Pejam celik dah nak tamat semester 3 untuk sesi 2013/2014 . Kalau cakap pasal penghujung semester ni yang pastinya semagat bertungkus lumus nak submit assigment dan projek yang bertambun . Kali ini tugasan semakin banyak dan semakin mencabar . Tetapi Allhamdulliah sehari demi sehari siap jugak . Kalau sebelum ini fikir - fikir macm tak boleh siap je . Dengan ketabahan tugasan dan projek semakin menyurut . Lepas ni cuti sebulan dan kembali belajar lagi dan terus belajar . Begitulah hakikat orang belajar . Semoga impian menjadi kenyataan . Insyallah .
Banyak pengalaman yang aku lalui sepanjang tahun ini . Aku lebih suka bincangkan tentang pengalaman kerana manusia tidak rasa apa itu pengalaman . Pengalaman boleh dirasai walaupun hanya satu saat . Pengalamanlah juga akan mendewasakan kita . Pengalaman juga akan membesarkan kita . Kita dibesarkan dengan pengalaman . Jika pengalaman dilalui sepanjang hidup satu pengalaman yang negeri dan tidak bermakna penhujungnya pengalamanya yang negeri dan jika seluruh pengalaman yang dilalui penuh keseronokan pasti ada liku - liku hidup pasti dirasai . Begitulah manusia .
Namun apakah manusia itu dapat mempelajari dari pengalaman atau pengalaman akan mempelajari kita . Sesetengah manusia akan merasakan pengalaman itu mengajar mereka jika mereka hargai pengalaman . Jika manusia lupa akan pengalaman akan pasti pengalaman akan mengajar kita . Ingat la setiap detik itu pengalaman dan setiap pengalam itu sejarah . Apa yang kita lalui hari ini akan menjadi sejarah masa hadapan dan menjadi pengalaman dalam diri .
Musibah atau kesusahan bukanlah bencana buat kita tetapi ujian yang didatangkan dari Allah untuk kita . Allah sayang akan umatnya dengan cara Allah menghantar ujian buat kita . Setiap manusia akan didatangkan dengan pelbagai ujian tetapi ujian diberikan adalah untuk bagaimana kita mengatasinya . Ada manusia bila datang musibah fikiranya celaru dan sentiasa menanggap musibah membebani mereka . Fikiran sebegini sebenarnya harus dihindari kerana masalah akan memakan jiwa dan hati mudah dengar bisikan syaitan . Apabila mereka memasuki jiwa maka kita tidak merasakan Allah disisi kita .
Orang yang paling kuat adalah orang yang tabah menghadapi masalah dan ujian . Walaupun masalah itu datang dalam pelbagai cara dan walaupun masalah itu berpunya dari diri sendiri sekalipun kita harus ingat ujian itu dari Allah . Jika kita beranggapan sebegini hati mudah dikawal dan masalah mudah diselesaikan . Anggaplah ujian itu datang dari Allah dan itu tanda Allah masih sayankan kita .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan