NEWS

Post Top Ad

Blossom Themes

14/05/18

SENARAI MENTERI BESAR DAN KETUA MENTERI 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Artikel hari ini saya akan menyenaraikan senarai penuh Menteri Besar dan Ketua Menteri di semua negeri di Malaysia selepas PRU 14.

Peralihan kuasa kerajaan persekutuan dari Kerajaan Barisan Nasional kepada Kerajaan Pakatan Harapan telah memberi perubahan besar kepada senario politik tanah air. Hal ini menyebabkan perubahan besar keatas kerajaan bagi negeri - negeri di Malaysia.

Terdapat 10 buah negeri menerima Menteri Besar baharu. Antaranya Terengganu, Perak, Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Sabah. Manakala negeri Pahang, Pulau Pinang dan Selangor mengekalkan kerjaan yang bertanding namun berlaku pertukaran Menteri Besarnya. Negeri Kelantan dan Perlis mengekalkan pentadbiran kerajaan dan Menteri Besarnya. Jika di nilai semua, hampir kesemua negeri mengalami perubahan besar dalam pentadbiran negeri.Namun Sarawak masih mengekalkan Ketua Menterinya walaupun hanya berlaku pilihan raya pada peringkat Parlimen sahaja.

PRU 14 kali ini kita melihat buat pertama kalinya Negeri Johor, Negeri Sembilan, Sabah dan  Melaka mengalamai perubahan kerjaaan kepada kerjaan Pakatan Harapan. Manakala negeri Pulau Pinang, Pahang, Perlis, Selangor dan Kelantan mengekalkan kerajaan yang sedia ada dan Terengganu kembali kepada kerajaan Pas dan Negeri Perak dan Kedah pernah mengalami perubahan kerajaan pada PRU 12 dan kini beralih kepada Kerajaan Pakatan Harapan.

KELANTAN
Yang Amat Berhormat Ustaz Dato' Bentara Kanan Haji Ahmad bin Yakob
2015 – sekarang
PAS
TERANGGANU
Yang Amat Berhormat Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
2018 – sekarang
PAS
PERAK
Yang Amat Berhormat Ahmad Faizal Azumu
2018 – sekarang
PAKATAN HARAPAN ( PBBM)
SELANGOR
Yang Amat Berhormat Amirudin Shari
2018 - sekarang
PAKATAN HARAPAN (PKR)
KEDAH
Yang Amat Berhormat Mukhriz Bin Mahathir
2018 – sekarang
PAKATAN HARAPAN ( PBBM)
NEGERI SEMBILAN
Yang Amat Berhormat Aminudin Harun
2018- sekarang
PAKATAN HARAPAN ( AMANAH)
JOHOR
Yang Amat Berhormat Dato’ Osman Sapian
2018 – sekarang
PAKATAN HARAPAN ( PBBM)
MELAKA
Yang Amat Berhormat Tuan Haji AdlI Zahari
2018 – sekarang
PAKATAN HARAPAN ( AMANAH
PULAU PINANG
Yang Amat Berhormat Chow Kon Yeow
2018 – sekarang
PAKATAN HARAPAN (DAP)
PAHANG
Yang Amat Berhormat Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail
2018 – sekarang
BARISAN NASIONAL
PERLIS
Yang Amat Berhormat Tuan Azlan Man
2013 – sekarang
BARISAN NASIONAL
SABAH
Yang Amat Berhormat Dato Seri Shafie Apdal
2018- sekarang
PAKATAN HARAPAN ( WARISAN)
SARAWAK

Yang Amat Berhormat Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Abang Haji Openg
2017 – sekarang
BARISAN NASIONAL


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Post Top Ad

Blossom Themes