Pengalaman pertama buat aku menjejakkan kaki ke negara orang. Terima kasih warga UKLK yang berjaya mengadakan program ini dan memberi peluang aku kesana. Kalau nak cakap pasal seronok memang panjang ceritanya , kalau nak catat pasal pengalaman bermuka surat aku tulis. Tapi aku sediakan catatan buat diri ini sebagai ingatan.
Vietnam yang difikirkan tidak sama seperti realiti. Banyak perkara tak sama dengan negara kita Malaysia. Sampai je air port di ho chi min city kami dibawa pusing-pusing sambil menunggu bilik untuk chek in. Bandar Ho Chi Min yang dikenali sebagai bandar Motosikal kerana disini ramai orang menggunakan motosikal sebagai pengankutan awam mereka. Bilangan motosikal mengalahkan bilangan kereta dan apatahlagi kalau dengan bas, jauh berbeza. Katanya laluan disini sempit dan bilangan pendudukan hampir 6 juta orang. Kepadatan inilah menyebabkan mereka menggunakan motosikal sebagai pengangkutan mereka.
Continue....
Hari pertama sampai agak penat la jugak , petang tu just singgah makan dekat kedai Warung 1 Malaysia. Dekat area yang kami sewa ni banyak restaurant halal diyakini. Harga nasi Lemak + milo ais = RM 17 .Tapi tak terkejut sangat sebab sudah diberitahu harga makanan di sini agak mahal berbanding barangan lain. Perut sudah kenyang apalagi masa untuk masuk hotel. Hotelnye boleh la tahan standard 3 bintang punya.
Dekat Vietnam nie banyak pantang larang yang kami diberitahu antaranya jangan ambil jika orang bagi kacang nanti dia cas harganya mahal. 2.Jangan beli kelapa nanti mereka tipu harga jadi mahal. 3.Jangan guna beca, kebetulan kawan aku terserempak dengan orang Malaysia yang kena tipu dengan pemandu beca dan terpaksa membayar rm250 seorang . memang cekek kedarah betol.Banyak lagi pantang larang yang kena tahu sebelom datang ke vietnam, kalau tak kena tipu idop2.
Dekat sini kalau beri barang jangan ambil harga pertama, sebab kita boleh dapat harga lebih murah dari harga asal.
Continue makan malam pertama kami di Ho Chi Min. Restaurant bernama saigon halal kami dihidangkan dengan makanan yang sedap dan yang paling tentu rasanya memag tak sama dengan Malaysia. Abis je makan sempat lagi pusing-pusing di pasar malam dekat dengan hotel kami. Suasana malam yang sibuk memang seronok tengok semua orang bershopping aje. Dekat sini ramai orang Malaysia datang melancong dan kat sini juga boleh guna ringgit Malaysia. Tak susuah nak pikir tukar dong/dollar .
Mission 1 : Pagi pertama kami sarapan di hotel saja seb sekali dengan pakej yang disediakan. Lepas makan kami bertolak ke sungai mekong.Perjalanan ke sungai Mekong mengambil masa hampir 2 jam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan