke selatan sempadan endau termasuk Pulau Tioman, iaitu Pulau tunggal bagi negeri Pahang.

Sehingga kini pengundi yang berdaftar dengan SPR adalah seramai 53.596 orang. PRU 13 berpihak kepada Allahyarham Dato JJ dengan majoriti sebanyak 15,114 undi melawan pencabarnya Nurzuridah dari PAS. Terdapat 3 buan DUN iaitu DUN Tioman, DUN Bukit Ibam dan DUN Muadzam.

PRK buat pertama kali dalam sejarah Rompin ini diharap tidak mencemarkan kedaulatan sistem pilihan Raya.Rakyat seharusnya menghormati pemergian Allahyarham Dato JJ yang baru sahaja meninggalkan kita.

Sekian.


Load disqus comments

0 Alasan Murid