30/01/11

CUTI - CUTI (FOR RAYA CINA)

Hai..baru beberapa minggu sekolah untuk tahun 2011 cuti pula sudah datang.Memang negara kita ini banyak sangat cuti. Nak buat macam mana. Tapi seronok juga kalau dapat cuti.Kerana aku dapat buat kerja sekolah aku yang tertangguh banyak.

Dari aku mula - mula cuti hingga sekarang hujan kerap turun walaupun hanya berhenti buat seketika. Hari ini dari pagi tadi hujan hingga sekarang masih hujan renyai - renyai. Angin kuat dan ombak sudah mencecah 5.5 meter. Macam mana nak rasa cuti sebenar kalau hari - hari hujan sahaja.Erm tak baik mengeluh.!!

Malam tadi aku dah mula buat kerja sekolah aku iaitu menyiapkan kan nota Bahasa Melayu oleh cg norliza . Sebenarnya sudah lama beliau minta supaya notanya di siapkan,Tetapi aku malas. Sebelum beliau naik angin baik aku siapkan. Dan hari ini aku nak siapkan folio MUET aku.Benda ni bukan susah sangat, tetapi kerja ini aku asyik tangguh sahaja.Sehingga sekarang aku masih belum siap lagi. Tetapi nasib baik kerja tu sedikit sahaja.

Cuti raya cina ini sama sahaja seperti cuti yang lain. Kadang- kadang aku pergi jalan - jalan sekeliling kampung aku. Paling tak membosankan aku kalau dapat pergi jalan - jalan ke kampung juara bersama rakan - rakan ku, aku boleh mandi air terjun.Susana kampung aku yang damai dapat buat aku jadi tenang. Elak dari masalah sekolah yang memberatkan kepala kau.

Apakah akhir percutian aku kali ini.
Load disqus comments

0 Alasan Murid