NEWS

Post Top Ad

Blossom Themes

4/01/16

PANDUAN KE PULAU TIOMAN


Pulau Tioman pernah di labelkan pulau ke - 10 tercantik di dunia. Tidak rugi jika anda melancong ke Pulau Tioman. Namun Pulau Tioman tidaklah sehebat Pulau Langkawi yang menawarkan pelbagai pakej seperti Cable Car, Muzium, Tapak sejarah dan sebagainya. 

Disini terdapat pelbagai aktiviti yang menggunakan sumber alam semula jadinya. Antaranya scuba , jungle trekking, Climbing , snorkelling dan sebagainya. Dengan keindahan semulajadi yang di kekalkan telah menarik ramai pelancong luar negara. Kerana ketidaksibukan seperti di Pulau Lain ramai pelancong luar negara sering datang berulang kali.Meraka gemar bersendirian kerana susana sunyi dan tenang menjauhkan mereka dari ke sibukan kota.

Bagi pelancong domestik pula, mereka gemar melakukan aktiviti - aktiviti dan berjalan -jalan .Disini tidak disediakan shooping complex, Cable car dan sebagainya. Adakala sesetengah pelancong domestik akan merasa bosan jika berkunjung ke sini. Jangan bimbang jika anda tidak mendalami aktiviti yang disediakan disini pasti anda merasa bosan. 

Langkah pertama jika anda datang ke sini sewaktu cuti, sila pastikan tempat penginapan dan tiket ferry sudah ditempah terlebih awal. Hal ini bagi mengelakkan anda tidak mendapat tempahan. Tempahan mesti dilakukan terlebih awal.

Disini terdapat lebih kurang 6 kampung/kawasan pelancongan yang mesti anda pilih. Antaranya Kampung Genting, Kampung Paya, Kampung Juara, Kampung Tekek, Kampung Air Batnag dan Kampung salang. Setiap kampung mempunyai penginapan yang berbeza pemiliknya serta harganya. Dan setiap kampung suasananya hampir sama. 

Kampung Genting
Stesen pertama ferry akan berhenti adalah Kampung Genting. Kampung ini agak sibuk sedikit dikawasan centre . Dan hujung kampung nya susana yang agak sunyi.Kampung ini berhampiran dengan kawasan Air Terjun Asah. 

Kampung Paya 
Kampung ini agak kecil sedikit berbanding kampung yang lain tetapi susananya jadi sibuk dan juga mempunyai kawasan sunyi.

Kampung Tekek
Kampung ini merupakan kampung utama dalam Pulau Tioman, jadi susana seperti pekan kecil. Dsini terdapat Lapangan Terbang, bas , teksi ,kereta dan motorsika. Disini juga terdapat shopping complex yang kecil iaitu duty Free .Kebiasaannya pelancong dari Kampung lain akan dibawa kesini untuk mebeli cendrahati dan sebagainya. Disini juga ditempatkan Sekolah , Balai Polis , Klinik, Pejabat2 kerajaan dan sebagainya. 

Jika anda menginap disini anda bole pergi Taman Laut dimana pelancong kampung lain juga akan dibawa kemari untuk berenang. Sambil berenag anda juga boleh memberi ikan makan kerana ikan disini jinak-jinak. Selain itu anda boleh melawat ke ke muzium taman laut yang disediakan berhampiran dengan kawan berenag. 

Kampung ini juga menghubungkan jalan darat dengan Kampung juara yang terletak disebelah timur pulau ini.Untuk ke sana anda bole menyewa kereta untuk kesana.

Kampung Juara
Kampung juara ini satu - satunya kampung yang terletak disebelah timur Pulau Tioman.
Kampung ini antara kampung yang sangat luas dan mempunyai pantai yang luas serta berpasir. Kedudukan disebelah timur menyebabkan kurang pembangunan menyebabkan kawasannya sunyi . Ramai pelancong yang gemar datang ke sini kerana suasana sunyi dan pantai yang luas. Pelancong asing lebih gemar datang ke Kapung ini dengan menggunakan laulan penjalan kaki atau lebih kepas jungle trekking.Selain itu disini anda boleh mandi air sungai yang sangat segar.
Disini juga terdapat kawasan pemelihra  penyu . Jika anda bertuah anda bole menyaksikan pelepasan anak penyu ke pantai.

Kampung Air Batang
Kampung ini terletak disebelah kampung Tekek. Namun kampung ini tidak mempunyai kereta dan hanya menggunakan motosikal sahaja. Jika anda ingin ke Kampung Tekek anda hanya perlu melalui bukit kecil yang mengambil masa 5 minit sahaja.Kampung yang sunyi dan suasana menarik sesuai untuk anda untuk merehatkan diri. Namun disampingnya anda boleh melakukan pelbagai antiviti termasuk snorkelling , diving dan sebagainya.

Kampung Juara 
Kampung ini merupakan kampung yang paling hujung sekali. Namun kampung ini lebih popular berbanding kampung lain kerana ia mempunyai pantai yang cantik dan susana menarik. Kampung ini agak padat dan sibuk dikawasan centre. Jumlah pelancong disini sentiasa ramai dan meriah.

Pulau Tulai
Aktiviti utama yang akan dibawa oleh pengusaha bot service . Keindahan pantai dan pantainya yang putih seperti gandum menyebabkan susana sangat menarik untuk anda sekeluarga berenang.

Sebarang pertanyaan berkaitan dengan Pulau Tioman anda boleh menghantar email kepada saya . di mirolpaan2793@gmail.com .
https://www.facebook.com/South-Pacific-Chalet-229540780417074/?fref=ts

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Post Top Ad

Blossom Themes