Allhamdullilah bersyukur pada Allah, pada 14 disember 2011 peperiksaan STPM aku sudah tamat dengan berakhirnya subjek kegemaran iaitu Bahasa Melayu kertas 1. Komen aku tentang peperiksaan kali ini aku rasa lagi mudah berbanding peperiksaan percubaan STPM. Tetapi aku rasa tidak puas hati bila jawab exam kali ini sebab semua soalan percubaan STPM setiap negeri tidak masuk dalam peperiksaan STPM sebenar.
Aku tak paham kenapa semua soalan percubaan tak masuk walau satu soalan. Sebagai contoh soalan EKONOMI kertas1 apa yang aku buat latihan berpandukan soalan percubaan satu pon tak masuk . Perasaan agak kecewa sedikit. Sebab soalan yang aku target tak masuk . Tapi apakan daya yang buat soalan itu pegubal soalan bukan aku .
Kertas soalan Sejarah pon agak terkejut sebab soalan yang aku baca satu pon tak masuk. Apa yang aku baca tak ada pon masuk. Subjek sejarah agak susah. Sebab seseorang itu kena mahir dalam semua bab. Sudah aku tahu subjek sejarah ada empat buku. Dan setiap buku mengandungi empat hingga lima tema . Setiap tema mengandungi dalam lima bab . Dan setiap bab mengandungi beberapa sub topik .
Apa yang susahnya soalan boleh di keluarkan dari pelbagai topic yang ada . Dan soalan yang aku kena jawab hanya emapat soalan . Susah la nak citer , nanti boleh la tengok sendiri .
Soalan lain pon agak sukar kerana soalan yang dikeluarkan bukan sama dengan soalan percubaan. Selama ini aku hanya belajar dengan soalan percubaan, so contoh soalan lain aku tak mahir tok nak jawab. Apa soalan yang dikeluarkan oleh setiap negeri adalah sama bentuk . Dan soalan yang keluar pula lain dari soalan lain . Aku pon tak nak komen banyak – banyak tentang peperiksaan ini, dan aku harap keputusan yang aku dapat nanti memuaskan aku dan melayakan aku masuk ke university .
Ha satu lagi cerita yang agak pelik aku dengar . Semasa aku jawab peperikasaan STPM sebenar ada jugak yang meniru . Ish2.. Ada juga yang begitu ? Tidak kah dia fikir pekara yang dia buat tu pekara yang sia- sia . Kalau dapat keputasan yang cemerlang sekali pon . Itu keputusan yang tak jujur . Semoga mereka yang meniru dapat petunjuk dari ilahi . Insyallah .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan