NEWS

Post Top Ad

Blossom Themes

22/11/25

KITA MANUSIA

 Manusia ini Allah jadikan sendirian dalam dunia ini. Ibu, bapa, kluarga dan sahabat hanya sebagai memenuhi kehidupan di dunia sahaja. Apabila kita tiada nanti, kita akan sendiri. Kadang kita lupa Allah itu ada dan sentiasa ada untuk kita. 

Jangan pernah rasa cemburu dan iri hati sengan sesiapa sahaja. Allah jadikan manusia itu sama sahaja, tiada yang lebih dan tiada yang kurang. Makan akan wujud satu perasan yang akan me makan diri, iaitu cemburu. Cemburulah kepada manusia yang sentiasa beribadah kepada Allah. Cemburu adalah perasan yang akan me makan diri sendiri kerana setiap manusia mempunyai hak individu yang perlu kita hormat

Allah memberi ujian buat manusia supaya dia sentiasa bersykur akan nikmat-Nya. Jangan bergantung kepada manusia dan jangan letak harapan yang tinggi kepada-Nya. Letakkan Allah pada kedudukan paling tinggi dan Letakkan Allah tempat berharap. Kita sebagai manusia seharusnya tidak meletakkan harapan terlalu tinggi kepada manusia kerana manusia akan mengecewakan kita. Sebaliknya letakkan harapan kepada harapan kepada Allah yang tidak mengecewakan manusia.

Kadang-kala kecewa ini seolah-olah menikam hati ini. Tapi ingat syaitan berusaha sedaya supaya menggoda hati ini supaya sentiasa rasa kecewa dan tidak di hargai. 

Berdoalah agar Allah jaga hati ini. Hati yang mudah dikotori dengan godaan. Semoga Allah lapangkan dada ini dan diberikan hati yang bersih.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Post Top Ad

Blossom Themes