Tanjung Malim merupakan sebuah bandar yang banyak mempunyai tempat makan istimewa yang mugkin pelajar USPI sendiri tak tahu dekat mana. Istimewa tu takla sangat istemewa, sama je tempat lain tapi kiranya masakan dia sedap la. Tetapi sebagai senior yang sudah menetap di tanjung Malim lebih 1 tahun ( senior jugak kan), so aku ada sedikit perkongsian pengalaman kot2 pelajar UPSI bosan makanan yang sama je.
Mai aku review kedai- kedai best yang aku pernah try korang mesti try. Walaupun baru duduk dekat Tanjung Malim baru sahaja 3 semester sahaja, tapi pengalaman aku bab makan nom1. So ada beberapa kedai yang aku senaraikan untuk korang kena pegi.
Antara kedai special dekat Tanjung Malim ialah :
1. Kedai Satay sebelah Old Town.
Aku sebenarnya pon tak tahu nama apa kedai tu, sebab kedai tu tak ada signboard pon, yang penting masakannya sedap dan terbaik.
Menu : Terdapat dua je menu kat sini Satay dan Mee Rebus. Satay dan mee rebus memang terbaik. Tentang asal usul kurang pasti. Kedai ni bukak masa aku sem 1 lagi (2012). Kalau korang pergi sini, korang oder Stay Ayam, Daging dengan Mee Rebus die, memang power.
2.Kedai SAUDGAQ SUP JUNIOR
- kedai ni asalnya dibuka di pasar malam dan mula berkembang dan membuka restoranya berhampiran Taman U . Kalau biasa pergi pasar mesti kenal . Menu : Mee sup danging , sup danging campur dan Nasi Ayam . Menu kat kedai nie pon ade dua jenis je . Sup die sangat sedap . Kedainya baru dibuka padan November 2013 . Harga berpatutan . Tokey pon sporting . " Mak tam dan pak long "
3.LOVEEAT
Kedai burger ala2 MD . Tapi sedap laGI "LOVEAT" .Kedai yang menjual pelbagai burger yang x sama dengan burger kita yang selalu makan tu . KedAI yang terletak sebelah " Saudagaq sup junior" . Kedai baru juga di buka tahun 2013 .
4. STEAMBOAT
-Steamboat special dengan bayaran RM 20 Seorang . Harga berpatutan dengan apa yang di sediakan . Makan apa sahaja dengan RM 20 .Mi kirenu makanan mentah perlu di masak sendiri tambahan nasi goreng , mee goreng , asam2 , kerepek , air , ais krim dan banyak lagi . Lokasi di kelumpang .
5.NASI AYAM FARHANI
- Kat sni juga bagi aku kiranya special sebab sedap he3. Menu Nasi Ayam aje .Lokasi tepi jalan sebelag BHP . Nasi dan sup kira sedap la juga .
Gambar Pinjam .
6.CALIFORNIA
-Kalau - kalau nak rasa makanan internasional versi Tanjung Malim mari rasa di sini . Kalau pergi sini jangan pula pesan nasi goreng Pataya memag xde la .Dah nama pun California . Yang ada ala- ala barat banyak . Lokasi area dengan kedai "LOVEAT " jugak . Baru sekali je singgah sebab tapau tengah penuh bole la mari . Yang boleh puji kedai ni selain makanan sedap tentang hiasan kedai yang sangat mengkagumkan . Dah macam muzium .
-Mungkin ini aja yang sempat aku ceritakan , kalu ada info yang menarik lagi akan ku upload kan .
mee kari sedap tawu tak dekat area mane?
BalasPadamSatay boss tu dah tutup.... Sedih rase taktau nape tutup
BalasPadam