Assalamualaikum dan salam sejahtera. Enteri kali ini aku nak kongsi pengalaman semasa bercuti ke Pulau Pangkor Perak. Alhamdulilah tercapai juga hasrat mahu bercuti ke Pulau Pangkor pada tahun ini bersama rakan - rakan . Percutian hanya 2 hari 1 malam banyak meberi pengalaman baru bagi aku dan rakan - rakan . Banyak pengalaman yang aku jumpa dan tak mugkin sama dengan Pulau Tioman. Siapa belajar sejarah pasti tahu peristiwa perjanjian Pangkor yang menyebabkan istitusi pemerintahan beraja di Perak jatuh kepada sistem Birokrasi Barat dengan memperkenalkan sistem Resident. Resident pertama Perak iaitu J.W.W Birch.
Jeti Pulau Pangkor
Harga Ticket Feri - Tiket ferry yang sangat - sangat murah dengan RM 10 pergi dan balik dan perjalanan yang sangat - sangat dekat hanya mengambil masa 30 minit sahaja .
Penggankutan - Kalau datang ke Pulau Pangkor yang pasti akan anda terkejut dengan teksi + van warna Pink yang menjadi keistimewan yang terdapat di Pulau Pangkor. So penggakutan utama dekat sini kalau you all nak jalan - jalan ialah Teksi Van.
Selain itu, keadaan Pulau yang tidak agak terpencil dan mempunyai pelbagai kemudahan yang terdapat disini. Disini terdapat pekan kecil yang berbeza susananya dengan tanah besar yang mempunyai pelbagai kemudahan.
Aku amat kagum dengan kemudahan yang terdapat sebagai contoh teksi dan jalan raya . Kerana bagi aku ini adalah kemudahan asas yang penting bagi sesebuah kawasan pelancongan yang berskala besar seperti Pulau Pangkor ini .
Van Pink
Menurut penduduk tempatan Pulau ini di majoriti oleh orang cina berbanding Melayu dan india. Kiranya ia terdapat perkampungan orang melayu dan orang cina. Apa yang istimewa adalah suasana pekan yang x mungkin sama dengan tanah besar dan masyarakat yang hidup aman dan harmoni .
Kami memilih kawasan penginapan kami di Teluk Nipah. Teluk Nipah ini merupakan kawasan pelancong di Pulau Pangkor paling popular dan terbaik kerana pemandangan dan suasana nyaman serta pantai yang cantik. So, kalau you all nak datang aku suggest you all menginap di Chalet kawasan Teluk Nipah. Pelbagai aktiviti sukan air yang boleh dinikmati antaranya menyelam, pusing-pusing naik speed bot, jekski , banana boat, snorkeling dan scuba. Kiranya rugila kalo anda tidak menginap disini. Di kawasan ini juga terdapat banyak kawasan penginapan/chalet yang murah-murah dan kedai jualan barangan cenderahati dan pengangkutan mudah didapati lagi-lagi kalau malam memang seronok lepak dekat sini sebab banyak kedai makan dan orang pon ramai.
Teluk Nipah
Kami memlih untuk menginap di Palma Beach Resort, kawasan yang bersih dan bilik yang baik dengan kemudahan lengap. Harga yang berpatutan dan kami dapat tawar harga sehingga RM 110 untuk 4 orang .Kalo nak murah kena pandai tawar menawar .
Aktiviti kami yang pertama bila samapai di penginapan kami ialah pergi pulau ke pulau untuk berenang kawasan pantai dan snokerling. Harga RM 15 seorang . Pemandu pelancong bawa kami ke satu pulau berhampiran dan kami pon ber senorkelinglah. Agak dah puas mandi di pulau kami dibawa pusing - pusing sekitar laut disitu .
Tak puas snorkeling kami sambung berenang dekat sekitar teluk nipah tu aje. Balik aje rumah lepas mandi semua tidur kepenatan. Sehinggalah pukul 4 kami keluar dan menggunakan perkhimatan Teksi untuk pusing-pusing satu pulau. Harga satu teksi RM 80. Aktiviti yang tak juga membosankan dan seronok sebab boleh cuci mata daripada tidur .
Kuil
Jeti
Kami dibawa pergi ke kawasan perkampungan orang melayu kemudian ke jeti, Kuil, kilang satey ikan dan last kawasan sejarah . Puas dan berbaloi dengan harga RM 80 satu van boleh pusing satu pulau . Tahniah kepada penduduk Pulau Pangkor kerana menyediakan perkhimatan yang terbaik bagi aku la.
Sebelah malamnya pula kami makan besar dengan hidangan makanan laut dengan harga yang berpatutan . Menunya kerang bakar , ikan masak 3 rasa , udang masak manis , kailan dan ikan pari bakar . Seafood style . Dua hari sahaja sudah cukup untuk menikmati percutian walau agak tergesa kiranya semua dapat rasa . Tak perlu tunggu musin cuti sabtu ahad sudah cukup dan tak perlu paking barang berbagai asal ada baju cukup la.
Gambar sekitar Teluk Nipah
Gambar makan malam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan