NEWS

Post Top Ad

Blossom Themes

21/11/22

FAKTOR KEMENGAN PN

 Faktor kemenangan Perikatan Nasional (PN) secara kefahaman aku. 

1. Akar umbi PAS

PAS merupakan parti yang dilihat minoriti dalam PRU 14. Namun harus diingatkan bahawa PAS mempunyai ahli akar umbi yang banyak yang bersiap sedia menawan beberapa kerusi  seperti Permatang Pauh dan Alor Setar. 

Memetik kenyataan Ahli Parlimen Jasin, Tuan Guru Zulkifli Ismail "PAS bukan memecah tradisi tetapi umpama kita masak" yang memerlukan beberapa step untuk dihidangkan. Generasi awal PAS sudah memotong sayur dan menyediakan bahan, tinggal generasi kini menghidangkan makanan iaitu kemuncak kemenangan.




2. Penolakan melayu terhadap PH 

Kalau kita lihat PRU kali ini PH masih memenangi kerusi yang banyak iaitu 82 kerusi berbanding PRU-14 sebanyak 104 (PKR) 9 (DAP) 8 (Warisan) . Dimana Pakatan Harapan kehilangan hanya 20 kerusi. 20 kerusi yang hilang 

3. Undi muda kepada PN 

Apabila Parlimen mengubal dasar kelayakan pengundi dari umur 21 tahun kepada 18 tahun secara automatik melihatkan peningkatan jumlah pengundi melebihi 20% berbanding PRU-14 . Hal ini secara tidak langsung memberi kesan positif kepada pengundi yang cenderung kepada PN terutama pengundi muda.

4. Tindakan Presiden Umno menguggurkan 10 ahli Parlimen dari calon PRU 15.

Tindakan Dato Seri Zahid Hamidi tidak mencalonkan semula tokoh-tokoh Barisan Nasional dalam PRU-15 merupakan antara faktor utama. Hal ini jelas menunjukan pengundi UMNO pada PRU 14 beralih arah kepada PN. 

Kita boleh lihat kekalahan Barisan Nasional di Arau dan Maran apabila calon Barisan Nasional yang diketepikan menang atas tiket Perikatan Nasional.

Selain itu, kekalahan Barisan Nasional di Pasir Salak, Tanjung Karang, Padang Rengas, Ketereh juga melihatkan penolakan undi Barisan Nasional kepada Perikatan Nasional.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Post Top Ad

Blossom Themes