NEWS

Post Top Ad

Blossom Themes

12/07/12

ARAK ADALAH HARAM

Saya ingin menegaskan bahawa Arak adalah haram di sisi Islam . Islam telah mengharamkan arak sejak 14 abad dahulu lagi . Kepada yang tidak tahu atau pemikirannya adalah pada 14 abad dahulu hendak dinyatakan bahawa Arak Adalah haram .

Hukum haram adalah bedosa dalam golongan dosa besar dan hendaklah seseorang itu betaubat dengan bersungguh iaitu taubat Nasuha .

Arak sudah diamalkan sejak zaman arab jahiliah lagi . Mereka menaggap arak adalah suci disisi mereka dan menanggap minuman terbaik untuk menikmati keseronokan . Apabila turunnya nabi Allah s.w.t arak mula diharamkan .

Pada zama ini masih ada lagi yang menanggap arak suatu perkara yang remeh dan mudah sedangkan ia merupaka pekara yang paling di benci oleh Allah s.w.t.

Menurut hukum islam , Bagi peminum arak jika disabait kesalahan akan di hukum sebatan . Islam memandang serius terhadap kesalahan meminum arak ini .

Dalam Al - Quran telah dinyatan kan bahawa arak adalah Haram !

"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. "
Al-Quran > Surah Al-Maaidah> Ayat 90



Semasa pengharaman arak mengambil masa 3 tahun untuk menjauhi mereka daripada arak . Namun masih ada yang menayakan hal ini .

"Mereka bertanya kepadamu mengenai arak dan judi. Katakanlah pada keduanya terdapat dosa besar dan
beberapa manfaat bagi manusia. Tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya."
(surah al-Baqarah ayat 219)



Al-Quran juga menyatakan bahawa judi dan arak adalah dilarang kepada semua umat Islam sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 90-91 yang bermaksud:

 " Syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian antara kamu lantaran meminum arak dan berjudi dan
menghalang kamu dari mengingati Allah dan solat; maka berhentilah kamu )dari melakukan perbuatan itu)"
(surah al-Maidah ayat 90-91)


Arak bukan sahaja haram kepada peminumnya malah penjual , ornag yang membenarkan tempatnya menjual arak juga haram .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Post Top Ad

Blossom Themes