NEWS

Post Top Ad

Blossom Themes

21/02/10

GAMBAR KENANGAN DI SMK TEKEK


Assalamualaikum dan salam sejahtera, enteri kali ini adalah coretan khas buat semua sahabat aku semasa tingkatan 4 dan 5 di SMK Pontian Jaya. Pengalaman ini adalah pengalaman pertama aku menjejak kaki bersekolah jauh dari rumah dan terpaksa tinggal di asrama.

Bertapa bertuahnya jika kita belajar tinggal berjauhan dari keluarga, kerana ia dapat membina jati diri yang kuat. ( ini pendapat akulah)

Alhamdulilah terima kasih Allah di atas pengalaman selama dua tahun di Smk Pontian Jaya. Banyak pengalaman pahit dan manis yang banyak mendewasakan diri ini. Sesungguhya pengalaman itu amat mahal harganya yang tidak bisa kita sendiri menciptanya melainkan kita yang merasainya. Kalau dapat diulang kembali kenangan ini pasti akan aku cuba bina pengalaman yang lebih bermakna dari ini. 

Terima Kasih juga cikgu -cikgu yang banyak memberi keringatmu demi anak-anak tercinta. Mungkin semasa aku tingkatan 5, aku tak perform sebaiknya. Namun kegagalan ini bukan bermakna kita gagal selamanya.

Pengalaman paling indah ini semasa menduduki kelas 4A2 (2008) dan 5A2  ( 2009). Kawan -kawan semua sudah bawa diri masing - masing. Ada yang sudah berkahwin dan ada yang sudah berjaya. Semoga ikatan persabahatan yang dibina kekal hingga akhir hayat. Jika diimbas kembali kenangan banyak suka duka kenangan kami bersama. Tapi apakan daya setiap yang bermula akan berakhir dan berakhir dengan sejuta kenangan.






































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Post Top Ad

Blossom Themes