16/07/12

Ramai artis Bertudung



"Bertudung kerana Allah bukan kerana fesyen" . Itulah ungkapan paling menarik bagi membawa masyarakat daripada menyifatkan tudung sebagai fesyen . Allah s.w.t mewajibkan semua kaum hawa menutup aurat kecuali tapak tangan dan muka .  


Tetapi ragam masyarakat kita berpendapat bahawa yang wajib tutup adalah    kepala . Dekat mana - mana sahaja kita selalu lihat wanita pakai tudung tetapi pakai ketat - ketat .


Dalam Al - Quran ada menjelaskan bahawa kewajiban menutup aurat adalah aspek utama dalam cara pemakaian wanita musilamah .
Sebagai contoh Surah An - Nur , Ayat 31 yang menjelaskan wanita wajib menutup kepala sehingga ke paras dada dan keseluruhan tubuh badan dari pandangan lelaki . 




Dalam Surah An-Nur, Ayat 31, Allah berfirman:
   وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاء بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاء بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُوْلِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاء وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعاً أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke paras dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”
Sabda Nabi Muhammad SAW: “Bahawa anak perempuan apabila cukup umurnya, maka mereka tidak boleh dilihat akan dia, melainkan mukanya dan dua tapak tangannya hingga pergelangan.” (H.R Abu Daud)
Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi yang telanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk surga dan tidak akan mencium baunya (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Cuba kita lihat berapa ramai wanita hari ini tidak menutup aurat baik masyarakat biasa bahkan para pemimpin dan selebriti . Kekuatan islam terletak kepada iman seseorang .


Dalam satu ayat lain, Surah Al-Ahzab, Ayat 59 Allah berfirman:
    يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاء الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُوراً رَّحِيماً
 “Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya (bermaksud: baju gaun yang labuh, yang menutup kepala, muka dan dada) ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
Bagi wanita yang gemar berhias pula : Berhias bagi kaum wanita tidak salah asalkan tidak melampaui batas . Dalam ayat Al - Quran ada mengatakan "jangan kamu kaum perempuan bertabarush ( berhias ) akan sebagai berhias perempuan jahiliah ataupun permpuan bukan islam . Dalam ayat ini Allah tidak mengaramkan permpuan berhias sebagaimana perempuan jahiliah berhias . Kalau hendak behias biarlah mengikut peraturan agama . 
Sebagai seorang yang dikenali ramai dan sentiasa dipandang masyarakat hendaklah mencontohi masyarakat hari ini dengan mendidik mereka berpakaian sopan dan menutup aurat dengan lengkap . Dengan itu wajarlah sesetengah artis mengambil pendekatan dengan menampilkan dengan imej berrudung . Dengan ini secara tidak lansung dapat  menarik wanita lain untuk mencontohinya .



Load disqus comments

0 Alasan Murid