NEWS

Post Top Ad

Blossom Themes

29/09/16

4 TAHUN YANG BERMAKNA

Alhamdulilah perjalanan selama 4 tahun di UPSI banyak memberi pengalaman yang sangat indah bagi sesiapa sahaja yang sambung belajar di Universiti. Tak sangka dapat menghabiskan perjuangan di UPSI walau pelbagai kisah dan peristiwa melanda. 

Kalau nak dinyatakan segala pengalaman selama 4 tahun disini memang tak cukup. Namun setiap pengalaman itu mengajar aku untuk lebih baik.

Sebenarnya kejayaan ini adalah untuk Bonda dan Ayahda aku yang tercinta. Mungkin secubit kegembiraan dan kebanggan bagi mereka atas kejayaan ini. Inilah hadiah buat mereka. Mungkin panjang jutaan terima kasih buat Bonda dan Ayahda namun banyak lagi perkara yang akan membuat mereka gembira selain menjadi anak yang soleh.

Jutaan terima kasih dalam sedar atau tidak sedar kepada semua insan - insan yang sentiasa berada disekeliling aku. Hikmah Allah lebih besar mengapa kita semua berjumpa dan mengapa kita berkenalan. Dari semester 1 hingga 8 aku telah berjumpa dengan pelbagai manusia yang mempunyai 1001 perangai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Post Top Ad

Blossom Themes