1/07/18

ADUN SUNGAI KANDIS MENINGGAL DUNIA

Al Fatihah,
Kenyataan Media
Dengan dukacita dimaklumkan bahawa YB Shuhaimie Shafie, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Sungai Kandis dan mantan Setiausaha Politik kepada Dato’ Menteri Besar Selangor telah pulang ke Rahmatullah jam 11.10 pagi ini di Pusat Perubatan Subang Jaya akibat penyakit kanser limfoma.
Jenazah Allahyarham akan diuruskan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam sejurus selepas selesai urusan di hospital. Jenazah kemudian akan disemadikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21 Shah Alam dijangka selepas solat Asar.
Ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham YB Shuhaimie Shafie. Saya berdoa semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah swt dan ditempatkan di kalangan golongan yang soleh. Al Fatihah
YB Hj Borhan Aman Shah
Setiausaha Politik kepada Dato’ Menteri Besar Selangor.


Read more

14/05/18

SENARAI MENTERI BESAR DAN KETUA MENTERI 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Artikel hari ini saya akan menyenaraikan senarai penuh Menteri Besar dan Ketua Menteri di semua negeri di Malaysia selepas PRU 14.

Peralihan kuasa kerajaan persekutuan dari Kerajaan Barisan Nasional kepada Kerajaan Pakatan Harapan telah memberi perubahan besar kepada senario politik tanah air. Hal ini menyebabkan perubahan besar keatas kerajaan bagi negeri - negeri di Malaysia.

PRU 14 kali ini kita melihat buat pertama kalinya Negeri Johor, Negeri Sembilan, Sabah dan  Melaka mengalamai perubahan kerjaaan kepada kerjaan Pakatan Harapan. Manakala negeri Pulau Pinang, Pahang, Perlis dan Kelantan mengekalkan kerajaan yang sedia ada dan Terengganu kembali kepada kerajaan Pas dan Perak pernah bertukar kerajaan pada PRU 12 dan kini beralih kepada Kerajaan Pakatan Harapan.

KELANTAN
Yang Amat Berhormat Ustaz Dato' Bentara Kanan Haji Ahmad bin Yakob
2015 – sekarang
PAS
TERANGGANU
Yang Amat Berhormat Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
2018 – sekarang
PAS
PERAK
Yang Amat Berhormat Ahmad Faizal Azumu
2018 – sekarang
PAKATAN HARAPAN ( PBBM)
SELANGOR
Yang Amat Berhormat Dato Seri Azmin Bin Ali
2014 – sekarang
PAKATAN HARAPAN (PKR)
KEDAH
Yang Amat Berhormat Mukhriz Bin Mahathir
2018 – sekarang
PAKATAN HARAPAN ( PBBM)
NEGERI SEMBILAN
Yang Amat Berhormat Aminudin Harun
2018- sekarang
PAKATAN HARAPAN ( AMANAH)
JOHOR
Yang Amat Berhormat Dato’ Osman Sapian
2018 – sekarang
PAKATAN HARAPAN ( PBBM)
PULAU PINANG
Yang Amat Berhormat Chow Kon Yeow
2018 – sekrang
PAKATAN HARAPAN (DAP)
SABAH
Yang Amat Berhormat Dato Seri Shafie Apdal
2018- sekarang
PAKATAN HARAPAN ( WARISAN)
SARAWAK

Yang Amat Berhormat Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Abang Haji Openg
2017 – sekarang
BARISAN NASIONAL
Read more

11/12/17

SENARAI RAJA DAN SULTAN DI MALAYSIA.

Berikut adalah senarai Raja dan Sultan di Malaysia yang terkini.

JOHOR DARUL TAKZIM


Sultan Ibrahim Ismail ibni Al Marhum Sultan Mahmud Iskandar menaiki selepas kemangkatan Ayahda Baginda Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ibrahim Ismail pada 23 Januari 2010. Baginda dilahirkan pada 22 November 1958 di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. Beliau merupakan anak lelaki Sultan Iskandar dan Hajah Kaslom Abdullah. Baginda melantik Tengku Ismail sebagai Tengku Mahkota Johor.


KEDAH DARUL AMAN


Sultan Mahmud Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah merupakan adinda Sultan Halim Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlisahah. Baginda menaniki tahta kejaraan Kedah pada tahun 2017 selepas kemangkatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Baginda merupakan anak kepada Sultan Badlishah dengan Tengku Asma. Baginda melantik anakda baginda sebagai Raja Mudah Kedah.


KELANTAN DARUL NAIM


Sultan Muhamad ibni Sultan Ibrahim atau nama sebenar baginda ialah Tengku Faris Petra. Baginda menaiki tahta kerajaan Kelantan pada 13 September 2010 setelah Ayahda Baginda gering. Baginda melantik adinda baginda sebagai Tengku Mahkota Kelantan.


NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS


Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke 11 YAM Tuanku Muhriz ibini Almarhum Tuanku Munawir merupakan anakda YDB NS yang ke - 10 iaitu Almarhum Tuanku Munawir ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman. Baginda menggantikan Almarhum Almarhum Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abd Rahman yang mangkat pada tahun 2008. Pelantikan beliau mengikut sistem adat Negeri Sembilan.




PAHANG DARUL AMAN


Duli yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al - Muaazam Shah merupakan Sultan Pahang yang ke VII. Baginda menaiki tahta selepas kemangkatan ayahda baginda iaitu Sultan Abu Bakar pada 8 Mei 1974. Baginda dilahirkan pada 24 Oktober 1930. Baginda merupakan Sultan tertua yang memerintah selepas kemangatan Sultan Kedah iaitu selama 43 tahun.
Sultanah Pahang iaitu Sultanah Hajjah Kalsom.

PERAK DARUL RIDZUAN


Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzudin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Shah Al- Magfur -Lah merupakan Sultan Perak yang ke- 32 selepas kemangkatan ayahda baginda Sulatan Azlan Shah Muhibbuddin Shah Al-Magfur - Lah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah. Mengikut sistem beraja negeri Perak Raja Muda dilantik mengikut sistem giliran. Raja Muda Perak iailah Raja Jaafar ibni Almarhum Raja Muda Musa manakala Raja dihilir ialah Raja Iskandar Dzulkarnain ibni Almarhum Sultan Idris

PERLIS INDERA KAYANGAN


Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail Raja dan Yang Dipertuan Negeri Perlis Indera Kayangan setelah kemangkatan Ayahda baginda Tuanku Syed Putra Jamalullail ibni Almarhum Tuanku Syed Hassan Jamalullail. Baginda melantik anakda baginda sebagai Raja Muda Perlis iaitu Tuanku Syed Faizzudin Putra. 


SELANGOR DARUL EHSAN


Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah merupakan Sultan Selangor yang ke - 9. Baginda menaiki tahta selepas kemangkatan ayahda baginda iaitu Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah pada tahun 2001.Baginda melantik anakda baginda iaitu Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin sebagai Raja Muda Selangor pada 8 Oktober 2016. Baginda juga telah meperisterikan pengacara Tv1 iaitu Norasyikin Abdul Rahman pada tahun 2016 menjadi Permaisuri Selangor.


TERENGGANU DARUL IMAN


Al - Wathiqu Billah, Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah ditabalkan menjadi Sultan Negeri Terengganu pada 15 mei 1998 dan menjadi Sultan Terengganu yang ke - 18. Baginda pernah menjadi Yang Dipertuan Agong ke - 13 pada tahun 2006 - 2011. Beliau melantik anakda baginda Tengku Muhamad Ismail sebagai Yang Dipertuan Muda Terengganu .


Read more

10/12/17

PAKEJ PERCUTIAN KE PULAU TIOMAN 2018


Promosi pakej percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Tioman.
Kami menawarkan pakej lengkap ke Pulau Tioman iaitu penginapan 3 hari 2 malam , makan , tiket ferry pergi balik dan aktiviti iaitu Snorkeling Trip.

Penginapan : 3 hari 2 malam bilik aircond. 4/5 orang satu bilik.
Makan : 2 Sarapan , 2 makan tengahari, 1 makan malam dan 1 bbq.
Ferry : Pergi dan balik dari jetty Tanjung Gemok / Mersing.
Aktiviti : Snorkeling trip ke coral Island.

Pakej bermula 1 Mac 2017 sehingga bulan 11

Sebarang pertanyaan sila hubungi : 019-7085647 (whatapps)
email : southpacificchalet@gmail.com

Read more

GAMBAR SENIWATI SEMASA MUDA DAN SEKARANG

Filem klasik zaman era 50-an menampilkan seniwati - seniwati yang berbakat besar dalam lakonan. Lakonan mereka lekat dalam ingatan setiap orang di Malaysia tidak kira tua atau muda dan tidak kira bangsa dan agama. Namun kini artis klasik kita semakin lama semakin meninggalkan kita dan telah kembali kerahmatullah. Namun kalangan mereka menjadi lagenda buat rakyat Malaysia.

Saya antara yang amat meminati filem klasik dan artis- artis dahulu. Jom kita lihat gambar - gambar artis - artis dahulu sewaktu muda dan sewaktu kini.


Hashimah yon yang popular dengan filem Nujum pak Belalang.



Seniwati Latifah Omar popular dengan filem Bawang Merah Bawang Putih



Seniwti Zaiton menerusi filem Seniman Bujang Lapok


Bintang air mata popular menerusi filem Air Mata Ibu dan merupakan ibu kepada Seniwati Rose Yatimah iaitu suami kepada Mustaffa Maarof



Seniwati Sarimah Ahmad popular menerusi filem 3 Abdul.


Seniwati Siput Sarawak Popular menerusi filem Bawang Merah bawang Putih.

Read more

14/11/17

SEKIAN LAMA MENINGGALKAN CORETAN DI BLOGGER

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Setelah sekian lama meninggalkan coretan di blogger, kini terbuka hati untuk menulis disini. Entah sampai bila akan ku tetapkan hati untuk menulis di blogger. Alhamdulilah segala puji bagi Allah yang mentadbir alam semesta yang memberi rahmat kepada seluruh hamba-Nya. Setiap perjalanan kita di dunia ini adalah atas rahmat Allah yang sangat besar. 

Kehidupan sementara ini seharusnya digunakan sebaik mungkin dan perlu lakukan yang terbaik. 
Read more

29/09/16

4 TAHUN YANG BERMAKNA

Alhamdulilah perjalanan selama 4 tahun di UPSI banyak memberi pengalaman yang sangat indah bagi sesiapa sahaja yang sambung belajar di Universiti. Tak sangka dapat menghabiskan perjuangan di UPSI walau pelbagai kisah dan peristiwa melanda. 

Kalau nak dinyatakan segala pengalaman selama 4 tahun disini memang tak cukup. Namun setiap pengalaman itu mengajar aku untuk lebih baik.

Sebenarnya kejayaan ini adalah untuk Bonda dan Ayahda aku yang tercinta. Mungkin secubit kegembiraan dan kebanggan bagi mereka atas kejayaan ini. Inilah hadiah buat mereka. Mungkin panjang jutaan terima kasih buat Bonda dan Ayahda namun banyak lagi perkara yang akan membuat mereka gembira selain menjadi anak yang soleh.

Jutaan terima kasih dalam sedar atau tidak sedar kepada semua insan - insan yang sentiasa berada disekeliling aku. Hikmah Allah lebih besar mengapa kita semua berjumpa dan mengapa kita berkenalan. Dari semester 1 hingga 8 aku telah berjumpa dengan pelbagai manusia yang mempunyai 1001 perangai.
Read more