Setiap muslim yang berkahwin pasti akan diijabkabul dengan mengucapkan lafaz "aku terima nikahnya si dia binti Ayahnya dengan mas kahwin sebanyak rm ... " Dengan lafaz ini pasangan berkenaan SAH bergelar suami isteri . Suami merupakan orang yang paling besar dalam keluarga bertanggungjawab besar terhadap isteri dan anak - anak .
Adakah anda mengerti makna disebalik lafaz yang diucapkan ? Lafaz yang diucapkan bermaksud Aku tanggung dosa - dosa si dia dari ibi bapanya , Apa sahaja dosa dia buat daripada tidak menutup aurat sehingga tidak menunaikan solat , aku tanggung dan bukan ibu bapanya tanggung , aku juga tanggung bakal anak - anak aku . Kalau aku gagal melaksanakan maka aku fasiq atau dayuz dan aku rela masuk neraka dan aku rela malaikat zabaniyah melibas aku sehingga hancur .
Bukan senang nak jaga anak dara orang . Jika kita tidak mempunyai ilmu yang secukupnya sebab itulah sesetengah keluarga porak peranda . Anak - anak perlu dididik dengan cara yang betul mengikut syariat yang telah ditetapkan . Begitu juga dengan isteri perlu dididik mengikut tuntutan agama . Supaya kehidupan kita sama - sama dirahmati oleh Allah .
Sungguh besar makna daripada lafaz itu . Jadi aku mengesyorkan untuk aku da diri aku supaya berpegang teguh dengan makna yang diperktakan . Lafaz itu bukan sekadar semata - mata , tetapi ia perlu dihayati untuk kita renung - renung kan lah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan