NEWS

Post Top Ad

Blossom Themes

30/11/15

KEMANGKATAN KERABAT DIRAJA KEDAH DARUL AMAN

Kerabat diraja Kedah merupakan kerabat diraja tertua di Malaysia. Sultan Kedah yang kini sedang menaiki taktha Yang Di Pertuan Agong buat kali ke 2. Baginda merupakan Sultan paling tua diantara 9 buah negeri.
KEMANGKATAN TUNKU MUDA KEDAH
Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah, Tunku Abdul Malik Alhaj Ibni Almarhum Sultan Badlishah mangkat pada jam 1 pagi pada 29 November 2015 setelah gering. Baginda mangkat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star.
Tunku Abdul Malik diputerakan pada tanggal 24 sept 1929 kepada Almarhum Sultan Badlishah dan Almarhummah Tunku Sofia bt Tunku Besar Mahmud di Istana Anak Bukit.



Baginda menerima pendidikan awal di Sek. Keb Titi Gajah dan Sultan Abdul Hamid College. Baginda kemudianya meneruskan pelajaran di Wodham College, England.

Pada tanggal 16 July 1956, Baginda bertemu jodoh dengan Almarhummah Tunku Hajjah Raudzah binti Almarhum Sultan Hishammudin Alam Shah, puteri Diraja Selangor.
23 July 1981, Tunku Abdul Malik, Tunku Bendahara Kedah telah dilantik dan dimashurkan sebagai waris pertama takhta Kerajaan Kedah dengan gelaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah. Serentak dengan itu, Tunku Raudzah digelarkan sebagai Raja Puan Muda Kedah.

Tunku Abdul Malik dikenali dengan perwatakan yang peramah. Baginda seringkali meluangkan masa menungang kuda dan menelaah buku.
Kemangkatan Baginda adalah satu kehilangan besar buat Kerabat Diraja Kedah serta rakyat. Kami memanjatkan doa semoga roh Almarhum ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
Amin.

Sumber:Kesultanan Kedah

KEMANGKATAN RAJA PUAN KEDAH

Isteri baginda Almarhummah Tunku Hajjah Raudzah binti Almarhum Sultan Hishammudin Alam Shah yang baru sahaja mangkat pada 21 september 2015 yang lalu  pada 10.15 pagi di Hospital Sultanah Bahiyah akibat gering.



Beliau merupakan kerabat diraja Selangor dan beliau adalah nenekda kepada Sultan Selangor kini iaitu Sulatan Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni Almarhum Tuanku Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj .Semoga Rohnya Almarhumah DYTM Raja Puan Muda Kedah Darul Aman Tunku Hajah Raudzah Binti Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh.

KEMANGKATAN KEKANDAN YDP AGONG
Pada 4 November 2015 pada tahun yang sama juga YDP AGONG kehilangan kekanda tercinta iaitu Tunku Hamidah Almarhum Sultan Badlishah ketika beliau berusia 90 tahun.Almarhumah mangkat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah pada 04 November 2015 jam 11:50 pagi kerana sakit tua.



Jenazah dibawa ke Istana Anak Bukit dan dimakamkan di Makam Diraja Langgar, Alor Setar, Kedah. Semuga Rohnya Yang Teramat Mulia Dato' Seri Tunku Hamidah Binti Almarhum Sultan Badlishah ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh.  Amin

KEMAGKATAN PENGERUSI JEMAAH PEMANGKU SULTAN KEDAH 


Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah, 75, yang telah mangkat pada tengah malam pada 24 mei 2014 selamat dimakamkan di Makam Diraja Langgar. Baginda merupakan adinda Sulatan Abdul Halim Muadzam shah.



Baginda merupakan anak sulung pasangan Tunku Badlishah Ibni Sultan Abdul Hamid Halim Shah bersama isteri ketiga Tengku Asma Binti Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah . Baginda merupakan anakda Sultan Badlishah dengan Sultanah Asma iaitu Puteri dari kerabat Negeri Terangganu.
unku Hamidah almarhum Sultan Badlishah, 90, kekanda kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah mangkat di Alor Setar - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kekanda-kepada-yang-di-pertuan-agong-mangkat#sthash.0MnopinW.dpuf
Tunku Hamidah almarhum Sultan Badlishah, 90, kekanda kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah mangkat di Alor Setar, - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kekanda-kepada-yang-di-pertuan-agong-mangkat#sthash.0MnopinW.dpufKKKKK
unku Hamidah almarhum Sultan Badlishah, 90, kekanda kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah mangkat di Alor Setar - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kekanda-kepada-yang-di-pertuan-agong-mangkat#sthash.0MnopinW.dpufYang Teramat Mulia Tunku Dato' Seri Datin Paduka Hajah Hamidah Binti Almarhum Sultan Badlishah
Tunku Hamidah almarhum Sultan Badlishah, 90, kekanda kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah mangkat di Alor Setar, - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kekanda-kepada-yang-di-pertuan-agong-mangkat#sthash.0MnopinW.dpuf


KEMANGKATAN SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH IBNI AL MARHUM SULTAN BADLISHAH

Baginda Al Marhum Sultan Abdul Halim telah mangkat pada 11 september 2017 ketika usia 90 tahun. Baginda Sultan merupakan Sultan bagi Negeri Kedah yang ke- 28 dan memegang jawatan 2 kali sebagai Yang Dipertuan Agong bagi Malaysia. Kesultanan Kedah kini diwarisi oleh Sultan Sallehudin ibni Almarhum Sultan Badlishah yang kini memegang gelaran Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah.
























Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Post Top Ad

Blossom Themes