NEWS

Post Top Ad

Blossom Themes

11/04/12

Buah Naga



Buah Naga (Dragon Fruit ) Mebless la...buah ini . Mula - mula macam rasa x sedap tapi lama - lama jadi gian la plak .

Buah ini seakan - akan seekor naga . Sebab itu namanya Buah Naga / Dragon Fruit . Pokok nya adalah dalam kategori kaktus kerana tiada daun , dan pokok nya ada duri . Pokok ini hidup di iklim serdahana . Pokok ini hidup secara menegak .

Pokok buah naga ini ditanam secara komersial di Australia dan Vietnam . Tetapi sejak diperkenalkan di Malaysia buah ini mendapat sambutan diseluruh Malaysia . Buah ini berasal dari Amerika Selatan .

Buah naga terbahagi kepada dua jenis iaitu warna putih dan warna merah . Buah Naga yang warna merah lebih manis berbanding warna putih . Berat buah yang matang adalah sehingga mencecah 400 gram .

Buah Naga terdapat beberapa khasiatnya . Buah ini mempunyai zat besi yang boleh menambahkan darah .Selain itu ia juga mengandungi vitamin B1 , B2 ,B3 dan C . Ia juga dapat mengurangkan kolesterol , melincinkan kulit , menambahkan berat badan dan sebagainya .

Kini Buah Naga mudah didapati dimana - mana pasaran di Malaysia .





1 ulasan:

Post Top Ad

Blossom Themes