30/12/15

AL-FATIHAH BUAT ALLAHYARHAMAH MOMO LATIF


AL-FATIHAH..
Allahyarhamah merupakan antara pelakon klasik yang masih tinggal ketika abad ini. Namun panggilan ilahi menjemputnya kembali kepada Maha Penciptanya pada usia 94 tahun.

Kanak - kanak yang menontoh filem Pendekar Bujang Lapok pasti mengingati lakonan beliau sebagai isteri kepada Pendekar Mustar iaitu Mak Ani. Antara skrip dalam lakonannya yang masih kita ingat ialah "Ibu bikin kan Kopi" , "ini bukan cobaan ini betul" dan sebagainya .

Nama sebenarnya ialah Momo Makarim yang dilahirkan pada 1923 dan meninggal pada 10 Disember 2015 di rumah anak beliau Kamaliah Lattif pada jam 5.05 petang di  Singapura.

Beliau merupakan penyayi dan pelakon yang terkenal pada era 30an hingga 70an ketika bergiat berlakon di Studio Jalan Ampas bersama-sama Allahyarham Pramlee dan ramai lagi . Antara lakonan filem beliau ialah Pendekar Bujang Lapok, Mussang berjanggut dan Topeng shaitan. Antara lagu yang popular oleh beliau ialah Gemala Hati, Merpati dua sejoli dan banyak lagi.

Kini hilang lagi satu permata klasik kita yang mungkin tidak sama seperti sekarang. Bukan sekadar bakat malah jiwa sebagai anak seni tidak dibandingkan dengan wang ringgit semata-mata. Al-Fatihah buat Allahyarhamah Momo Latif semoga rohnya ditempatkan di tempat orang yang solleh.



Read more

5/12/15

KEMANGKATAN TUNKU JALIL DIRINDUI RAKYAT

Tanggal 5 Disember 2015 , pemergiaan anakda Sultan Johor Sulatan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar yang disayangi keluarga baginda dan seluruh rakyat , khususnya rakyat Johor. Rakyat Johor mungkin lebih mengenali Tunku yang seorang peramah dan mesra. Sebagai rakyat Pahang aku juga berbangga mempunyai kerabat diraja yang prihatin kepada rakyatnya.

Al-Marhum Tunku Laksama Abdul Jalil merupakan anak ke 4 daripada 6 orang adik beradik. Ayahda bangina merupakan anak kepada Al-Marhum Sultan Iskandar dan YAM Enche Besar Hajah Kalsom Abdullah. Bondanya pula ialah Raja Zarith Sofia ibni Al-Marhum Sultan Idris Iskandar dengan Raja Mazwin ibni Raja Arif Shah yang merupakan kerabat di raja Perak.

Al-Marhum Tunku Laksmana mengidap kanser tahap 4. Namun kegigihan beliau menceriakan suasana. Semoga Al-Marhum ditempatkan di kalangan orang-orang yang solleh..Amin


Read more

2/12/15

AL FATIHAH BUAT PRIMADONA MARIANI

Masih menusuk di telinga kita kabaran tentang kematian Allahyarham Pak Yus , kini giliran seniwati melayu klasik yang juga kakak kepada biduanita Puan Sri Saloma iaitu seniwati Mariani dijemput ilahi ketika berusia 82 tahun.

Seniwati Mariani atau Mariam Ismail telah meninggal dunia  pada pukul 7.32 petang ( 1 disember 2015 ). Mariani Ismail yang meninggal dunia akibat kanser usus. Jenazah beliau selamat di semadikan di tanah perkuburan Tanah Perkuburan Jalan Ampang sebelum waktu Zohor.

Beliau merupakan antara artis melayu klasik yang masih tinggal. Allahyaram yang terkenal dengan watak Manisah dalam filem Labu-Labi arahan Allahyarham Tan Sri P Ramlee masih segar dalam ingatan. Namun ketika usianya senja , Allahyarhamah aktif belakon dalam filem mahupun drama TV sehingga pengghujung hayatnya. 




Read more