NEWS

Post Top Ad

Blossom Themes

1/07/18

ADUN SUNGAI KANDIS MENINGGAL DUNIA

Al Fatihah,

Kenyataan Media
Dengan dukacita dimaklumkan bahawa YB Shuhaimie Shafie, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Sungai Kandis dan mantan Setiausaha Politik kepada Dato’ Menteri Besar Selangor telah pulang ke Rahmatullah jam 11.10 pagi ini di Pusat Perubatan Subang Jaya akibat penyakit kanser limfoma.
Jenazah Allahyarham akan diuruskan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam sejurus selepas selesai urusan di hospital. Jenazah kemudian akan disemadikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21 Shah Alam dijangka selepas solat Asar.
Ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham YB Shuhaimie Shafie. Saya berdoa semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah swt dan ditempatkan di kalangan golongan yang soleh. Al Fatihah
YB Hj Borhan Aman Shah
Setiausaha Politik kepada Dato’ Menteri Besar Selangor.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Post Top Ad

Blossom Themes