NEWS

Peristiwa Hari ini adalah kenangan masa hadapan

Post Top Ad

6/01/13

BANDAR TANJUNG MALIM

728
Tanjung berasal dari bentuk tanjung di ulu Sungai Bernam. Malim pula berasal dari kata "muallim" yang bermaksud orang yang sangat berilmu. Bandar Tanjong Malim ini bermula daripada sebuah tanjung (kawasan air / tanah yang wujud daripada hakisan sungai) yang sangat luas. Kawasan ini diterokai oleh seorang ulama' yang bernama Tuan Haji Mustafa bin Raja Kemala. 

Sempena dengan kedudukan tanjung yang sangat luas ini, Tuan List (wakil kerajaan Negeri Selat) dan Raja Itam telah menamakan bandar ini dengan nama Tanjong, manakala perkataan Malim (mu'alim) adalah berkaitan dengan penduduk di kawasan Tanjong itu yang sangat rajin beribadat pada ketika itu.

Tanjong Malim adalah merupakan sebuah pekan yang terletak di selatan negeri Perak Darul Ridzuan. Dalam peta, Ulu Bernam dan Tanjung Malim hampir pada titik koordinat yang sama. Tanjung Malim terletak di laluan utama yang menghubungkan Ipoh dan kuala Lumpur sekiranya tidak menggunakan lebuh raya.Tempat yang berhampiran dengan Tanjung Malim ialah Ulu Bernam, Kalumpang, Ketoyong, Behrang, Behrang Ulu dan Slim River.Pekan ini bersempadan dengan negeri Selangor Darul Ehsan dan bersempadan topografi dengan negeri Pahang Darul Makmur. 

Dengan berlatar belakangkan Banjaran Titiwangsa dan kedudukan pekannya di pinggir Sungai Bernam menjadikan pekan Tanjong Malim sebuah pekan pintu masuk ke negeri Perak yang menarik untuk dilawati.
Disilah tempat saya dan rakan - rakan belajar .


DSC01405

Di pintu masuk ke Bandar Tanjung Malim

DSC01411

Deretan kedai 

DSC01412


DSC01407

Inilah bandar tanjung malim di Perak dimana disinilah terletaknya Universiti Pendidikan Sultan Idris . Bandar yang penuh dengan sejarah dan bangunannya dibina kira - kira sebelum tahun 1919 lagi .

1 ulasan:

  1. blogger_logo_round_35

    1973 - 1974 saya menjadi Anak Kandung Suluh Budiman. Masih segar dalam ingatan bangunan-bangunan dan pandangan sekitarnya. Stesen keretapi lama, Panggung wayang Rex dan Regal, kedai pau dan stesen bas serta air sungai Bernam yang sejuk dan jernih...
    Bas Mogah ke Slim River Bas Len Ke Kuala Lumpur ...Sesekali menghirup cendul mamak di depan pagar Maktab...
    Mana pergi Siti Muhsinat dalam Tiang segi Tegak Berlima ...

    BalasPadam

Post Top Ad